• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Ini rupa iPhone XI bagi tahun 2019?

  • OLEH Najib
  • 9:38 am
  • 07/01/2019
  • Komen
Ini rupa iPhone XI bagi tahun 2019?
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun baru 2019 baru membuka tirainya dan kini sudah mula tersebar berita tentang rupa telefon pintar iPhone yang akan datang. Pembocor berita @OnLeaks telah berkongsi dua gambar beresolusi tinggi, yang dikatakan adalah iPhone XI.

iPhone yang baru ini akan datang dengan tiga kamera belakang, dalam modul kamera empat segi. Modul ini juga memiliki ketebalan yang agak ketara.



Kedua-dua gambar yang dikongsi ini hanya menunjukkan bahagian belakang telefon, tiada rupa hadapan. Bagaimanapun di sisinya boleh dilihat, butang kuasa dan butang kawalan bunyi.

Menurut OnLeaks di laman Digit.in, iPhone ini masih dalam peringkat Ujian Perakuan Kejuruteraan (Engineering Validation Test, EVT). Jadi rupa sebenarnya mungkin jauh berbeza, apabila dilancarkan sekitar bulan September nanti. Apple dijangka akan melancarkan tiga model iPhone tahun ini.



Agak pelik jika rekaan ini diluluskan kerana Apple diketahui sangat mementingkan rupa dan rekaan produk mereka. Apatah lagi rekaan ini saling tak tumpah seperti Huawei Mate 20, dengan modul kameranya dialihkan ke tepi.

Kamera utama dan kedua mungkin mengekalkan fungsi yang sama iaitu lensa biasa dan telefoto. Tetapi untuk yang ketiga, ia mungkin tidak menggunakan lensa ultra lebar, sebaliknya memilih untuk lensa 3D jarak jauh. Ia terdapat pada telefon pintar seperti OPPO R17 Pro dan Honor View 20.

Ingat, berita ini hanyalah jangkaan awal dan produk sebenar yang akan dilancarkan hujung tahun ini mungkin berbeza sama sekali. Ia mungkin salah satu prototaip yang sedang diuji.

Kita pasti akan mendengar berita lebih konkrit menjelang pertengahan tahun ini. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

[Sumber: Digit.in, OnLeaks]

Tags: appleiPhone XI
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Ini rupa iPhone XI bagi tahun 2019?

Ini rupa iPhone XI bagi tahun 2019?

7 January 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN