• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V60 Lite 5G dilancar, diperkasa Dimensity 7360-Turbo & kamera 50MP, dari RM1,199

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:27 pm
  • 09/10/2025
  • Komen
Vivo V60 Lite 5G dilancar, diperkasa Dimensity 7360-Turbo & kamera 50MP, dari RM1,199
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengumumkan promosi pratempahan dan tarikh pelancaran beberapa hari lalu, Vivo kini rasmi memperkenalkan Vivo V60 Lite 5G untuk pasaran Malaysia. Model ini menggantikan V50 Lite 5G dan hadir dengan beberapa naik taraf seperti cip lebih berkuasa, skrin lebih cerah, serta binaan yang lebih tahan lasak. Malah, rekaannya juga diperbaharui, kini mirip dengan Vivo V60 yang dilancar Ogos lalu.

Harga dan promosi Vivo V60 Lite 5G di Malaysia

Berbanding tiga varian, Vivo V60 Lite 5G ditawarkan dalam dua varian, dan berikut adalah harga jualannya di Malaysia:



  • Vivo V60 Lite 5G (RAM 8GB + storan 256GB) – RM1,399 (RM1,199)
  • Vivo V60 Lite 5G (RAM12GB + storan 512GB) – RM1,799 (RM1,499)

Tiada tarikh ketersediaan yang diberikan Vivo Malaysia, tetapi promosi pratempahan masih berjalan dengan Vivo menawarkan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,199 kepada pembeli. Ini termasuk rebat sehingga RM300, vivo Buds percuma, set hadiah Holiday Vibe, waranti lanjutan 1+1 tahun, perlindungan retak skrin 1 tahun, waranti pelbagai rantau dan waranti panel belakang.

Anda boleh mendapatkan Vivo V60 Lite 5G di stor rasmi Vivo di Lazada dan Shopee melalui pautan di bawah:



  • Vivo V60 Lite 5G (RAM 8GB + storan 256GB) – Lazada, Shopee
  • Vivo V60 Lite 5G (RAM12GB + storan 512GB) – Lazada, Shopee

Spesifikasi Vivo V60 Lite 5G

Vivo V60 Lite 5G boleh dianggap sebagai “adik” kepada Vivo V60 dengan spesifikasi yang lebih sederhana. Ia dikuasakan oleh cip kelas pertengahan baharu MediaTek Dimensity 7360-Turbo 4nm, yang dikatakan mempunyai peningkatan prestasi sehingga 60% berbanding generasi sebelumnya. Cip itu digandingkan dengan RAM LPDDR4X sehingga 12GB dan storan UFS 3.1 sehingga 512GB. Sebagai rujukan anda, model sebelum ini menggunakan cip Dimensity 6300.

Di bahagian hadapan, Vivo V60 Lite 5G menggunakan panel AMOLED 6.77″ beresolusi FHD+ dengan sokongan HDR10+ dan kadar segar semula 120Hz, hampir sama seperti generasi sebelumnya. Tetapi, skrin model baru ini lebih cerah dengan kecerahan sehingga 3,000 nits berbanding V50 Lite 5G pada 1,800 nits.

V60 Lite 5G masih mengekalkan tetapan dwikamera utama seperti V50 Lite tanpa penjenamaan ZEISS. Ia dilengkapi kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX882 bersaiz 1/1.95”, digandingkan dengan kamera ultra lebar 8MP, serta kamera depan 32MP.

Menariknya, V60 Lite kini menyokong rakaman video 4K untuk kedua-dua kamera depan dan belakang, satu peningkatan berbanding V50 Lite yang hanya menyokong resolusi Full HD sahaja. Turut dikekalkan ialah sistem lampu AI Aura Light dibelakangnya. Vivo turut memuatkan sejumlah ciri penyuntingan AI pada V60 Lite 5G dan ini termasuk AI Erase 3.0, AI Reflection Erase, AI Photo Enhance serta AI Four-Seson Portrait.

Bahagian bateri Vivo V60 Lite 5G juga masih kekal menggunakan bateri 6,500mAh Bluevolt sama seperti sebelum ini, dengan sokongan pengecasan FlashCharge 90W USB-C. Vivo mengatakan pengecasan dari 1% ke 100% mengambil masa 52 minit, dan mengecas selama 10 minit membolehkan pengguna nikmati sehingga 6.6 jam masa tontonan YouTube dan 3.6 jam permainan Free Fire. Selain itu, terdapat juga sokongan Bypass Charging disediakan.

Pembesar suara yang digunakan adalah jenis stereo dan didakwa mampu menawarkan kelantangan sehingga 400%, sama seperti pada model V50 Lite 5G terdahulu.

Dari segi ketahanan, Vivo V60 Lite 5G hadir dengan penarafan IP65 untuk perlindungan daripada percikan air dan debu. Ia juga melepasi pensijilan ketenteraan serta mendapat penarafan ketahanan jatuh 5 bintang daripada SGS. Vivo turut mendakwa peranti ini mampu beroperasi sehingga 12 jam dalam keadaan hujan lebat berterusan.

Ciri lain anda boleh temukan pada Vivo V60 Lite 5G termasuk Bluetooth 5.4, WiFi 5, NFC, 5G dan pengimbas jap jari optikal dalam skrin. Sistem operasi yang digunakan sejurus keluar kotak adalah FuntouchOS 15 berasaskan Android 15, yang turut tampil dengan ciri proktiviti pintar seperti AI Captions, AI Smart Call Assistant, AI Note Assist, AI Transcript Assist serta Block Spam Calls.

Vivo V60 Lite 5G ditawarkan dalam tiga pilihan warna, biru, hitam dan merah jambu yang dipanggil sebagai “Pop pink”. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Vivo V60 Lite 5G.

Tags: vivovivo MalaysiaVivo V60Vivo V60 Lite
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Vivo V60 Lite 5G dilancar, diperkasa Dimensity 7360-Turbo & kamera 50MP, dari RM1,199

Vivo V60 Lite 5G dilancar, diperkasa Dimensity 7360-Turbo & kamera 50MP, dari RM1,199

9 October 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER