• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SARA RM100 pusingan kedua akan disalurkan kepada semua dewasa Malaysia mulai 9 Februari

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:46 pm
  • 05/01/2026
  • Komen
SARA RM100 pusingan kedua akan disalurkan kepada semua dewasa Malaysia mulai 9 Februari
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM100 untuk kali kedua, bermula 9 Februari 2026. Pengumuman tersebut dibuat semasa ucapan pada perhimpunan bulanan beliau di Putrajaya.

SARA merupakan bantuan tunai sekali beri daripada kerajaan yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya serta premis peruncitan terpilih.



Menurut Anwar, RM100 SARA kan dikreditkan kepada semua warganegara dewasa di Malaysia mulai 9 Februari 2026, menjelang sambutan Tahun Baharu Cina dan musim Ramadan. Bayaran ini merupakan pusingan kedua SARA, selepas pusingan pertama yang dilaksanakan dari 31 Ogos hingga 31 Disember 2025.

Pusingan kedua SARA ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, kerana ia sudah pun diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2026. Ia juga dijangka memberi manfaat kepada 22 juta rakyat Malaysia dewasa.



Bagi tahun 2026, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM15 bilion untuk pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Program SARA RM100 ini disalurkan melalui sistem MyKasih, dengan MyKad digunakan sebagai kaedah pembayaran. Pengguna tidak perlu membuat sebarang pendaftaran atau pengaktifan untuk menggunakan kredit tersebut.

Untuk berbelanja, pengguna hanya perlu membawa MyKad ke pasar raya atau premis peruncitan yang mengambil bahagian bagi membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang disenaraikan di bawah program SARA.

Sementara itu, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bulanan pula akan menerima RM200 yang dikreditkan ke MyKad masing-masing bermula 9 Januari 2026.

Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

SARA RM100 pusingan kedua akan disalurkan kepada semua dewasa Malaysia mulai 9 Februari

SARA RM100 pusingan kedua akan disalurkan kepada semua dewasa Malaysia mulai 9 Februari

5 January 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN