• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi 17 & 17 Ultra tiba di Malaysia, flagship dengan kamera Leica dari RM3,299

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:06 pm
  • 02/03/2026
  • Komen
Xiaomi 17 & 17 Ultra tiba di Malaysia, flagship dengan kamera Leica dari RM3,299
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Xiaomi 17 akhirnya membuat kemunculan global bersempena Mobile World Congress 2026, dan barisan flagship terbaharu ini kini sudah dibuka untuk pra-tempah di Malaysia.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pasaran global termasuk Malaysia hanya menerima dua model iaitu Xiaomi 17 versi kompak dan Xiaomi 17 Ultra sebagai model paling premium. Ini bermakna Xiaomi 17 Pro dan Xiaomi 17 Pro Max yang hadir dengan paparan sekunder di bahagian belakang tidak ditawarkan untuk pasaran kita.



Bagi yang membuat tempahan awal, Xiaomi Malaysia turut menyediakan hadiah percuma tambahan serta rebat khas untuk model asas Xiaomi 17 256GB.

Harga Xiaomi 17 dan Xiaomi 17 Ultra di Malaysia

Berikut adalah harga jualan rasmi di Malaysia:



Xiaomi 17

  • 12GB + 256GB – RM3,499 (Promo: RM3,299)
  • 12GB + 512GB – RM3,799

Xiaomi 17 Ultra

  • 16GB + 512GB – RM5,499
  • 16GB + 1TB – RM5,999

Pratempah boleh dibuat menerusi Shopee, Lazada dan laman rasmi Mi.com.

Bagi tempoh pratempah dari 1 hingga 5 Mac 2026, pembeli akan menikmati ganjaran seperti berikut:

  • Xiaomi 17 256GB: Diskaun pembelian awal RM200 + Xiaomi Sound Party (RM349)
  • Xiaomi 17 512GB: Smart Tower Fan 2 (RM359) + Xiaomi Sound Party (RM349)
  • Xiaomi 17 Ultra: Xiaomi 17 Ultra Photography Kit Pro (RM1,099) + Xiaomi Sound Party (RM349)

Untuk tempoh jualan terbuka dari 6 hingga 31 Mac 2026 pula:

  • Xiaomi 17: Xiaomi Sound Party (RM349)
  • Xiaomi 17 Ultra: Xiaomi 17 Ultra Photography Kit Pro (RM1,099)

Xiaomi turut menawarkan promosi tambahan seperti baucar GrabGifts RM50, percubaan Google AI Pro selama 3 bulan, YouTube Premium 3 bulan (pengguna baharu), Spotify Premium 4 bulan (pengguna baharu), serta jaminan tukar unit satu-ke-satu selama 180 hari untuk Xiaomi 17 dan 2 tahun untuk Xiaomi 17 Ultra.

Spesifikasi Xiaomi 17

Xiaomi 17 tampil dengan skrin 6.3″ LTPO AMOLED beresolusi 2656 × 1220 piksel dan kadar segar semula adaptif 1Hz hingga 120Hz. Ia menyokong kecerahan puncak sehingga 3,500 nits dan paparan warna 12-bit. Turut tersedia sensor cap jari ultrasonik bawah skrin serta perlindungan Xiaomi Shield Glass.

Sebagai model paling kompak dalam siri ini, ia memiliki berat 191g dengan ketebalan 8.06mm.

Dari segi prestasi, ia dikuasakan cip 3nm Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama RAM LPDDR5X 12GB dan storan UFS 4.1 sehingga 512GB. Sistem penyejukan 3D IceLoop turut disertakan bagi memastikan prestasi kekal stabil ketika penggunaan berat.

Untuk kamera, Xiaomi 17 menggunakan sistem tiga kamera hasil kerjasama Leica:

  • 50MP utama f/1.67 (Light Fusion 950, OIS)
  • 50MP ultra-lebar
  • 50MP telefoto dengan zum optikal 2.6x

Di hadapan, terdapat kamera swafoto 50MP.

Telefon ini menyokong 5G, eSIM, WiFi 7, Bluetooth 6.0 dan NFC. Ia juga hadir dengan speaker stereo Dolby Atmos, sistem empat mikrofon dan penarafan IP68. Bateri yang digunakan berkapasiti 6,330mAh (lebih kecil berbanding versi China 7,000mAh) dengan sokongan 100W pengecasan berwayar, 50W tanpa wayar dan 22.5W pengecasan terbalik.

Spesifikasi Xiaomi 17 Ultra

Model paling premium dalam siri ini memfokuskan kepada fotografi. Xiaomi 17 Ultra hadir dengan skrin 6.9″ HyperRGB OLED beresolusi 2608 × 1200, LTPO 120Hz, kecerahan sehingga 3,500 nits serta sokongan Dolby Vision. Panel ini turut mendapat pensijilan TÜV untuk cahaya biru rendah dan paparan bebas flicker.

Ia dikuasakan Snapdragon 8 Elite Gen 5, dipadankan dengan RAM LPDDR5X 16GB dan storan UFS 4.1 sehingga 1TB. Walaupun dinaik taraf dari segi perkakasan, ini adalah model Ultra paling nipis dan ringan setakat ini dengan ketebalan 8.29mm dan berat 219g.

Dari segi kamera, ia menggunakan sistem Leica Summilux:

  • 50MP utama sensor 1 inci (Light Fusion 1050L, OIS)
  • 50MP ultra-lebar (115°)
  • 200MP telefoto Leica 75–100mm dengan zum optikal mekanikal (3.2x–4.3x)

Lensa telefotonya turut menggunakan reka bentuk optik Leica APO untuk mengurangkan aberasi kromatik dan meningkatkan ketepatan warna.

Untuk swafoto, ia hadir dengan kamera hadapan 50MP.

Sama seperti model biasa, ia menyokong 5G, WiFi 7, Bluetooth 6.0, NFC, eSIM, speaker stereo Dolby Atmos dan IP68. Bateri 6,000mAh dimuatkan (lebih kecil berbanding versi China 6,800mAh) dengan sokongan 90W pengecasan berwayar dan 50W tanpa wayar.

Tags: xiaomiXiaomi 17Xiaomi 17 Ultra
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Xiaomi 17 & 17 Ultra tiba di Malaysia, flagship dengan kamera Leica dari RM3,299

Xiaomi 17 & 17 Ultra tiba di Malaysia, flagship dengan kamera Leica dari RM3,299

2 March 2026
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN