• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile ULTRA5G: Betul ke liputan dah capai 90.9% di KL? Ini kami uji sendiri

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:13 pm
  • 14/10/2025
  • Komen
U Mobile ULTRA5G: Betul ke liputan dah capai 90.9% di KL? Ini kami uji sendiri
Share on FacebookShare on Twitter

Rangkaian 5G kedua Malaysia yang kini dibangunkan oleh U Mobile telah mencapai 54.9% liputan di kawasan berpenduduk, menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. Pencapaian ini hadir hanya beberapa bulan selepas pelancaran rasmi rangkaian ULTRA5G oleh U Mobile yang bermula di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Berdasarkan perkongsian Fahmi di X, rangkaian 5G milik U Mobile kini telah meliputi sebahagian besar kawasan berpenduduk di Lembah Klang, dengan pecahan liputan tertinggi seperti berikut:



  • Putrajaya – 99.7%
  • Kuala Lumpur – 90.9%
  • Labuan – 90.8%
  • Pulau Pinang – 82.3%
  • Selangor – 70.9%

Dengan angka liputan kawasan berpenduduk di Kuala Lumpur melebihi 90%, kami mengambil peluang untuk menguji sendiri untuk melihat sejauh mana rangkaian ULTRA5G benar-benar tersedia di kawasan ibu kota.

Untuk makluman anda, pelanggan U Mobile kini boleh mengakses dua rangkaian 5G berbeza, iaitu “U Mobile” melalui rangkaian DNB, dan “UM ULTRA5G” yang beroperasi di bawah rangkaian 5G milik U Mobile sendiri.



Ujian ini kami jalankan menggunakan kad SIM Prabayar U Mobile, dengan beberapa ujian kelajuan (speed test) dilakukan di pelbagai lokasi sekitar Kuala Lumpur. Semua ujian dijalankan di luar bangunan bagi memastikan sambungan rangkaian berada pada tahap optimum.

Untuk memastikan kami benar-benar tersambung ke rangkaian 5G milik U Mobile, kami mencuba beberapa kali untuk sambung ke rangkaian “UM ULTRA5G”, menggunakan peranti Galaxy S24 Ultra. Sekiranya rangkaian masih kekal pada “U Mobile”, iaitu rangkaian 5G DNB, kami akan menghidupkan dan mematikan mod penerbangan (Airplane Mode) untuk peranti mencari semula isyarat dan cuba sambung ke rangkaian ULTRA5G.

Kiri: Ujian kelajuan di Bukit Bintang melalui DNB, Kanan: Ujian kelajuan di Bukit Bintang melalui Ultra5G

Disebabkan kami menggunakan pelan prabayar, akses kepada 5G SA (Standalone) dan 5G Advanced tidak tersedia. U Mobile hanya mengaktifkan mod 5G SA untuk pelanggan pelan pascabayar RM98 dan ke atas.

Namun, tujuan utama ujian ini adalah untuk menguji liputan sebenar rangkaian ULTRA5G secara langsung. Berikut ialah keputusan penuh termasuk rangkaian 5G yang digunakan, ping, serta kelajuan muat turun dan muat naik.

Daripada 19 lokasi di sekitar Kuala Lumpur, kami hanya berjaya sambung ke ULTRA5G di 5 lokasi iaitu TTDI, TRX (Exchange 106), Bukit Bintang (hadapan Lot 10), Berjaya Times Square dan GMBB (Jalan Pudu). Ini menunjukkan bahawa pengguna U Mobile di Kuala Lumpur masih banyak bergantung pada rangkaian DNB untuk akses 5G.

Selain itu, ini juga bermakna hanya 26.3% kawasan yang diuji (5 daripada 19) berjaya disambungkan kepada rangkaian ULTRA5G, jauh daripada angka 90.9% liputan kawasan berpenduduk yang dikatakan.

Terdapat kemungkinan bahawa tapak rangkaian 5G U Mobile di ibu kota sudah siap dibina, tetapi belum diaktifkan secara komersial. Buat masa ini, U Mobile masih belum mengeluarkan peta liputan rasmi ULTRA5G, dan halaman rasminya hanya menyatakan bahawa liputan kini tersedia di Berjaya Times Square.

U Mobile juga masih belum berkongsi sasaran jangka pendek atau bilangan tapak aktif yang sudah boleh digunakan pelanggan.

Menurut perancangan jangka panjang mereka, U Mobile mensasarkan untuk mencapai 80% liputan populasi 5G menjelang separuh kedua tahun 2026, diikuti 90% liputan pada tahun berikutnya.

Kami telah menghubungi pihak U Mobile untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai status semasa pelancaran ULTRA5G, termasuk jumlah tapak aktif yang kini boleh diakses oleh pelanggan.

Dari segi prestasi, rangkaian ULTRA5G milik U Mobile menunjukkan kelajuan muat turun dan muat naik yang lebih tinggi, antara 357Mbps hingga 682Mbps. Ini boleh dijangka kerana rangkaian DNB dikongsi oleh lebih ramai pelanggan, manakala ULTRA5G mempunyai beban trafik yang lebih rendah.

Tags: 5g malaysiaFahmi Fadzilrangkaian 5G keduatelcou mobileU Mobile Ultra5GUltra5G
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
U Mobile ULTRA5G: Betul ke liputan dah capai 90.9% di KL? Ini kami uji sendiri

U Mobile ULTRA5G: Betul ke liputan dah capai 90.9% di KL? Ini kami uji sendiri

14 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER