• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme P3 Ultra tiba di Malaysia dengan Dimensity 8350, diskaun RM300 untuk waktu terhad

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:04 pm
  • 16/06/2025
  • Komen
Realme P3 Ultra tiba di Malaysia dengan Dimensity 8350, diskaun RM300 untuk waktu terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan telefon terbaru, Realme P3 Ultra di Malaysia. Ia adalah kemunculan pertama telefon siri P di sini, dan akan ditawarkan secara ekslusi melalui platform e-dagang Realme Malaysia.

Harga dan ketersediaan Realme P3 Ultra di Malaysia

Peminat di Malaysia boleh mula dapatkan Realme P3 Ultra mulai hari ini, 16 Jun 2025 pada harga RM1,699 untuk satu-satunya varian yang ditawarkan dengan RAM 12GB dan storan 256GB. Lebih menarik, pembeli yang membeli sebelum 30 Jun akan terima hadiah percuma bernilai RM349, iaitu:



  • Baucar bernilai RM150
  • Lanjutan waranti 1 tahun

Lebih menarik, sempena TikTok Super Brand Day dari 17 Jun hingga 19 Jun, pembeli juga boleh mendapatkan Realme P3 Ultra pada harga lebih murah, hanya RM1,399. Kalau berminat, anda boleh dapatkannya melalui Lazada, Shopee dan TikTok.

Spesifikasi Realme P3 Ultra Malaysia

Salah satu keunikan Realme P3 Ultra adalah ia didatangkan dengan rekaan Glow-in-the-Dark, yang Realme katakan diilihamkan dari bulan. Panel belakangnya menampilkan kesan berkilauan dan tekstur seperti debu bulan apabila disentuh, serta berubah menjadi hijau yang menawan dalam keadaan gelap. Badan telefon juga nipis 7.38mm dan berat hanya 183g.



Kuasa penggerak utama telefon ini adalah cip flagship, Dimensity 8350 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X 12GB dan storan dalaman 256GB. Menurut Realme, cip tersebut mendapat markah lebih 1.45 juta di AnTuTu dan boleh menyokong gaming pada kadar bingkai 120FPS untuk game seperti Mobile Legends.

Di bahagian muka, Realme P3 Ultra dilengkapkan dengan skrin AMOLED jenis Quad-Curved bersaiz 6.83″. Ia ada resolusi 1.5K dengan kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak mencecah 1,500 nits dan tahap PWM setinggi 3,840Hz untuk pengalaman melihat skrin yang lebih selesa. Melapisi komponen skrin adalah kaca Gorilla Glass 7i.

Bahagian kamera Realme P3 Ultra dua kamera belakang, iaitu kamera utama 50MP Sony IMX896 1/1.56″ dengan sokongan OIS yang dikatakan Realme sensor terbesar Sony dalam segmennya, dan kamera ultralebar 8MP. Ia juga menyokong rakaman 4K 60FPS. Untuk selfie, terdapat kamera depan 16MP.

Untuk tenaga, ia disalurkan oleh bateri 6,000mAh yang mampu menawarkan masa gaming sehingga 10 jam dalam satu isian penuh, menurut Realme. Jika bateri habis, ia boleh dicas pantas pada kuasa 80W melalui USB-C, selain turut menyokong Bypass Charging. Dalam pada itu, P3 Ultra juga menampilkan komponen penyejuk VC sebesar 6050mm², 34% lagi besar dari generasi sebelumnya dan didakwa dapat mengurangkan suhu CPU sebanyak 19%.

Sistem bunyi dikeluarkan oleh speaker stereo dan peranti turut diiktiraf kalis air dan debu IP69. Ia juga menyokong WiFi 6, Bluetooth 5.4, NFC dan menjalankan sistem operasi Realme UI 6.0 berasaskan Android 15.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Realme P3 Ultra.

Tags: RealmeRealme MalaysiaRealme P3 Ultratelefon pintar
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Realme P3 Ultra tiba di Malaysia dengan Dimensity 8350, diskaun RM300 untuk waktu terhad

Realme P3 Ultra tiba di Malaysia dengan Dimensity 8350, diskaun RM300 untuk waktu terhad

16 June 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER