Pesanan ikhlas dari HUAWEI Mobile Malaysia
HUAWEI nova 4 adalah telefon yang membawa syarikat gergasi telefon itu ke satu tahap lebih tinggi berbanding pesaing mereka. Sungguhpun notch memungkin telefon berbingkai nipis dihasilkan, namun ia mencacatkan telefon itu daripada segi estetik. Hasilnya, menonton kandungan multimedia pada paparan ber-notch tidaklah sepuas yang disangka.
Dengan teknologi Punch FullView Display, HUAWEI berjaya membangunakan sebuah telefon berbingkai nipis dan pada masa yang sama bebas notch, seperti yang boleh anda lihat pada nova 4.
Terdapat seribu satu cabaran yang perlu diatasi HUAWEI untuk hasilkan nova 4 dan ini adalah tiga daripadanya.
1. Hapuskan notch daripada muka depan
Sungguhpun berjaya membuang notch daripada telefon, mereka perlu tetap meletakkan kamera selfie walau apapun caranya kerana “Selfie Superstar” memang menjadi DNA kepada siri nova sejak sekian lama.
Cabaran pertama adalah untuk menebuk lubang pada paparan nova 4. Dua penyelesaian yang difikirkan HUAWEI adalah:
- through hole
- blind hole
Di akhir pembangunan nova 4, mereka memilih blind hole oleh sebab ia menghasilkan “lubang” lebih kecil pada paparan kerana hanya perlu membuang beberapa lapisan pada komponen paparan berbanding menebuk paparan sepenuhnya.
Hasilnya, kamera depan nova 4 adalah 20% lebih kecil daripada yang terkecil iaitu 3.05mm.
2. Teknologi kamera depan yang baru
Berjaya selesaikan satu masalah, masalah baru pula timbul. Memiliki paparan berlubang yang terkecil dalam industri menyebabkan cahaya daripada panel LCD paparan nova 4 melimpah masuk ke kamera depan dan merosakkan gambar selfie anda.
Untuk mengatasi isu tersebut, HUAWEI menggunakan kejuruteraan jitu untuk membangunkan perumah khas kepada kamera depan daripada besi. Hasilnya, gambar selfie anda tidak diganggu oleh kecerahan paparan telefon. Bukan itu saja, perumah khas itu juga menyumbang pada keteguhan binaan dan melindunginya daripada dicemari habuk.
3. Pindahkan sensor-sensor daripada muka telefon
Sebab utama kehadiran notch pada telefon berbingkai nipis adalah untuk menempatkan sensor proksimiti, lampu notifikasi LED, dan speaker ganggang. Hampir mustahil untuk meletakkannya di bahagian lain tanpa mengubah norma penggunaan telefon.
Cara genius yang diimplimentasikan HUAWEI adalah meletakkan komponen-komponen itu di bahagian sisi atas telefon. Contohnya, speaker ganggang sedikit senget bagi mengalirkan audio ke telinga anda semasa bercakap.
Lampu LED pula disembunyikan disebalik mikrojeriji tempat speaker ganggang diletakkan. Daripada jauh, anda pasti takkan menyangka kehadirannya.
Penutup
Apabila anda berpeluang memegang sebuah nova 4 ruang pameran kedai HUAWEI, anda bolehlah bayangkan kerja keras yang dilalui oleh jurutera-jurutera mereka untuk membangunkan sebuah telefon yang bukan saja memenuhi keperluan praktikal anda, tapi tidak mengorbankan estetiknya.
Sebanyak 12 bulan dan lebih daripada 20,000 prototaip telah dihasilkan hanya untuk melepasi beberapa cabaran ini.
nova 4 dijual pada harga RM1,899 sebuah dan dengannya anda beroleh telefon berkelas flagship dengan paparan 6.4″ HD penuh bebas notch.
Di bahagian penjuru kiri telefon, anda akan menemui kamera depan 25MP. Pada kamera belakang, anda boleh menemui tiga buah kamera masing-masing dengan sensor 20MP, 16MP ultralebar, dan 2MP untuk bokeh.
https://www.youtube.com/watch?v=UWZxIdbeK6M
CPU Kirin 970 pada papan utama nova 4 digandingkan dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Kesemua komponen elektroniknya mengambil tenaga daripada bateri berkapasiti 3,750mAh yang boleh dicas pantas.
Dapatkan sebuah nova 4 secara dalam talian ataupun dari pengedar sah diseluruh negara bermula 14 Februari 2019 ini!