• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Asus V400 AiO PC Malaysia: Skrin sentuh IPS 27″, Intel Core i7, harga dari RM3,799

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:17 pm
  • 30/07/2025
  • Komen
Asus V400 AiO PC Malaysia: Skrin sentuh IPS 27″, Intel Core i7, harga dari RM3,799
Share on FacebookShare on Twitter

Asus baru sahaja melancarkan siri komputer All-in-One (AiO) terbaru mereka untuk pasaran Malaysia, dikenali sebagai Asus V400 AiO PC. Ia menyasarkan pengguna rumah dan pejabat yang mahukan sebuah komputer dengan reka bentuk kompak dan minimalis.

Asus menawarkan pilihan skrin sehingga 27”, cip pemproses Intel generasi ke-13, dan beberapa ciri premium seperti webcam jenis boleh simpan, pembesar suara dengan Dolby Atmos dan WiFi 6E.



Harga dan ketersediaan Asus V400 AiO PC di Malaysia

Asus V400 AiO hadir dalam empat konfigurasi, dan berikut adalah harga jualan rasminya di Malaysia:

  • Asus V400 AiO PC (Skrin 27”, Intel Core i7-13420H, RAM DDR5 16GB, SSD 512GB ) – RM3,799
  • Asus V400 AiO PC (Skrin 24″, Intel Core i7-13620H, RAM DDR5 16GB | SSD 512GB) – RM3,899
  • Asus V400 AiO PC (Skrin 27”, Intel Core i7-13620H, RAM DDR5 16GB, SSD 512GB) – RM4,499
  • Asus V400 AiO PC (Skrin 27”, Intel Core i5-13420H, RAM DDR5 16GB, SSD 1TB) – RM4,199

Setiap pembelian didatangkan bersama Microsoft Office Home & Student 2024, papan kekunci, tetikus tanpa wayar, serta waranti selama 3 tahun.



Spesifikasi Asus V400 AiO PC

Tersedia dalam pilihan skrin 24” dan 27”, Asus V400 AiO menampilkan panel sentuh IPS LCD dengan resolusi Full HD (1920×1080) dan kadar segar semula 75Hz. Asus menjanjikan kualiti warna yang baik dengan cakupan warna 100% sRGB atau 72% NTSC, serta sudut pandang luas sehingga 178 darjah.

Bezel skrinnya juga kini dikatakan 38% lebih nipis berbanding model sebelumnya, memberikan nisbah skrin-ke-badan sehingga 93%. Skrin ini turut dilengkapi salutan anti-silau dan mendapat pengiktirafan TÜV Rheinland untuk keselesaan mata dan pengurangan cahaya biru.

Untuk prestasi, Asus V400 AiO dikuasakan oleh cip Intel Core i5-13420H atau i7-13420H, dipadankan dengan RAM DDR5 16GB dan storan pantas SSD PCIe 4.0 (512GB atau 1TB). Spesifikasi ini cukup berkuasa untuk tugasan pejabat, penstriman multimedia, dan multitasking.

Untuk audio, ia dilengkapi pembesar suara stereo HiFi dengan sokongan Dolby Atmos dan teknologi bass-reflex khas daripada Asus, bagi menghasilkan pengalaman audio yang lebih dalam dan kaya. Satu lagi ciri menarik ialah kamera HD Asus AiSense jenis “retractable”, yang boleh disorok apabila tidak digunakan, lebih selamat dan lebih kemas.

Pelbagai port yang disediakan pada Asus V400 AiO PC, termasuk satu HDMI 1.4, tiga USB-A 3.2 Gen 1, satu USB-C 2.1 Gen 1 , satu USB-A 2.0, satu RJ45, jek audio 3.5mm dan Kensington lock. Ia menjalankan Windows 11 Home, dan turut disertakan dengan langganan Microsoft 365 Basic selama 1 tahun, serta 100GB storan awan.

Tags: asusAsus V400Asus V400 AiO PC
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Asus V400 AiO PC Malaysia: Skrin sentuh IPS 27″, Intel Core i7, harga dari RM3,799

Asus V400 AiO PC Malaysia: Skrin sentuh IPS 27″, Intel Core i7, harga dari RM3,799

30 July 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER