• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MCMC sekat Grok susulan penyalahgunaan AI hasilkan imej tidak senonoh

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:10 pm
  • 11/01/2026
  • Komen
MCMC sekat Grok susulan penyalahgunaan AI hasilkan imej tidak senonoh
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini telah mengarahkan sekatan sementara terhadap , chatbot AI Grok berkuat kuasa bermula hari ini, 11 Januari 2026 .Langkah ini diambil selepas berlaku penyalahgunaan berulang terhadap alat AI tersebut untuk menjana kandungan yang dianggap berbahaya dan melanggar undang-undang Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MCMC, siasatan mendapati Grok telah beberapa kali digunakan untuk menghasilkan penjanaan imej lucah, seksual, tidak senonoh, bersifat menghina, termasuk imej manipulasi tanpa izin yang melibatkan wanita serta kanak-kanak. Perkara ini berlaku walaupun pihak telah menjalankan beberapa sesi libat urus sebelum ini dengan X Corp dan xAI.



Notis telah dikeluarkan, tetapi tindakan dianggap tidak mencukupi

MCMC menjelaskan bahawa notis rasmi telah dihantar kepada X Corp dan xAI pada 3 Januari serta 8 Januari 2026, menggesa syarikat itu melaksanakan ciri keselamatan dan moderasi yang mampu menghalang kandungan yang bercanggah dengan undang-undang tempatan, khususnya di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagaimanapun, maklum balas X Corp yang diterima pada 7 Januari dan 9 Januari dianggap tidak memadai. Syarikat itu dilaporkan bergantung terutamanya kepada mekanisme laporan pengguna (user reporting), tanpa penyelesaian teknikal yang benar-benar dapat mengekang risiko yang timbul daripada cara Grok dibangunkan dan beroperasi.



MCMC menegaskan langkah tersebut tidak cukup untuk mencegah kemudaratan atau memastikan pematuhan undang-undang. Ini sekali gus mendorong sekatan sementara ini dilaksanakan sebagai tindakan pencegahan.

Akses Grok kekal disekat sehingga X patuh

Menurut MCMC, akses kepada Grok akan kekal disekat sehingga X Corp dan xAI membuktikan bahawa mereka telah melaksanakan kawalan teknikal yang efektif, khususnya bagi menghalang sebarang kandungan yang melibatkan eksploitasi wanita dan kanak-kanak.

Pihak berkuasa turut menyatakan ia terbuka untuk meneruskan sesi libat urus dengan syarikat tersebut, tetapi hanya selepas syarat pematuhan dipenuhi.

Pengguna turut digesa lapor kandungan berbahaya

Dalam masa sama, MCMC menggesa orang awam untuk melaporkan kandungan berbahaya kepada pihak mereka. Bagi kes yang lebih serius, pengguna juga disarankan membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Malaysia bukan negara pertama yang mengambil tindakan terhadap Grok. Chatbot AI tersebut baru-baru ini turut disekat di Indonesia selepas gagal menangani penularan kandungan pornografi yang dijana AI dan imej palsu melibatkan individu tanpa persetujuan mereka.

Tags: grokMCMCmedia sosialSKMMx
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
MCMC sekat Grok susulan penyalahgunaan AI hasilkan imej tidak senonoh

MCMC sekat Grok susulan penyalahgunaan AI hasilkan imej tidak senonoh

11 January 2026
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER