• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pandang pertama Ryt Bank, bank digital pertama Malaysia dikuasakan AI

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:56 pm
  • 13/08/2025
  • Komen
Pandang pertama Ryt Bank, bank digital pertama Malaysia dikuasakan AI
Share on FacebookShare on Twitter

Bank Digital terbaru di Malaysia, Ryt Bank, akan dilancarkan tidak lama lagi pada 26 Ogos, tetapi mereka kini menawarkan akses awal sempena ASEAN AI Malaysia Summit 2025. Walaupun menjadi yang terakhir daripada 5 pemegang lesen bank digital untuk dilancarkan kepada orang ramai, usaha sama Kumpulan YTL dan Sea Limited ini mempertaruhkan AI sebagai faktor pembeza utama mereka.

Sejak April lalu, orang ramai sudah boleh mendaftar dalam senarai menunggu dengan memuat turun aplikasi Ryt Bank yang tersedia di Apple App Store dan Google Play Store. Kalau anda tak sabar nak mencubanya, anda boleh terus daftar di reruai YTL AI Labs di MITEC pada 12 dan 13 Ogos 2025.



Ryt Bank tawar pendaftaran pantas hanya dalam 2 minit

Sebagai bank digital sepenuhnya, proses pendaftaran di Ryt Bank sangat pantas, anda boleh buka akaun dalam kira-kira 2 minit sahaja, termasuk proses eKYC (electronic Know Your Customer

Berikut antara yang ditawarkan Ryt Bank berdasarkan akses awal kami.



Buat masa ini, Ryt Bank menawarkan akaun simpanan dan kad debit Visa. Mereka juga menyediakan kad Ryt edisi terhad dengan rekaan yang cukup bergaya, dan difahamkan lebih banyak rekaan lain akan datang. Sementara menunggu kad fizikal dihantar, anda boleh terus berbelanja menggunakan kad virtual yang tersedia dalam aplikasi. Untuk peniaga yang tidak menerima bayaran kad, aplikasi Ryt turut menyokong DuitNow QR.

Kad debit fizikal ini mempunyai yuran sebanyak RM12, tetapi ia dikecualikan sehingga 30 September 2025.

Seperti bank digital lain, anda boleh tetapkan had perbelanjaan, jenis transaksi, malah membekukan kad terus daripada aplikasi Ryt Bank.

Ryt Bank kini menawarkan kadar faedah 3.00% setahun untuk Akaun Simpanan, dengan faedah dikreditkan setiap hari. Malah, apabila anda membuat deposit, aplikasi akan memaparkan anggaran pendapatan harian berdasarkan kadar 3% setahun tersebut.

Dari segi caj, mereka kini mengecualikan yuran pengeluaran tunai RM1 melalui ATM MEPS sehingga 30 September 2025. Jika anda menggunakannya di luar negara, ada yuran pengeluaran tunai sebanyak RM12.

Selain itu, terdapat caj transaksi asing sebanyak 2% ke atas jumlah transaksi dengan peniaga luar negara (di atas kadar pertukaran Visa), tetapi caj ini juga dikecualikan sehingga 30 September 2025.

Secara lalai, had pengeluaran dan perbelanjaan harian kad ialah RM3,000, tetapi ia boleh dinaikkan sehingga RM10,000.

Ryt AI bawa pengalaman perbankan ke tahap baru

Antara tarikan terbesar Ryt Bank ialah Ryt AI yang dikuasakan oleh ILMU. Dengan bantuan AI ini, pengguna boleh membuat pemindahan wang atau pembayaran bil hanya dengan mengambil gambar atau menghantar tangkap layar skrin.

Melalui pemahaman konteks yang lebih baik, pemindahan wang boleh dilakukan dengan pantas. Contohnya, anda hanya perlu taip “Pindah RM100 ke MBB XXXXXXX” dan sistem akan terus menyediakan transaksi pemindahan RM100 ke akaun Maybank tersebut. Transaksi hanya akan diteruskan selepas anda menekan butang “confirm”.

Perkara yang sama juga terpakai untuk pemindahan DuitNow menggunakan nombor telefon atau nombor MyKad. Hanya dengan teks ringkas atau tangkap layar mesej, Ryt AI akan melakukan transaksi yang diperlukan.

Bagaimanapun, fungsi pembayaran bil melalui Ryt AI masih belum sedia sepenuhnya. Semasa kami cuba ambil gambar bil, ia memaklumkan bahawa JomPay belum disokong, tetapi pembayaran boleh diteruskan jika bil tersebut mempunyai maklumat akaun bank.

Begitu juga apabila kami berkongsi gambar kod QR DuitNow peribadi, Ryt AI masih belum dapat mengenal pasti maklumat penerima daripada kod QR tersebut. Buat masa ini, anda perlu mengimbas kod QR DuitNow sendiri dari skrin utama aplikasi.

Perlu diingat, Ryt AI masih berada dalam fasa Beta dan kami percaya isu-isu awal ini akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Setakat ini, Ryt Bank nampak cukup meyakinkan kerana menawarkan pengalaman perbankan digital yang berbeza daripada yang pernah ada. Proses pendaftarannya lancar, dan aplikasi ini sendiri kelihatan kemas walaupun sebelum pelancaran rasmi.

Dengan integrasi Ryt AI, kami boleh jangkakan pengalaman yang lancar dan kemas walaupun Ryt Bank menambah lebih banyak produk serta perkhidmatan pada masa akan datang. Anda hanya perlu beritahu apa yang ingin dilakukan, dan ia akan menyediakan segalanya dalam antaramuka yang ringkas dan moden. Ini sesuatu yang patut diambil perhatian oleh bank-bank tradisional jika mahu kekal relevan dalam persaingan.


Tags: Bank DigitalRyt AIRyt BankytlYTL AI Labs
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Pandang pertama Ryt Bank, bank digital pertama Malaysia dikuasakan AI

Pandang pertama Ryt Bank, bank digital pertama Malaysia dikuasakan AI

13 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Xiaomi Mijia Washer Dryer kini rasmi di Malaysia, hanya RM1,499 untuk masa terhad

Xiaomi Mijia Washer Dryer kini rasmi di Malaysia, hanya RM1,499 untuk masa terhad

7 August 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER