• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ROG Phone 9 Malaysia: Telefon rasmi MLBB M6 harga bermula RM3,999

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:01 pm
  • 10/12/2024
  • Komen
ROG Phone 9 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Asus Malaysia hari ini telah mengumumkan ketibaan siri ROG Phone 9 di Malaysia. Ini adalah flagship tahun 2024 yang diperkasa cip premium Snapdragon 8 Elite dan beberapa penambahbaikkan pada yang pertingkat prestasi. Varian Pro pula ada ciri baru iaitu AniMe Vision yang berikannya lebih keunikan dalam kelompok telefon gaming dalam pasaran Malaysia.

Harga siri ROG Phone 9 di Malaysia

ROG Phone 9 ditawarkan di Malaysia dalam tiga varian dan harga jualannya dalam pasaran Malaysia adalah seperti berikut:



  • ROG Phone 9 (12GB + 256GB) – RM3,999
  • ROG Phone 9 Pro (16GB + 512GB – RM4,999
  • ROG Phone 9 Pro Edition (24GB + 1TB) – RM5,999

ROG turut mengumumkan beberapa aksesori untuk telefon ini. Antara yang disediakan adalah seperti:

  • AeroActive Cooler X Pro – RM399
  • Antibacterial Screen Protector – RM149
  • Chill Case – RM199
  • Tessen Mobile Controller – RM568
  • DEVILCASE Guardian Standard/Gaming/Magnetic – RM149

ROG juga sedang jalankan promosi pelancaran sehingga 31 Disember ini. Kalau anda beli ROG Phone 9 dan ROG Phone 9 Pro, anda akan dapat AeroActive Cooler X dan Chill Case secara percuma. Untuk ROG 9 Po Edition, pembeli akan terima ROG Phone Crossbody Strap.



Anda boleh layari laman rasmi ASUS eStore untuk lakukan pembelian.

Spesifikasi ROG Phone 9 Pro / Pro Edition

ROG Phone 9 Pro dan ROG 9 Pro Edition adalah dua varian yang sama pada segi luarannya. Satu-satunya perbezaan adalah ROG Phone 9 Pro Edition ada kapasiti RAM 24GB dan storan 1TB berbanding RAM 16GB dan storan 512GB pada varian satu lagi. Pro Edition juga dapat AeroActive Cooler X terus di dalam kotak. Selain daripada dua perkara itu, komponen-komponen lain adalah sama.

ROG Phone 9 Pro adalah sebuah telefon 6.78” dengan skrin AMOLED LTPO dengan kadar segar semula setinggi 185Hz. Namun, berdasarkan percubaan kami, ia hanya boleh diguna dalam keadaan tertentu. Kebanyakkan masanya telefon ini berada pada paras 165Hz.

Atas papan utama, ROG Phone 9 Pro diperkasa SoC Qualcomm Snapdragon 8 Elite dengan kombinasi RAM sehingga 24GB dan storan sehingga 1TB.

Di bahagian pengimejan, sebanyak tiga buah kamera diletakkan di bahagian belakang. Untuk kamera utama, ia diberikan sensor 50MP diikuti kamera ultralebar 13mP dan kamera 3x zum optikal 32MP. Di belah depan, ia ada kamera selfie 32MP.

ROG Phone 9 Pro ada sistem bateri berkapasiti 5,800mAh dan ia boleh terima kuasa pada paras 65W dan pengecasan secara wayarles boleh dijalankan pada paras 15W.

Tiada perubahan besar boleh anda cerap pada segi specs ROG Phone 9 Pro berbanding ROG Phone 8. Di bahagian dalam, selain daripada SoC baharu ia juga dapat kapasiti bateri lebih besar. Sistem kamera pula masih sama.

Perubahan terbesar adalah pada ciri AniMe Vision yang merupakan gabungan 634 mini-LED boleh diprogramkan dekat bahagian belakang telefon. Bukan itu saja, anda boleh juga main game yang disediakan terus padanya. Anda boleh tonton ulasan lanjut kami dalam video di bawah.

Spesifikasi ROG Phone 9

ROG Phone 9 adalah versi mampu milik kepada siri ini tanpa ciri AniME Vision generasi baharu. Sungguhpun begitu, ia masih lagi telefon berkelas flagship dengan cip Snapdragon 8 Elite terpateri di atas papan utama. Bezanya adalah kapasiti RAM dan storannya masing-masing adalah 12GB dan 256GB.

Di bahagian muka, telefon ini gunakan panel paparan yang sama dengan varian Pro iaitu skrin 6.78” AMOLED LTPO 185Hz dengan tahap kecerahan puncak 2,500nits. Komponen kamera juga hampir sama kecuali untuk kamera telefoto di varian Pro, ia digantikan dengan kamera makro 5MP pada varian bukan Pro. Jadi anda dapat kombinasi kamera belakang 50MP (utama), 13MP (ultralebar), dan 5MP (makro). Bahagian depan pula ada kamera selfie 32MP.

Kapasiti bateri juga sama pada paras 5,800mAh dengan input kuasa sebanyak 65W USB ataupun 15W wayarles.

Anda boleh layari laman rasmi ROG Phone 9 Malaysia untuk maklumat lanjut.

Tags: androidasusASUS ROGASUS ROG Phone 9ROG Phone 9
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

ROG Phone 9 di Malaysia

ROG Phone 9 Malaysia: Telefon rasmi MLBB M6 harga bermula RM3,999

10 December 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN