• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Tap to Pay kini tersedia di Malaysia, iPhone anda boleh jadi terminal pembayaran

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:04 pm
  • 23/04/2026
  • Komen
Apple Tap to Pay kini tersedia di Malaysia, iPhone anda boleh jadi terminal pembayaran
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas diumumkan pertama kali pada 2022, Apple akhirnya melancarkan ciri Tap to Pay untuk iPhone di Malaysia. Ciri ini membolehkan peniaga menggunakan iPhone mereka sebagai terminal pembayaran NFC tanpa memerlukan sebarang peranti atau perkakasan tambahan, cukup dengan iPhone sahaja.

Tap to Pay on iPhone menyokong pelbagai rangkaian kad pembayaran utama, termasuk MyDebit, Visa, Mastercard, American Express, UnionPay, dan JCB.



Lebih menarik, ciri ini bukan terhad kepada pembayaran dari iPhone dan Apple Watch sahaja, pelanggan yang menggunakan telefon pintar Android atau peranti boleh pakai lain yang menyokong NFC turut boleh membuat pembayaran melalui terminal ini.

Penyedia perkhidmatan Tap to Pay di iPhone

Bagi peniaga yang berminat untuk menggunakan ciri ini, prosesnya agak mudah. Anda hanya perlu mendaftar dengan penyedia perkhidmatan pembayaran yang menyokong Tap to Pay on iPhone, kemudian muat turun aplikasi iOS mereka.



Berikut adalah senarai penyedia yang menyokong ciri ini dalam gelombang pertama pelancaran di Malaysia:

  • ADAPTIS
  • Fiuu
  • HitPay
  • Stripe
  • Zoho

Untuk menggunakan Tap to Pay on iPhone, ia memerlukan iPhone 11 atau lebih baharu, dan peranti perlu menjalankan versi iOS terkini.

Sebagai maklumat tambahan, Apple juga sedang dalam proses melaksanakan Tap to Pay di Apple The Exchange TRX satu-satunya Apple Store di Malaysia buat masa ini.

Tags: appleiphoneiphone malaysiamastercardMyDebitTap to Payvisa
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Apple Tap to Pay kini tersedia di Malaysia, iPhone anda boleh jadi terminal pembayaran

Apple Tap to Pay kini tersedia di Malaysia, iPhone anda boleh jadi terminal pembayaran

23 April 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

24 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN