• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco F8 Ultra & F8 Pro: Telefon Snapdragon 8 Elite Gen 5 termurah dilancar, dari RM2,799

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:16 pm
  • 26/11/2025
  • Komen
Poco F8 Ultra & F8 Pro: Telefon Snapdragon 8 Elite Gen 5 termurah dilancar, dari RM2,799
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengutuskan teaser demi teaser, kini Xiaomi akhirnya rasmi melancarkan peranti flagship terbaharu mereka Poco F8 Pro dan F8 Ultra dalam satu majlis pelancaran global bertempat di Bali, Indonesia. Pelancaran ini turut menyaksikan ketibaannya ke pasaran Malaysia, dan Poco F8 Ultra kini menjadi peranti Snapdragon 8 Elite Gen 5 paling mampu milik yang anda boleh beli sekarang.

Harga dan ketersediaan Poco F8 Pro dan F8 Ultra di Malaysia

Siri Poco kini sudah boleh mula didapatkan di Malaysia. Menariknya, pembeli juga boleh menikmati diskaun menarik dan hadiah percuma tablet Redmi Pad SE bernilai RM499 untuk pembelian dari sekarang sehingga 18 Disember. Berikut adalah harga jualan siri Poco F8 di Malaysia:



  • Poco F8 Ultra 12GB+256GB – RM3,199 RM2,799
  • Poco F8 Ultra 16GB+512GB – RM3,599 RM2,799
  • Poco F8 Pro 12GB+256GB – RM2,499 RM2,199
  • Poco F8 Pro 16GB+512GB – RM2,469 RM2,299

Anda boleh dapatkan Poco F8 Ultra dan Poco F8 Pro melalui mi.com serta stor rasmi Poco di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Poco F8 Ultra

Bermula dengan model paling premium dalam siri ini, Poco F8 Ultra hadir dengan skrin AMOLED 6.9″ FHD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Panelnya menawarkan kecerahan sehingga 3,500 nits, kadar sentuhan sehingga 2,560Hz, serta sokongan HDR10+ dan Dolby Vision. Skrin ini turut dilindungi oleh Poco Shield Glass.



Perkara paling menarik tentang peranti ini adalah pada sistem audionya. Ia menggunakan speaker stereo talaan Bose, ditambah subwoofer terbina di belakang yang terletak bersebelahan modul kamera. Dari segi warna, terdapat dua pilihan warna ditawarkan untuk F8 Ultra iaitu hitam dan biru dengan kemasan kain.

Atas papan utama, model Ultra ini diperkasa cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan UFS 4.1 sehingga 512GB. Turut dibekalkan ialah cip VisionBoost D8 12nm untuk pemprosesan grafik tambahan.

Untuk fotografi, Poco F8 Ultra menampilkan tiga kamera belakang. Sistem kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP f/1.67 daripada sensor Light Fusion 950 1/1.31″, kamera periskop 50MP menyokong zum optikal 5x dan kamera ultralebar 50MP. Bagi keperluan selfie, anda boleh gunakan kamera depan 32MP.

Untuk tenaga, Poco F8 Ultra hadir dengan bateri 6,500mAh, dan ia menyokong pengecasan berwayar 100W dan wayarles 80W. Selain itu, ia juga kalis air IP68, ada pengimbas cap jari ultrasonik dalam skrin, sokong WiFi 7 dan akan menjalankan HyperOS 3 berasaskan Android 16 sejurus keluar kotak.

Spesifikasi Poco F8 Pro

Untuk model Pro, ia mengekalkan reka bentuk serupa dengan model Ultra tetapi dengan saiz yang lebih kompak. Ia juga hadir dengan speaker stereo Bose, namun tanpa subwoofer di belakang. Anda boleh dapatkan F8 Pro dalam tiga pilihan warna hitam, kelabu dan biru cair.

Macam yang dikatakan tadi, ia memiliki saiz lebih kompak. Skrinnya berukuran 6.59″ jenis AMOLED, juga dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 3,500 nits. Tetapi, kaca melapisi di atas skrin adalah Corning Gorilla Glass 7i. Peranti ini juga diiktiraf kalis air IP68.

Di dalam, ia mengguna pakai cip flaghsip tahun lalu, Snapdragon 8 Elite. Cip itu bergandingan dengan RAM LPDDR5X sehingga 12GB dan storan UFS 4.1 sehingga 512GB. Bateri yang dimuatkan di dalam telefon adalah bersaiz 6,210mAh dan ia boleh dicas pada paras 100W melalui USB-C. Ia juga tiada sokongan pengecasan wayarles seperti model Ultra.

Bagi kelengkapan kamera, model Poco F8 Pro turut menggunakan kamera utama 50MP f/1.88, tapi berbeza sensor iaitu Light Fusion 800 1/1.55″, sensor sama digunakan F7 Ultra dan F7 Pro sebelum ini. Kamera kedua adalah ultralebar 8MP f/2.2, dan kini ditambah dengan kamera telefoto 50MP f/2.2 dengan jarak fokal 60mm. Sensor kamera depan pula beresolusi 20MP.

Lagi ciri terdapat pada Poco F8 Pro termasuk WiFi 7, pengimbas cap jari dalam skrin, dan akan menjalan sistem operasi HyperOS 3 berasaskan Android 16. Poco menjanjikan kemas kini OS selama 6 tahun dan keselamatan 4 tahun untuk Poco F8 Ultra dan Poco F8 Pro.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Poco F8 Ultra dan F8 Pro.

Tags: PocoPoco F8Poco F8 ProPoco F8 Ultraxiaomi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Poco F8 Ultra & F8 Pro: Telefon Snapdragon 8 Elite Gen 5 termurah dilancar, dari RM2,799

Poco F8 Ultra & F8 Pro: Telefon Snapdragon 8 Elite Gen 5 termurah dilancar, dari RM2,799

26 November 2025
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

19 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER