• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close

[REVIU] Honor 400 Pro: Peranti pertengahan serba lengkap dengan fungsi AI hebat

Putra Aziz Oleh Putra Aziz
20 June 2025
in Feature, Menarik, Reviu Produk
0
0
BERKONGSI
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Honor 400 Pro dah tiba secara rasmi di Malaysia, menyambung legasi siri kelas pertengahan premium mereka yang sebelum ini dipegang oleh Honor 200 Pro. Sekali pandang, memang ada banyak yang perubahan, rekaan nampak lebih moden, dan di dalamnya pun ada naik taraf untuk pengalaman penggunaan harian yang lebih lancar.

Ditawarkan dalam satu varian sahaja, iaitu 12GB RAM dan 512GB storan, harganya kekal sama seperti model sebelum ini, pada RM2,699. Jadi persoalannya sekarang, dengan rupa baharu, spesifikasi dipertingkat dan harga yang masih bawah RM3,000… berbaloi tak nak angkat Honor 400 Pro ini?



Dalam artikel ini saya akan berkongsikan ulasan, pandangan dan pengalaman saya dengan Honor 400 Pro.

Spesifikasi Honor 400 Pro

Sebelum pergi lebih lanjut, saya kongsikan serba sedikit tentang spesifikasi Honor 400 Pro.



  • Cipset: Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 4nm
  • RAM: LPDDR5X 12GB
  • Storan: UFS 4.0 512GB
  • Skrin: AMOLED 6.7″ 1.5K 120Hz
  • Kamera Hadapan: 50MP
  • Kamera Utama: 200MP OIS F1.69
  • Kamera Telefoto: 50MP 32MP F.24
  • Kamera Ultralebar: 12MP F2.2
  • Speaker: Stereo
  • Bateri: 6,000mAh
  • Pengecasan: 120W USB-C, wayarles 50W
  • Sistem operasi: MagicOS 9.0 berasaskan Android 15
  • Lain-lain: Kalis air dan debu IP69

Rekaan serba baharu, terinspirasi dari “Pura”?

Perkara sekali, saya nak bercakap tentang rekaan. Berbanding model sebelum ni, Honor 400 Pro tampil dengan rupa yang lebih segar, paling ketara pada bahagian belakang. Terutamanya kemasan panel belakang dan modul kamera yang nampak macam diinspirasi dari Huawei Pura.

Tapi terus terang, saya suka. Rekaan dia nampak clean, moden dan premium. Unit yang saya guna ni dalam warna Lunar Grey, dan secara peribadi rasa macam mirip kemasan Titanium Grey dekat Galaxy S24 Ultra. Paling best, panel belakang ini jenis matter, jadi tak kutip cap jari.

Daripada segi keseluruhan binaan, telefon rasa kukuh, sedap nak pegang dan ringan. Kalau kata terkena air pun tak ada masalah, sebab Honor 400 Pro diiktiraf kalis air dan debu IP69.

Skrin kini tidak melengkung di sisi

Selain kemas kini pada panel belakang, bahagian hadapan Honor 400 Pro juga menerima perubahan ketara dengan penggunaan skrin jenis Quad Curved, bukan lagi melengkung di sisi. Pada saya, ini satu perubahan yang baik sebab secara jujur, saya memang kurang minat skrin sisi melengkung. Susah nak cari pelindung skrin yang ngam, dan risiko retak pun biasanya lagi tinggi.

Dari segi kualiti paparan pula, memang tak ada apa yang nak dipertikaikan. Warna cantik, responsif dan paling penting cerah. Honor dakwa boleh capai sehingga 5,000 nits, jadi nak guna bawah matahari terik pun tak ada masalah. 

Kiri iPhone 12 Pro, kanan Honor 400 Pro

Macam biasa pada peranti Honor, model ini turut dilengkapi dengan pelbagai ciri perlindungan mata seperti Circadian Night Display, Defocus Eyecare dan kadar PWM setinggi ,840Hz, untuk pengalaman tontonan yang lebih selesa.

Skrin ini juga sokong Always On Display (AOD), dan anda boleh pilih dalam dua mod sama ada penuh atau separuh je. Untuk kamera depan, masih lagi guna lubang berbentuk pil di atas skrin, tapi bab kamera depan tu kita ulas lebih lanjut nanti.

Sistem kamera cukup memuaskan

Kamera adalah sesuatu yang kini dipertingkatkan pada Honor 400 Pro. Kiraan megapiksel kamera utamanya kini lebih besar, 200MP berbanding 50MP pada Honor 200 Pro. Lain-lain kamera seperti lensa telefoto, ultralebar dan selfie kelihatan masih kekal sama dan tidak berubah.

Kamera utama

Bagaimana pula dengan hasil? Kamera utama buahkan kualiti imej yang baik, tajam dan warna pun boleh tahan cantik. Cuma warnanya nampak tidak berapa natural dan sedikit saturated. Ia datang dalam tiga preset iaitu Natural, Vibrant dan Authentic dan pada kebanyakan masa saya menangkap menggunakan mod Vibrant. 

Anda boleh lihat perbezaan antara preset di bawah.

Natural
Vibrant
Authentic

Kamera utlralebar & telefoto

0.6x
0.6x
0.6x
2x
3x
6x
10x
30x
50x

Untuk hasil kamera ultralebar, kualiti nampak tajam, tapi HDR-nya kurang memuaskan dan sedikit berbeza dari kamera utama. Gambar zum sehingga 6x dan 10x berikan hasil yang masih jelas. Kalau nak zum lagi jauh ia sokong zum digital sehingga 50x, tapi macam biasa, kualiti memang akan mula kabur.

Vibrant
Colour
Classic

Untuk gambar potret, seperti sebelum ini, Honor 400 Pro turut didatangkan dengan preset Harcourt yang terdiri daripada pilihan Vibrant, Colour, dan Classic, dan hasilnya memang memuaskan dengan kesan bokeh yang kemas. Kualiti kamera hadapan juga tidak mengecewakan, termasuk untuk mod potret.

Fungsi AI, boleh tukar imej ke video

Satu ciri menarik pada Honor 400 Pro ialah fungsi AI baharu yang dipanggil AI Image to Video. Ia membolehkan anda untuk tukar sebarang imej statik, sama ada gambar lama keluarga, potret, pemandangan atau ilustrasi kepada video pendek dalam durasi 5 saat. Yang bagusnya, semua ini boleh dilakukan terus dalam aplikasi Gallery telefon.

Fungsi ini dikuasakan oleh Google Veo 2, dan nak gunakannya pun cukup mudah. Anda hanya perlu pergi ke bahagian AI Image to Video dalam Gallery, pilih gambar, dan tekan “Generate”. Ia akan ambil masa sekitar 1 minit untuk jana video, tapi anda tak boleh pilih bagaimana imej nak digerakkan kerana dilakukan secara rawak. 

Pada ujian saya, hasil yang dijana cukup memuaskan berdasarkan konteks imej. Tapi kalau tak puas hati, anda boleh jana semula video untuk dapatkan hasil pergerakan lain.

Namun, perlu dinyatakan juga fungsi ini disenaraikan sebagai percubaan percuma untuk masa terhad. Honor juga ada menyatakan ada had kegunaan sebanyak 10 kali sehari. Berkemungkinan akan dikenakan caj untuk gunakannya pada masa depan. Selain daripada itu, anda juga boleh gunakan beberapa lagi fungsi AI pengimejan lain seperti AI Eraser, AI Upscale, AI Cutout dan AI Outpainting. 

Lagi tentang AI, fungsi AI macam pengesanan Deepfake AI dan Magic Portal yang ada dekat Magic 7 Pro sebelum ini juga ada pada Honor 400 Pro ini. Tapi yang lagi menarik, Honor juga dah tambah ciri baru untuk terjemahan sewaktu panggilan. Tapi semua ciri AI untuk produktiviti ini dimatikan secara default, jadi kalau anda tak boleh guna jangan risau sebab kena aktifkannya dulu dalam tetapan.

Nak kongsi fail atau gambar dengan peranti iOS pun boleh dilakukan dengan mudah melalui Honor Share. Namun, untuk berbuat demikian, aplikasi Honor Connect perlu di pasang dan dibuka di iPhone.

Honor 400 Pro menjalankan MagicOS 9.0 berasaskan Android 15 terkini, dengan antara muka yang kemas, animasi lancar dan mudah digunakan. Masih ada beberapa bloatware atau aplikasi pihak ketiga yang siap dipasang dalam telefon, tapi tidaklah terlalu banyak macam sesetengah telefon Android lain yang letak game mengarut-ngarut. Yang ada pun hanya TikTok, Lazada, WPS Office, jadi masih boleh diterima.

Kalau anda tertanya-tanya tentang sokongan perisian, Honor menjanjikan sehingga 6 kali kemas kini Android untuk Honor 400 Pro, makin hampir dengan apa yang ditawarkan pada siri flagship Magic Pro.

Prestasi lancar, tak panas

Sebagai telefon kelas pertengahan premium, Honor 400 Pro menawarkan prestasi yang lancar dan responsif untuk kegunaan harian. Secara ringkas, prestasinya boleh disamakan dengan peranti flagship dua tahun lepas, kerana ia diperkasa oleh cip Snapdragon 8 Gen 2. 

Walaupun cip ini lebih lama berbanding Snapdragon 8s Gen 3 yang digunakan pada Honor 200 Pro, ia masih boleh dianggap sebagai satu peningkatan kerana menawarkan prestasi yang lebih tinggi.

Untuk lagi mudah faham, ini saya kongsikan markah ujian tanda aras Honor 400 Pro di Geekbench 6, 3D Mark dan AnTuTu.

Tak lengkaplah uji prestasi telefon tanpa gaming. Untuk game Mobile Legends, peranti ini mampu jalankan game pada tetapan grafik tertinggi, dengan kadar bingkai Ultra dan resolusi HD. Bagi game yang lagi berat macam Genshin Impact pula, ia juga boleh dimainkan dengan lancar pada tetapan grafik “Highest” dan 60FPS. Erti kata lain, prestasi gaming telefon ini tinggi.

Kemudian, semasa gaming, anda juga boleh akses menu khas untuk gaming dengan menyapu pada bahagian kiri skrin untuk ubah tetapan seperti prestasi, sekat notifikasi, tingkatkan FPS atau buka aplikasi lain dalam tetingkap kecil. Yang bagusnya, sepanjang bermain game atau jalankan tugas berat, telefon tak rasa panas langsung, walaupun main game sambil pakai sarung.

Hayat bateri panjang

Beralih ke bahagian bateri, Honor 400 Pro tak ada masalah untuk bertahan sepanjang hari, walaupun dengan penggunaan agak berat. Ini termasuk ambil gambar, guna navigasi, scroll media sosial dan main game. 

Malah, saya main Mobile Legends selama dua jam pun bateri cuma susut sekitar 25%, agak jimat untuk telefon dengan cip berprestasi tinggi. Kalau guna secara sederhana pula, saya rasa tak mustahil untuk ia tahan sampai dua hari dengan sekali cas.

Kalau bateri habis, nak cas pun cepat hanya ambil masa sekitar 40 minit untuk penuh, agak cepat untuk mengisi bateri sebesar 6,000mAh. Lagi bagus, blok pengecas 100W pun Honor dah sediakan siap-siap dalam kotak. Kalau tak suka pakai kabel, telefon ini juga sokong pengecasan wayarles 50W.

Kesimpulan

Dengan harga RM2,699, saya rasakan Honor 400 Pro masih adalah pilihan menarik dalam kategori kelas pertengahan premium bawah RM3,000. Ia hadir dengan rekaan baharu yang lebih segar, sistem kamera yang memuaskan, dan prestasi yang boleh dikatakan setanding peranti flagship hasil penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 3.

Fungsi AI yang ditawarkan juga cukup menarik, contohnya, AI Image to Video yang membolehkan imej statik dihidupkan menjadi video pendek, satu ciri unik yang jarang ditemui pada telefon lain. Tambah pula dengan bateri 6,000mAh dan pengecasan pantas 100W, Honor 400 Pro sememangnya peranti yang cukup lengkap dalam pelbagai aspek. Malah, harga pun kekal sama macam model sebelum ini, pada RM2,699.

Xiaomi 14T Pro

Namun jika kita lihat pilihan lain dalam pasaran, ada beberapa alternatif yang menawarkan spesifikasi hampir setanding, malah pada harga lebih rendah. Contohnya Xiaomi 14T Pro yang kini dijual sekitar RM2,299. Walaupun merupakan model keluaran tahun lalu, ia masih lagi cukup relevan dengan cip berkuasa Dimensity 9300+, kamera telefoto 50MP, pengecasan pantas 120W serta skrin 144Hz. Cuma, ia hadir dengan bateri lebih kecil, iaitu 5,000mAh.

Google Pixel 9a

Satu lagi pilihan ialah Google Pixel 9a yang juga berharga RM2,699, tapi dengan storan kecil 128GB. Dari segi spesifikasi, ia agak jauh ketinggalan sebab tak ada kamera telefoto, pengecasan hanya 23W dan guna Tensor G4 yang lagi kurang berkuasa. Tapi kelebihan utamanya terletak pada perisian. Ia menawarkan pengalaman Android tulen dengan jaminan kemas kini sehingga 7 tahun.

Turut berada dalam radar ialah Oppo Reno 14 Pro 5G yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Buat masa ini, spesifikasi dan harga masih belum didedahkan, namun ia dijangka memberi saingan dalam kategori sama.

Pendek kata, Honor 400 Pro ialah peranti serba lengkap yang menghampiri keupayaan flagship. Kalau anda mementingkan prestasi, bateri besar, fungsi AI berguna dan tak kisah bukan pengalaman Android tulen, ini antara peranti yang anda patut pertimbang.

Bagaimana pula pendapat anda? Adakah Honor 400 Pro pilihan terbaik dalam bajet bawah RM3,000, atau anda lebih cenderung kepada pesaing lain? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Tags: honorHonor 400 Prohonor malaysiaSiri Honor 400
Artikel Sebelumnya

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Artikel Seterusnya

RedMagic 10S Pro dilancar, pertama di Malaysia guna Snapdragon 8 Elite Leading Version

Artikel Seterusnya
RedMagic 10S Pro dilancar, pertama di Malaysia guna Snapdragon 8 Elite Leading Version

RedMagic 10S Pro dilancar, pertama di Malaysia guna Snapdragon 8 Elite Leading Version

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER