• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:25 pm
  • 25/05/2026
  • Komen
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389
Share on FacebookShare on Twitter

Poco kini melancarkan telefon pintar bajet terbaharu mereka, Poco C81 Pro di Malaysia. Dengan harga bermula serendah RM389, peranti ini tampil dengan skrin LCD 6.9: 120Hz, bateri besar 6,000mAh serta masih mengekalkan bicu audio 3.5mm.

Harga dan ketersediaan Poco C81 Pro di Malaysia

Poco C81 ditawarkan dalam tiga varian dan berikut adalah harga jualannya di Malaysia ketika promosi sehingga 10 Jun ini:



  • 4GB + 64GB – RM389 (RRP: RM399)
  • 4GB + 128GB – RM429 (RRP: RM449)
  • 4GB + 256GB – RM479 (RRP: RM529)

Pengguna boleh dapatkan Poco C81 Pro dalam tiga pilihan warna iaitu hijau, emas dan hitam. Ia boleh dibeli melalui mi.com serta platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada.

Spesifikasi Poco C81 Pro

Dari segi spesifikasi, Poco C81 Pro dilengkapi skrin LCD bersaiz 6.9″ dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi 1600×720 piksel. Skrin ini juga menyokong kecerahan sehingga 800 nits.



Di bahagian dalam, telefon ini dikuasakan cip Unisoc T7250 dengan konfigurasi RAM LPDDR4X 4GB dengan sokongan RAM maya sehingga 8GB serta storan dalaman sehingga 256GB jenis UFS 2.2.

Untuk fotografi, Poco C81 Pro hadir dengan kamera utama 13MP f/2.2 di belakang yang menggunakan sensor 1/3.06 inci. Poco mendakwa sensor ini mampu meningkatkan pengambilan cahaya sehingga 13%. Di bahagian depan pula, terdapat kamera selfie 8MP. Kedua-dua kamera menyokong rakaman video sehingga 1080p pada 30fps.

Telefon ini juga dilengkapi bateri 6,000mAh yang dikatakan mampu bertahan lebih dua hari penggunaan dengan sekali cas. Untuk pengecasan, ia menyokong pengecasan 15W melalui USB-C.

Poco C81 Pro menjalankan HyperOS 3 berasaskan Android 16, dan turut dilengkapi pengimbas cap jari di sisi. Dari segi sambungan, ia menyokong 4G, WiFi 5, Bluetooth 5.2, NFC serta masih mengekalkan bicu audio 3.5mm.

Tags: PocoPoco C81Poco C81 Proxiaomi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN