• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

JPJ tawar diskaun 50% saman hingga 30 Disember, tiada lagi diskaun mulai 2026

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:19 pm
  • 27/10/2025
  • Komen
JPJ tawar 70% diskaun saman sehingga 16 September
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik buat pengguna jalan raya di Malaysia. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini menawarkan diskaun 50% kepada orang ramai yang ingin menjelaskan saman tertunggak mereka. Tawaran ini berlangsung selama dua bulan, bermula 1 November hingga 30 Disember 2025.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, diskaun ini terpakai untuk semua jenis saman kecuali yang tidak boleh dikompaun, seperti kes yang perlu dibawa ke mahkamah.



“Ia untuk semua jenis saman, bukan untuk saman AwAS (Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik), Notis Temu Siasat (114), dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115) yang kita gerakkan dari awal tahun lepas, tapi untuk semua jenis saman kecuali saman yang tidak boleh dikompaun yang perlu dibawa ke mahkamah”, katanya semasa Sidang Media Khas Op Gempur pada hari Ahad.

Dalam masa yang sama, beliau turut menggalakkan orang ramai merebut peluang ini dengan membuat bayaran di kaunter JPJ atau melalui saluran pembayaran dalam talian yang disediakan. Ini adalah kerana, mulai 1 Januari 2026, tiada lagi sebarang diskaun akan diberikan kepada umum bagi saman JPJ mahupun saman PDRM.



@anthonyloke

Berkuatkuasa 1 Jan 2026, saman JPJ dan PDRM akan diselaraskan berdasarkan prinsip “the less you delay, the less you pay”. Tiada lagi amalan diskaun bermusim. Pengurangan adalah sebanyak 50% untuk 15 hari pertama, 33% untuk 16-30 hari dan kadar penuh untuk 31-60 hari. Tindakan mahkamah atau senarai hitam akan diambil selepas 60 hari. Sebelum bermulanya sistem baharu ini, pengguna jalan raya boleh melangsaikan saman tertunggak pada kadar pengurangan 50%-70% sehingga hujung tahun. Tiada diskaun akan diberi kepada saman tertunggak selepas tempoh ini. Saman bertujuan sebagai “deterrent” kepada sikap pemanduan yang merbahaya, bukan untuk dikutip berulang-kali. Sebaik-baiknya, kita patut memupuk sikap pemanduan yang selamat agar bukan sahaja tidak akan disaman, tetapi juga untuk keselamatan keluarga dan diri sendiri. Membina budaya keselamatan yang baik memerlukan kerjasama dari semua pihak – syarikat pengirim barangan, pengusaha kenderaan berat, pemandu logistik dan juga pemandu biasa seperti kita – demi keluarga dan orang tersayang. #KementerianPengangkutanMalaysia #KeselamatanJalanRaya #JPJ #PDRM

♬ original sound – Anthony Loke – Anthony Loke

Perkara ini selari dengan pengumuman Menteri Pengangkutan Anthony Loke baru-baru ini, yang menyatakan bahawa tiada lagi diskaun untuk saman tertunggak mulai tahun hadapan. Sebagai gantinya, kerajaan memperkenalkan pendekatan baharu berasaskan prinsip “the less you delay, the less you pay”. Di bawah sistem ini, kadar kompaun ditetapkan mengikut tempoh bayaran seperti berikut:

  • 50% diskaun untuk bayaran dalam tempoh 15 hari pertama
  • 33% diskaun untuk bayaran dalam tempoh 16 hingga 30 hari
  • Kadar penuh untuk bayaran dalam tempoh 31 hingga 60 hari
  • Tindakan mahkamah atau senarai hitam jika tidak dibayar selepas 60 hari

Pendekatan baharu ini diperkenalkan bagi menggalakkan pengguna melunaskan saman lebih awal, serta memastikan sistem lebih adil untuk mereka yang bertanggungjawab dan tidak menangguhkan bayaran.

[Sumber: Bernama]

Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
JPJ tawar 70% diskaun saman sehingga 16 September

JPJ tawar diskaun 50% saman hingga 30 Disember, tiada lagi diskaun mulai 2026

27 October 2025
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER