• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga tiket terlalu mahal, Filipina akan failkan kes sabotaj ekonomi ke atas AirAsia Move

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:12 pm
  • 03/06/2025
  • Komen
Harga tiket terlalu mahal, Filipina akan failkan kes sabotaj ekonomi ke atas AirAsia Move
Share on FacebookShare on Twitter

Dimaklumkan Kerajaan Filipina akan memfailkan kes sabotaj ekonomi terhadap AirAsia Move. Tindakan ini diambil selepas platform penerbangan berkenaan didapati menjual tiket penerbangan pada harga jauh lebih tinggi daripada sepatutnya.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Pengangkutan Vince Dizon mengatakan AirAsia Move mengambil kesempatan terhadap situasi pengangkutan yang terjejas akibat penutupan sebahagian daripada Jambatan San Juanico, yang dilakukan bagi mengelakkan kerosakan struktur.



Sumber gambar: Patrickroque01 / Wikimedia Commons

Jambatan sepanjang 2.16km itu merupakan penghubung utama antara pulau Samar dan Leyte, dan sekatan tersebut memberi kesan besar terhadap ekonomi di rantau berkenaan.

Dalam masa sama, Vince turut menyatakan bahawa Richard Gomez, Wakil Rakyat Daerah Leyte Ke-4 terpaksa membayar hampir PHP40,000 (~RM3,053) untuk tiket sehala dari Tacloban ke Manila. Sebagai perbandingan, tambang sebenar bagi penerbangan selama 1 jam 25 minit itu sepatutnya berharga sekitar PHP12,000 (~RM916).



Jabatan Pengangkutan (DOTr) dan Lembaga Aeronautik Awam (CAB) Filipina akan memfailkan kes ini, manakala Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) juga akan menyiasat isu harga tiket tersebut. Dalam pada itu, Vince turut mengarahkan Unit Anti-Cybercrime Polis Negara Filipina untuk menyekat akses kepada aplikasi AirAsia Move buat sementara waktu.

Respons AirAsia Move

AirAsia Move telah mengeluarkan kenyataan rasmi sebagai respons, menegaskan bahawa pihak mereka tidak menetapkan atau memanipulasi harga tiket secara manual.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Nadia Omer perbezaan harga tiket penerbangan bagi laluan tertentu, termasuk penerbangan domestik yang dikendalikan oleh Philippine Airlines, berpunca daripada isu penyelarasan data dengan rakan kongsi berkenaan penetapan harga penerbangan. AirAsia Move juga menjelaskan bahawa isu perbezaan harga ini turut menjejaskan platform lain seperti Agoda, Kiwi.com dan Traveloka.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa AirAsia Move telah mengambil tindakan sebaik sahaja menyedari isu tersebut dengan memaklumkannya kepada penyedia harga pihak ketiga. Selain itu, AirAsia Move telah melaksanakan beberapa langkah tambahan bagi mengelakkan insiden serupa berulang pada masa akan datang.

Akhir sekali, AirAsia Move mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama secara proaktif dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memberikan penjelasan berhubung isu ini demi kebaikan semua penumpang yang membuat tempahan melalui platform tersebut.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: AirAsiaAirAsia Move
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Harga tiket terlalu mahal, Filipina akan failkan kes sabotaj ekonomi ke atas AirAsia Move

Harga tiket terlalu mahal, Filipina akan failkan kes sabotaj ekonomi ke atas AirAsia Move

3 June 2025
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN