• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Oppo Reno 16 dilancar, bawa skrin AMOLED 144Hz dan bateri 7,000mAh, dari RM1,999

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:38 pm
  • 08/07/2026
  • Komen
Siri Oppo Reno 16 dilancar, bawa skrin AMOLED 144Hz dan bateri 7,000mAh, dari RM1,999
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan siri telefon pintar terbaharu mereka, Siri Reno16. Seperti generasi sebelumnya, barisan kali ini turut terdiri daripada tiga varian iaitu Reno 16 Pro, Reno 16, dan Reno 16F, dan semuanya membawakan pembaharuan dari segi rekaan, kapasiti bateri yang jauh lebih besar, fungsi fotografi dikuasakan AI serta sistem operasi ColorOS 16.

Model paling premium dalam siri ini ialah Reno16 Pro dan ia hadir dengan skrin kompak 6.32″, dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8550 Super, dan dilengkapi kamera utama 200MP.



Reno16 standard pula menawarkan rekaan kompak yang hampir sama tetapi dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 7 Gen 4. Sementara itu, model bajet Reno16 F hadir dengan bateri gergasi berkapasiti 7,000mAh.

Sempena pelancaran ini, Oppo Malaysia turut mengadakan siri jelajah (roadshow) di IOI City Mall, di mana pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran tambahan termasuk rebat harga yang sangat menarik.



Harga dan ketersediaan siri Oppo Reno 16 di Malaysia

Kepada yang berminat, tempahan awal siri Oppo Reno 16 sudah pun dibuka, dan berikut adalah harga jualan rasmi untuk pasaran Malaysia:

Oppo Reno16 Pro 5G

  • 12GB + 256GB – RM3,699

Oppo Reno16 5G

  • 8GB + 256GB – RM2,699
  • 12GB + 256GB – RM2,999

Oppo Reno16 F 5G

  • 8GB + 256GB – RM1,999 (promo online RM1,899)
  • 12GB + 256GB – RM2,299

Bagi pilihan warna, Reno 16 Pro ditawarkan dalam warna Pop White dan Starlight Black. Bagi model Reno 16 dan Reno16 F pula, kedua-duanya hadir dengan pilihan warna Pop White, Twilight Violet, dan Dream Purple.

Bagi mereka yang mahu mendapatkan siri Reno 16 pada harga lebih rendah, Oppo mengadakan Reno 16 Series Roadshow di LG West Court, IOI City Mall Putrajaya dari 8-12 Julai 2026. Sepanjang roadshow tersebut, pengunjung boleh menikmati rebat eksklusif, tawaran PWP (pembelian dengan pembelian), serta berpeluang memenangi dua tiket konsert BABYMONSTER dan pelbagai hadiah menarik lain.

Harga promosi yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Oppo Reno16 Pro 5G (12GB + 256GB): RM3,299 (diskaun RM400)
  • Oppo Reno16 5G (12GB + 256GB): RM2,599 (diskaun RM400)
  • Oppo Reno16 5G (8GB + 256GB): RM2,299 (diskaun RM400)
  • Oppo Reno16 F 5G (12GB + 256GB): RM1,999 (diskaun RM300)
  • Oppo Reno16 F 5G (8GB + 256GB): RM1,699 (diskaun RM300)

Selain itu, pengunjung yang hadir ke roadshow ini turut boleh menikmati pelan perlindungan skrin selama setahun pada harga diskaun PWP. Manakala, fon putik baharu Oppo Enco Air 5 dan Enco Air 5s masing-masing boleh dimiliki pada harga RM149 dan RM199.

Oppo Bubble turut ditawarkan pada harga RM299 sepanjang acara ini berlangsung. Terdapat juga kelebihan untuk pengguna My Oppo, di mana Oppo memberikan tambahan rebat, jaminan lanjutan satu tahun secara percuma, dan baucar eksklusif, tertakluk pada terma dan syarat.

Spesifikasi Oppo Reno 16 Pro

Oppo Reno16 Pro dilengkapi skrin kompak 6.32″ menggunakan panel Crystal Shield AMOLED. Skrin ini menyokong resolusi FullHD+ (2640×1216), kadar segar semula tinggi 144Hz, serta tahap kecerahan puncak sehingga 1,800 nits.

Atas papan utama, ia dipacu cip MediaTek Dimensity 8550 Super yang digandingkan bersama RAM LPDDR5X sebesar 12GB dan storan dalaman UFS 3.1 berkapasiti 256GB.

Untuk menangkap gambar, sistem kamera model Pro ini hadir dengan sistem tiga kamera belakang. Ia terdiri daripada kamera utama 200MP, kamera telefoto 50MP dengan OIS dan zum optikal 3.5x, serta kamera ultralebar. Kamera depan pula menggunakan sensor 50MP dengan sudut pandangan luas 100 darjah.

Peranti ini dijana oleh bateri berkapasiti 6,700mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W SUPERVOOC. Ciri lain yang turut disertakan termasuklah pembesar suara stereo, sokongan NFC, pengimbas cap jari di bawah skrin, penarafan kalis air dan debu tertinggi (IP68, IP69, dan IP69K), serta menggunakan sistem operasi ColorOS 16 berasaskan Android 16.

Spesifikasi Oppo Reno 16

Model standard Reno16 berkongsi saiz skrin yang sama dengan model Pro iaitu paparan Crystal Shield AMOLED 6.32″ dengan resolusi FullHD+. Perbezaannya, skrin model ini menyokong kadar segar semula lebih rendah pada120Hz.

Untuk prestasi, berbanding cip MediaTek, model standard ini menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 7 Gen 4. Ia ditawarkan dalam pilihan RAM LPDDR5X bersaiz 8GB atau 128GB, bersama storan dalaman UFS 3.1 berkapasiti 256GB.

Bahagian kamera Reno 16 turut hadir dengan tiga kamera belakang, tetapi ia menggunakan sensor 50MP pada semua kamera belakang, untuk kamera utama, telefoto dan ultralebar. Sama seperti model Pro, bahagian hadapan dilengkapi kamera swafoto 50MP dengan sudut pandang 100 darjah.

Spesifikasi baterinya juga kekal sama iaitu 6,700mAh dengan pengecasan 80W SUPERVOOC, lengkap dengan penarafan kalis air IP68/IP69/IP69K, pembesar suara stereo, fungsi NFC, dan dijana oleh ColorOS 16.

Spesifikasi Oppo Reno 16 F

Oppo Reno 16 F adalah model paling mampu miliki dalam barisannya. Walaupun begitu, ia hadir dengan saiz skrin lebih besar iaitu paparan AMOLED 6.57″ yang menyokong kadar segar semula 120Hz.

Ia dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 7300-Energy, digandingkan bersama RAM LPDDR4X pilihan 8GB atau 128GB, serta storan dalaman UFS 3.1 berkapasiti 256GB.

Untuk susunan kamera, ia dilengkapi dengan kamera utama 50MP dengan OIS, kamera telefoto 50MP dengan zum optikal 3.5x serta kamera ultralebar 8MP. Kamera selfie di hadapan pula menggunakan sensor 50MP.

Tarikan paling utama pada Reno16 F adalah pada kapasiti baterinya, di mana ia lengkap dengan tangki paling besar dalam siri ini, iaitu 7,000mA. Ia turut menyokong pengecasan pantas 80W SUPERVOOC Flash Charge.

Walaupun ia model paling murah, Reno16 F masih mempunyai penarafan kalis air dan debu IP68, IP69 dan IP69K serta menjalankan ColorOS 16.

Fungsi AI baharu untuk fotografi dan roduktiviti

Selain peningkatan perkakasan, siri Reno16 turut memperkenalkan beberapa ciri baharu berasaskan AI, khususnya untuk pengguna yang kerap menghasilkan kandungan.

Antaranya ialah Pop Cam yang menawarkan gaya rakaman diinspirasi daripada kamera vintaj secara terus dalam aplikasi kamera. AI Remix Collage pula membolehkan pengguna menggabungkan foto, Motion Photo dan video ke dalam satu kolaj animasi, lengkap dengan pelekat dan teks.

Turut diperkenalkan ialah Popout Collage 2.0 yang membolehkan subjek dalam gambar kelihatan seolah-olah keluar melepasi bingkai kolaj.

Siri Reno16 juga dilengkapi AI Snap Key yang memberikan akses pantas kepada AI Mind Space. Melalui ciri ini, pengguna boleh menyimpan dan menyusun maklumat penting dengan lebih mudah. Ciri AI lain yang disediakan termasuk AI Mind Pilot, AI Bill Manager, AI Menu Translation dan AI LinkBoost 4.0.

Untuk rakaman video pula, siri Reno16 menawarkan ciri 4K Auto Straighten Video bagi membantu meluruskan rakaman secara automatik, serta Dual View Video 2.0 untuk rakaman menggunakan dua sudut pandangan secara serentak.

Bagi maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Reno 16, Reno 16 Pro dan Reno 16 F.

Tags: oppoOPPO MalaysiaOppo Reno 16Oppo Reno 16 FOppo Reno 16 Protelefon pintar
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Siri Oppo Reno 16 dilancar, bawa skrin AMOLED 144Hz dan bateri 7,000mAh, dari RM1,999

Siri Oppo Reno 16 dilancar, bawa skrin AMOLED 144Hz dan bateri 7,000mAh, dari RM1,999

8 July 2026
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN