• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi A5 Malaysia: Telefon 4G murah dengan skrin besar 6.88″ 120Hz & bateri 5,200mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:55 pm
  • 18/04/2025
  • Komen
Redmi A5 Malaysia: Telefon 4G murah dengan skrin besar 6.88″ 120Hz & bateri 5,200mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan sebuah telefon pintar kelas permulaan terbaru, iaitu Redmi 15 yang merupakan pengganti kepada Redmi A3 tahun lepas. Model baru ini didatangkan dengan rekaan yang lebih segar dan diberikan beberapa naik taraf termasuk skrin lebih besar, kamera lebih baik dan bateri lebih besar.

Harga dan ketersediaan Redmi A5 di Malaysia

Redmi A5 ditawarkan dalam dua varian dan berikut adalah harga jualannya di Malaysia:



  • Redmi A5 (RAM 3GB dan storan 64GB) – RM299
  • Redmi A5 (RAM 4GB dan storan 128GB) – RM349

Peranti ini boleh didapatkan dalam tiga pilihan warna iaitu biru, emas dan hitam. Kalau berminat, anda boleh dapatkan Redmi A5 di Mi.com atau di gedung rasmi mereka di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Redmi A5

Kuasa utama Redmi A5 digerakkan oleh cip Unisoc T7250 12nm yang dipadankan dengan RAM LPDDR4X sehingga 4GB dan storan eMMC 5.1 sehingga 128GB. Storan tambahan sehingga 2TB turut disokong melalui kad mikroSD dan RAM boleh diperluas secara maya sehingga 8GB (untuk model RAM 4GB).



Skrinnya jenis LCD sebesar 6.88-inci dengan resolusi 720p (1640×720) dan kadar penyegaran 120Hz. Di atas skrin, terdapat takuk yang menempatkan kamera selfie 8MP f/2.0. Manakala di belakang, ia dilengkapi dengan tetapan dua kamera belakang, iaitu kamera utama 32MP f/2.0 bersama-sama dengan kamera depth.

Telefon ini dibekalkan dengan bateri berkapasiti 5,200mAh yang didakwa mampu menawarkan sehingga 20.7 jam untuk tontonan video dan sehingga 14.24 jam untuk membaca. Jika bateri habis, bateri boleh dicas pada kuasa 15W melalui USB-C.

Daripada segi ketersambungan, telefon ini menyokong Bluetooth 5.2, WiFi 5, 4G, serta datang dengan jek audio 3.5mm. Speaker telefon adalah jenis mono dan terdapat pengimbas cap jari di butang kuasa.

Sejurus keluar kotak, Redmi A5 menjalankan sistem operasi Android 15 (Go Edition), iaitu versi Android yang lebih ringan direka khas untuk telefon dengan spesifikasi rendah dengan RAM serendah 2GB.

Tags: android 15RedmiRedmi A5telefon pintarxiaomixiaomi malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Redmi A5 Malaysia: Telefon 4G murah dengan skrin besar 6.88″ 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A5 Malaysia: Telefon 4G murah dengan skrin besar 6.88″ 120Hz & bateri 5,200mAh

18 April 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER