Sewaktu berlangsungnya acara kejohanan APAC Predator League 2025 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Acer telah mempertontonkan barisan laptop gaming Predator Helios terbaharu yang mereka telah lancarkan di CES 2025 tempoh hari. Antaranya yang dipamerkan termasuk Predator Helios 16 AI, Predator Helios 18 AI dan juga Predator Helios Neo 16S AI.
Spesifikasi Predator Helios Neo 16 AI
Bermula dengan Predator Helios Neo 16 AI, ia merupakan laptop gaming yang membawakan prestasi tinggi dalam badan nipis, berukuran hanya 19.9mm. Bahagian skrinnya menggunakan panel paparan OLED 16″ dengan resolusi WQXGA 2560 x 1600, serta sokong kadar penyegaran 240Hz.
Skrinnya juga ada cakupan warna penuh DCI-P3 dan sokong teknologi NVDIA G-Sync dan MVIDIA Advanced Optimus.
Atas papan utama, ia diperkasa dengan cip pemproses sehingga Intel Core Ultra 9 275HX yang dipadankan konfigurasi RAM sehingga 32GB dan storan SSD seluas 2TB. Berkenaan GPU, ia menggunakan kad grafik terbaharu, GeForce RTX 5070 TI yang turut menampilkan tenologi NVIDIA DLSS untuk prestasi dan kualiti imej yang dipertingkatkan.
Bahagian penyejukannya pula menggunakan kipas AeroBlade generasi ke-5 Acer dan bateri berkapasiti 76Whr dimuatkan pada laptop. Untuk mengecas, ia boleh dicas pada kelajuan 230W.
Spesifikasi Predator Helios 16 AI dan 18 AI
Predator Helios 16 AI pula adalah laptop bersaiz sederhana yang meggabungkan prestasi tinggi sambil mengekalkan tahap portabiliti baik. Ia menggunakan skrin OLED 16″ WQXGA (2560 x 1600) dengan kadar penyegaran pantas 240Hz.
Di dalam, ia didatangkan dengan pilihan cip pemproses sehingga Intel Core Ultra 9 275HX dan GPU sehingga GeForce RTX 5090. Ia boleh dikonfigurasikan dengan RAM sehingga 64GB menggunakan dua slot yang dimiliki dan menyokong storan SSD PCIe Gen 5 sehigga 4TB.
Terdapat bateri berkapasiti 90Whr yang dimuatkan di dalam dan ia menyokong pengecasan 330W. Untuk audio, laptop ini mempunayi empat speaker dengan teknolofi DTS X: Ultra.
Sementara itu, Helios 18 AI pula membawakan prestasi bertaraf PC dengan skrin lebih besar, berukuran 18″. Panel paparan yang digunakan adalah jenis Mini LED dengan resolusi 4K 120Hz atau FHD+ 240Hz. kecerahan puncak yang disokong skrin adalah setinggi 1,000 nits.
Ia turut dikuasakan cip pemproses sehingga Intel Core Ultra 9 275HX, tetapi mennggunakan GPU lebih berkuasa sehingga RTX 50990. Ia juga memiliki empat slot RAM membolehkan ia menyokong RAM sehingga 192GB, serta storan dalaman PCIe Gen 5 sehingga 6TB.
Terdapat sebanyak enam speaker yang dimuatkan pada Helios 18 AI dan ia menggunakan bateri berkapasiti 99Whr dengan pengecasan 400W.
Kedua-dua Helios 18 AI dan 16 AI turut tampil dengan papan kekunci RGB yang turut memiliki ciri MagKey 4.0 membolehkan switch mekanikalnya pada WASD ditukar ganti. Laptop ini turut menyokong dua port Thunderbolt 5, Ethernet E5000B dan WiFi 7.
Harga Predator Helios Neo 16S AI, Helios 16 AI, Helios 18 AI
Setakat ini, masih belum ada maklumat tentang kemasukan kemasukan ketiga-tiga laptop ini ke pasaran Malaysia. Tetapi ia telah pun dilancarkan di pasaran Eropah dengan tarikah ketersediaan berbeza bagi setiap laptop. Di pasaran Eropah, Helios 16 AI akan tersedia pada bulan Jun, manakala Helios 18 AI dan Helios 16S AI pada bulan April dan Mei nanti.
Berikut adalah harga Predator Helios Neo 16S AI, Helios 16 AI, Helios 18 AI di pasaran Eropah:
- Predator Helios Neo 16S AI – bermula EUR 2,399 (~RM11,054)
- Predator Helios 16 AI – bermula EUR 2,799 (~RM12,897)
- Predator Helios 18 AI – bermula EUR 3,699 (~RM17,044)
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Predator Helios Neo 16S AI, Predator Helios 16 AI dan Helios 18 AI.