• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C75x dilancar, telefon murah dengan kalis air IP69 dan skrin 120Hz

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:08 am
  • 08/03/2025
  • Komen
Realme C75x dilancar, telefon murah dengan kalis air IP69 dan skrin 120Hz
Share on FacebookShare on Twitter

Baru hujung tahun lalu Realme melancarkan Realme C75, kini Realme Malaysia telah mengumumkan versi lebih mampu milik telefon tersebut, iaitu Realme C75x. Ia mendukung rekaan yang sama dengan binaan sangat tahan lasak, tetapi menggunakan cip yang sedikit diturun taraf, storan lebih kecil dan bateri sedikit lebih kecil.

Namun yang menariknya, versi lebih mampu milik ini mempunya paparan dengan kadar penyegaran lebih pantas.



Harga rasmi Realme C75x di Malaysia

Orang ramai boleh dapatkan Realme C75x bermula 8 Mac. Terdapat satu varian yang ditawarkan dan ini adalah harga jualannya di Malaysia:

  • Realme C75x (RAM 8GB dan storan 128GB) – RM599

Mereka yang membeli di antara 8 Mac hingga 6 April juga akan menikmati lanjutan satu tahun waranti dan menerima pelindung skrin secara percuma. Anda boleh dapatkan Realme C75x melalui stor rasmi di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.



Sebagai perbandingan, Realme C75 dilancarkan pada harga RM699 untuk RAM 8GB dan storan 256GB.

Spesifikasi Realme C75x

Seperti yang dikatakan tadi, Realme C75x rekaan yang sama seperti abangya Realme C75, tetapi didatangkan dalam pilihan warna baru, iaitu merah jambu dan biru. Di hadapan, Realme C75x dipasangkan dengan paparan yang sedikit lebih kecil, berukuran 6.67-inci jenis LCD berresolusi HD 720p dengan kecerahan puncak 625 nits, tetapi sokong kadar segar semula lebih pantas 120Hz, berbanding 90Hz.

Atas papan utama, ia diperkasa cip MediaTek Helio G81 Ultra, iaitu sedikit turun taraf daripada Realme C75 yang menggunakan cip Helio G92 Max. Bersama cip itu, Realme C75x didatangkan dengan RAM 8GB dan storan 128GB, serta terdapat slot kad mikroSD untuk storan tambahan.

Selain memiliki binaan tahan lasak melepasi standard MIL-STD 810H, Realme C75x turut menyokong kalis air dan debu IP69. Ia juga menampilkan teknologi SonicWave Water Ejection untuk keluarkan lebihan air daripada speaker. Bercakap mengenai speaker, ia dilengkapi dengan pembesar suara jenis mono dengan kelantangan kuat 400%.

Di jabatan pengimejan, telefon ini hadir dengan kamera utama 50MP dan kamera depth di belakang, manakala lubang di atas skrin menempatkan kamera 5MP. Lubang kamera ini juga boleh diperbesar dengan ciri Mini Capsule 3.0 yang kini menyokong lebih banyak aplikasi, termasuk Grab.

Menghidupkan komponen telefon adalah bateri berkapasiti 5,600mAh, bukannya 6,000mAh seperti Realme C75. Namun, sokongan pengecasan adalah sama pada 45W melalui USB-C. Daripada segi ketersambungan, ia menyokong WiFi 5, Bluetooth 5.0 dan rangkaian 4G. Pengimbas cap jari terdapat di butang kuasa.

Sejurus keluar kotak, ia akan menjalankan sistem operasi Realme UI 6.0 berasaskan Android 15 yang turut menyokong ciri Next AI termasuk AI Clear Face, AI Smart Loop, di samping dilengkapi Google Gemini dan Circle to Search.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Realme C75x.

Tags: androidRealmeRealme C75xRealme Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Realme C75x dilancar, telefon murah dengan kalis air IP69 dan skrin 120Hz

Realme C75x dilancar, telefon murah dengan kalis air IP69 dan skrin 120Hz

8 March 2025
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN