• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

  • OLEH Penaja
  • 1:15 pm
  • 25/12/2025
  • Komen
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh AEON Bank]

Menjelang musim cuti hujung tahun, sesi persekolahan baharu dan perayaan berganda tahun hadapan, ramai rakyat Malaysia mungkin berhadapan dengan komitmen kewangan yang agak mencabar. Demi membantu meringankan tekanan kewangan tersebut, AEON Bank (M) Berhad, bank digital Islamik pertama di Malaysia tampil menawarkan penyelesaian pembiayaan yang mudah diakses menerusi Pembiayaan Peribadi-i (PF-i).



Bermula Disember 2025 hingga Mac 2026, tempoh tersebut merangkumi pelbagai keperluan perbelanjaan yang berlaku serentak, lantas memerlukan fleksibiliti tunai tambahan. Justeru itu, AEON Bank menawarkan penyelesaian dalam bentuk Pembiayaan Peribadi-i (PF-i) yang direka khas untuk membantu para pelanggan meredakan kekangan bajet, sama ada untuk keperluan kewangan kecemasan, pengubahsuaian kecil, pembaikan kenderaan atau bantuan kewangan untuk menampung jurang aliran tunai sementara.

Pembiayaan Peribadi-i (PF-i) boleh dimohon sepenuhnya secara digital melalui aplikasi mudah alih AEON Bank, tanpa perlu bersusah-payah pergi  ke cawangan bank atau menyediakan dokumen fizikal. Berbanding pembiayaan peribadi tradisional, pendekatan digital ini menjadikan proses permohonan lebih ringkas serta memperluas akses kepada lebih ramai pengguna, termasuklah pekerja ekonomi gig, pemandu e-hailing, freelancers dan individu yang bekerja berasaskan komisen atau tanpa gaji tetap.

Pembiayaan tanpa cagaran, dengan Kadar Keuntungan Rata 6.88% setahun

Berlandaskan pendekatan Risk-Based Pricing, RBP (Penetapan Harga Berasaskan Risiko), kadar keuntungan PF-i ditentukan secara kompetitif dan disesuaikan mengikut profil kewangan pemohon.



PF-i merupakan fasiliti kewangan patuh Syariah, dengan pembiayaan antara RM1,000 hingga RM100,000 dan tempoh pembayaran balik yang fleksibel antara 3 hingga 84 bulan, lantaran membolehkan pengurusan kewangan yang lebih terancang berdasarkan kemampuan masing-masing.

Dari segi kos, PF-i menggunakan Kadar Keuntungan Rata 6.88% setahun, dengan Fi Wakalah nominal RM1,  apabila penerimaan pembiayaan disahkan, justeru menjadikannya salah satu kadar yang lebih kompetitif dalam pembiayaan digital.

Pembiayaan Yang Lebih Inklusif Demi Keterangkuman Kewangan Untuk Semua 

Di Malaysia, ramai individu yang bekerja sendiri tanpa gaji tetap sukar mendapatkan pembiayaan kerana tidak mempunyai slip gaji atau bukti pendapatan bulanan. PF-i direka untuk menangani jurang tersebut dengan membolehkan mereka memohon, selagi syarat minimum pendapatan kasar bulanan dipenuhi.

Syarat asas permohonan :

  • Warganegara Malaysia berumur 18 – 55 tahun
  • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 ke atas
  • Mempunyai Akaun Simpanan-i AEON Bank yang aktif

Fasiliti bantuan kewangan tersebut selaras dengan matlamat AEON Bank dalam memperkukuh keterangkuman kewangan dan memperluas akses rakyat Malaysia kepada produk kewangan patuh Syariah melalui platform digital sepenuhnya.

Bagaimana Untuk Memohon?

Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi AEON Bank, membuka Akaun Simpanan-i dan membuat permohonan PF-i terus melalui aplikasi. Semakan kelayakan serta proses permohonan dilakukan sepenuhnya secara digital tanpa perlu kunjungi  cawangan. Untuk memohon PF-i, pelanggan hanya perlu mengikuti langkah berikut :

Langkah 1 : Pra-syarat Akaun Simpanan-i yang aktif
Muat turun aplikasi AEON Bank dan aktifkan Akaun Simpanan-i sebagai prasyarat sebelum membuat permohonan PF-i.

Langkah 2 : Semakan kelayakan dan maklumat pekerjaan
Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan kasar bulanan minimum RM2,500, sama ada sebagai pekerja bergaji, bekerja sendiri atau pekerja gig.

Langkah 3 : Pilih jumlah dan tempoh pembiayaan
Pilih jumlah pembiayaan antara RM1,000 hingga RM100,000 serta tempoh pembayaran balik yang fleksibel antara 3 hingga 24 bulan.

Langkah 4 : Muat naik dokumen sokongan
Muat naik penyata KWSP terkini yang menunjukkan caruman enam bulan berturut-turut (bagi pekerja bergaji) atau penyata bank enam bulan berturut-turut terkini (bagi individu bekerja sendiri atau pekerja gig).

Langkah 5 : Kelulusan dan pengkreditan dana
Permohonan akan diproses serta-merta dan setelah diluluskan, dana akan dikreditkan terus ke dalam Akaun Simpanan-i AEON Bank pemohon. Bayaran balik akan dibuat secara automatik melalui potongan debit bulanan.

PF-i membolehkan rakyat Malaysia mengakses kemudahan pembiayaan yang beretika dan patuh Syariah demi membantu memenuhi pelbagai keperluan. Untuk maklumat lanjut mengenai Pembiayaan Peribadi-i (PF-i), termasuk terma dan syarat penuh, klik pada pautan ini untuk layari laman web AEON Bank atau imbas Kod QR untuk memuat turun aplikasi AEON Bank.

Tags: aeon bankPembiayaan Peribadi-i Aeon Bank
Penaja

Penaja

POPULAR

Infinix XPAD Edge tiba di Malaysia, tablet  mampu milik dengan 4G & skrin besar 13.2″

Infinix XPAD Edge tiba di Malaysia, tablet mampu milik dengan 4G & skrin besar 13.2″

18 December 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

10 December 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER