• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing Ear (3): Naik taraf ANC, hayat bateri dan dilengkapi Super Mic, harga RM759

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:09 pm
  • 28/09/2025
  • Komen
Nothing Ear (3): Naik taraf ANC, hayat bateri dan dilengkapi Super Mic, harga RM759
Share on FacebookShare on Twitter

Nothing secara rasmi telah melancarkan Nothing Ear (3), fon putik flagship terbaharu mereka. Walaupun namanya Ear (3), model ini sebenarnya adalah generasi keempat fon putik flagship Nothing selepas Ear (1) pada 2021, Ear (2) pada 2023 serta Nothing Ear dan Ear (a) pada 2024.

Harga Nothing Ear (3) di Malaysia

Nothing Ear (3) akan dijual di Malaysia bermula 6 Oktober 2025, pada harga RM759. Ia tersedia dalam dua pilihan warna, hitam dan putih, dan boleh didapatkan di nothing.tech, Lazada, Shopee, TikTok, serta semua pengedar sah Nothing di Malaysia seperti:



  • DirectD
  • TMT
  • URBAN REPUBLIC
  • Vivid Concepts
  • TAC Mobile
  • SS Solution
  • Nothing Image Store

Sebagai perbandingan, model baharu ini menyaksikan peningkatan harga sebanyak RM250 berbanding Ear (2) yang dilancar pada RM599.

Spesifikasi Nothing Ear (3)

Nothing Ear (3) masih mengekalkan reka bentuk lutsinar ikonik. Tetapi, ia kini hadir dengan komponen logam pada fon putik dan bekas pengecas buat pertama kalinya, memberikan binaan lebih kukuh dan premium. Bekas pengecas kini diperbuat sepenuhnya daripada aluminium kitar semula “anodised”, dengan bentuk lebih melengkung serta butang baharu khusus untuk fungsi “Talk”.



Butang Talk ini mengaktifkan ciri Super Mic, iaitu sistem dwi-mikrofon yang dibina terus ke dalam bekas pengecas. Nothing mendakwa ia mampu menapis sehingga 95dB bunyi latar, sekali gus menjadikan suara lebih jelas ketika panggilan. Fungsi ini juga boleh digunakan untuk merakam voice note terus dalam aplikasi memo suara di iOS dan Android.

Selain itu, setiap fon putik turut dilengkapi tiga mikrofon terbina serta bersama unit pengesan suara berasaskan getaran tulang (bone-conduction) yang membantu memastikan kualiti panggilan kekal jelas walaupun di tempat bising.

Dari segi audio, Nothing Ear (3) menggunakan driver dinamik 12mm menjanjikan bass lebih padu dan pentas bunyi lebih luas. Ia menyokong codec AAC, SBC dan LDAC,serta menawarkan sokongan Hi-Res Audio dan Spatial Audio. Bagi mengurangkan gangguan bunyi, Ear (3) hadir dengan penyaring hingar aktif (ANC) adaptif lebih baik boleh menyingkirkan sehingga 45dB bunyi bising.

Ia juga menyertakan ciri pengesanan dalam telinga, mod permainan latensi rendah, dan Bluetooth 5.4 dengan sokongan sambungan dua peranti serentak.

Ketahanan bateri turut dipertingkatkan. Setiap fon telinga membawa bateri 55mAh, manakala bekas pengecas memuatkan 500mAh. Dengan ANC diaktifkan, Ear (3) mampu bertahan sehingga 5.5 jam penggunaan, atau sehingga 10 jam jika ANC dimatikan. Bersama bekas pengecas, jumlah keseluruhan mencapai sehingga 38 jam. Bekas ini menyokong pengecasan berwayar pantas serta pengecasan tanpa wayar.

Kedua-dua fon putik dan bekasnya juga mempunyai penarafan IP54 untuk kalis air dan debu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Nothing Ear (3).

Tags: NothingNothing Ear (3)
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Nothing Ear (3): Naik taraf ANC, hayat bateri dan dilengkapi Super Mic, harga RM759

Nothing Ear (3): Naik taraf ANC, hayat bateri dan dilengkapi Super Mic, harga RM759

28 September 2025
AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER