Tune Talk telah bekerjasama dengan BHPetrol untuk melancarkan Kempen Epik+, satu inisiatif berskala nasional sepanjang tahun yang menawarkan nilai tambahan kepada rakyat Malaysia untuk kekal berhubung sambil menjalani rutin perjalanan harian.
Melalui kempen ini, pelanggan bukan sahaja boleh menikmati pelan prabayar Tune Talk secara percuma, malah turut menerima ganjaran digital yang boleh ditebus di stesen BHPetrol terpilih di seluruh negara.
Menurut Tune Talk, Kempen Epik+ mencerminkan pendekatan syarikat itu dalam mempermudahkan pengalaman prabayar dengan menawarkan ganjaran yang lebih jelas dan relevan kepada pengguna. Dengan sokongan infrastruktur berasaskan teknologi awan (cloud-native), Tune Talk menyatakan mereka mampu bergerak lebih pantas dan memperkenalkan tawaran yang lebih fleksibel tanpa menambah kerumitan kepada pelanggan.
Cara menyertai Kempen Epik+
Kempen ini terbuka kepada pelanggan baharu serta pengguna yang membuat penukaran talian (port-in) ke pelan Epik+ 35 atau Epik+ 50 di cawangan BHPetromart yang mengambil bahagian. Langkah penyertaan adalah seperti berikut:

- Kunjungi stesen BHPetrol dengan BHPetromart.
- Dapatkan Kad SIM Epik+ 35/50 secara percuma dan aktifkan melalui aplikasi Tune Talk.
- Terima eBaucar BHPetrol RM3 untuk Epik+ 35 atau RM5 untuk Epik+ 50 dalam aplikasi Tune Talk.
- Tebus eBaucar di stesen BHPetrol
Berdasarkan laman terma dan syarat kempen, eBaucar tersebut boleh digunakan untuk kebanyakan pembelian di BHPetromart, kecuali perkhidmatan tambah nilai, cuci kereta, produk tembakau, pembayaran bil utiliti, serta pembelian bahan api. Ia turut menyatakan bahawa pembelian bahan api pada harga BUDI95 perlu dibuat pada resit berasingan daripada pembelian barangan BHPetromart
Tempoh kempen dan kelayakan
Kempen Epik+ ini akan berlangsung sepanjang tahun ini dan berakhir pada 30 November 2026 dan terbuka kepada pelanggan yang melanggan pelan Epik+ 35 atau Epik+ 50. Menurut Tune Talk, pelanggan yang mengaktifkan pelan walaupun pada hari terakhir kempen masih layak menikmati kitaran ganjaran penuh selama 12 bulan, tertakluk kepada langganan bulanan yang berterusan.
Tune Talk turut memaklumkan bahawa pelanggan yang mengaktifkan pelan pada hari terakhir kempen masih layak menikmati keseluruhan kitaran ganjaran selama 12 bulan, tertakluk kepada langganan bulanan yang berterusan.
Ganjaran tambahan melalui BHPetrol eCard
Selain ganjaran di lokasi fizikal, pengguna yang mendaftar sebagai ahli baharu aplikasi BHPetrol eCard turut layak menerima eBaucar tambahan bernilai RM3, yang boleh ditebus terus melalui aplikasi BHPetrol eCard.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Gurtaj Singh Padda, berkata kerjasama dengan BHPetrol selari dengan hala tuju Tune Talk sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi moden berasaskan teknologi awan. Menurutnya, kesalinghubungan hari ini bukan sekadar melibatkan data atau minit panggilan, tetapi juga ekosistem yang menyokong gaya hidup, perjalanan harian dan produktiviti pengguna.
Mewakili BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad berkata pendekatan digital Tune Talk, digabungkan dengan rangkaian BHPetromart di seluruh negara, menjadikan kempen ini mudah disertai serta menawarkan ganjaran sejak hari pertama. Menurutnya, ia selari dengan misi bersama kedua-dua pihak untuk menjadikan kesalinghubungan dan mobiliti lebih mudah diakses, menyenangkan dan berpatutan.
Selain itu, kempen ini dilaksanakan dengan sokongan Creative Minds Communication Sdn Bhd (CMC) sebagai rakan pengaktifan dan pelaksanaan runcit di seluruh rangkaian BHPetromart. Peranan CMC termasuk memastikan pelaksanaan di lokasi yang konsisten, penyelarasan mekanik kempen, serta kesediaan bahan promosi, bagi menyokong pengalaman pelanggan yang lebih teratur dan menyeluruh.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi BHPetrol X Tune Talk di sini.






