• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Coros Pace 4 dilancar, kini ada skrin AMOLED & hayat bateri GPS 41 jam

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:03 pm
  • 08/12/2025
  • Komen
Coros Pace 4 dilancar, kini ada skrin AMOLED & hayat bateri GPS 41 jam
Share on FacebookShare on Twitter

Coros, jenama jam pintar kecergasan terkenal kini telah memperkenalkan jam kecergasan mampu milik terbaharu Coros Pace 4 di Malaysia. Merupakan sekuel kepada Pace 3 yang diperkenal dua tahun lalu, model baru ini membawakan pelbagai naik taraf termasuk skrin lebih baik, hayat bateri lebih panjang dan ciri kecergasan

Harga dan ketersediaan Coros Pace 4

Kepada mereka yang berminat, Coros Pace 4 akan mula dijual di Malaysia bermula jam 8 malam pada 11 Disember 2025, pada harga RM1,099. Sebagai perbandingan, harga model baru ini meningkat RM100 daripada Pace 3 yang dilancar pada RM999.



Untuk membuat pembelian, anda boleh dapatkan Coros Pace 4 menerusi stor rasmi di Lazada, Shopee serta laman web rasmi Pangu Runggu. Ia juga akan tersedia nanti menerusi pengedar sah Coros Malaysia.

Spesifikasi Coros Pace 4

Direka untuk pelari elit dan amatur, Coros Pace 4 hadir dengan binaan ringan hanya 32g dan ketebalan 11.8mm. Badannya menggunakan bahan Fiber Reinforced Polymer, dipadankan dengan pilihan tali silikon atau nilon. Seperti sebelum ini, ada dua pilihan warna ditawarkan untuk pcae 4 iaitu hitam dan putih.



Salah satu peningkatan terbesar pada model ini ialah penggunaan skrin sentuh AMOLED 1.2″ dengan kaca 2.5D, naik taraf ketara berbanding Pace 3 yang menggunakan panel LCD. Skrin baharu ini menawarkan resolusi 390×390 piksel, 164% lebih tinggi dari Pace 3 dan ada kecerahan puncak 1,500 nits. Skrinnya jgua dilapisi dengan kaca Mineral Glass.

Untuk kawalan, Coros mengekalkan butang putar Digital Dial di sisi dan butang kembali di bahagian kanan, serta butang Action di bahagian kiri. Jam ini turut menyokong GPS dwi-jalur untuk penjejakan lebih tepat, selain dilengkapkan dengan pelbagai sensor seperti:

  • Sensor kadar denyutan jantung generasi baharu dengan LED lebih besar
  • Barometer
  • Akselerometer
  • Giroskop
  • Kompas 3D
  • Oksimeter nadi optik
  • Termometer

Dari segi kecergasan, Pace 4 menyediakan fungsi seperti Race Prediction, Virtual Pacer, latihan berstruktur, serta metrik larian yang biasa ditawarkan pada siri Pace. Untuk kesihatan harian, ia turut menyokong penjejakan tidur dengan REM, Kebolehubahan kadar jantung (HRV), tahap stres, dan kitaran haid wanita.

Hayat bateri Pace 4 juga telah dipertingkatkan. Coros mendakwa Pace 4 boleh bertahan sehingga 19 hari untuk penggunaan biasa, 6 hari dengan Always-On Display, dan sehingga 41 jam dengan fungsi GPS hidup. Ini 16 jam lebih panjang daripada Pace 3 dan 3 jam lebih panjang daripada Pace Pro. Untuk kegunaan dalam air, jam ini turut memiliki penarafan kalis air 5ATM.

Tambahan lain termasuk storan dalaman 4GB serta mikrofon untuk kawalan suara ataupun rakaman suara ketika bersenam. Namun, tiada pembesar suara disediakan, bermakna jam ini tidak menyokong panggilan suara. Ia boleh disambungkan pada aplikasi Coros, dan serasi dengan platform seperti Strava, RidewithGPS, dan Wikiloc.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Coros Pace 4.

Tags: CorosCoros Pace 2
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Coros Pace 4 dilancar, kini ada skrin AMOLED & hayat bateri GPS 41 jam

Coros Pace 4 dilancar, kini ada skrin AMOLED & hayat bateri GPS 41 jam

8 December 2025
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN