• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

EKSKLUSIF: Galaxy S10+ ditemui di khalayak ramai mengesahkan 5 kamera

  • OLEH Najib
  • 8:16 am
  • 18/02/2019
  • Komen
Galaxy S10+ diluluskan SIRIM dengan kuasa pengecas wayarles terbalik
Share on FacebookShare on Twitter

Tiga hari lagi Samsung akan melancarkan Galaxy S10 di San Francisco. SoyaCincau turut berada di bandar utama di California untuk membuat liputan secara langsung, di samping menguji sendiri peranti terbaru Samsung kelak.

Sudah pasti telefon baru Samsung ini sedang menyiapkan diri untuk diperlihatkan kepada umum tidak lama lagi. Sambil itu, ia juga perlu diuji dan mungkin sudah digunakan oleh beberapa pekerja Samsung. Tetapi, mungkin ia terlalu awal untuk ditemui di khalayak ramai.



Ketibaan kami di bandaraya San Francisco sebenarnya telah menemukan kami secara terus dengan telefon pintar Samsung Galaxy S10+. Macam mana kami tau? Ini kerana hanya Galaxy S10+ yang dikhabarkan memiliki skrin depan berlubang besar di sudut atas kanan, memuatkan dua kamera hadapan.

Ini ditambah lagi dengan butang ‘Recent Apps’ di bawah, kini menggunakan tiga garisan bukan lagi kotak. Ini menunjukkan antaramuka One UI, satu antaramuka serba baru dari Samsung berasaskan Android 9.0 Pie.



Di belakang telefon tersebut turut kelihatan tiga kamera yang disusun mendatar. Bagaimanapun, kami tidak sempat mengambil gambar bahagian belakangnya. Malah ia menggunakan casing, jadi tak dapat dipastikan warnanya. Tetapi ia menepati maklumat yang telah terbocor sebelum ini.

Galaxy S10+ diwar-warkan memiliki kamera belakang tiga lensa iaitu lensa telefoto 12MP F2.4, lensa utama 12MP F1.5 berkuasa dwi-apertur dan dwi-piksel OIS, serta lensa ultra lebar 16MP F2.2 berfokus tetap.

Untuk kamera hadapan, ia memiliki dwi-lensa iaitu lensa utama 10MP F1.9 dan lensa pengesan kedalaman 8MP F2.2 dengan Live Focus dan autofokus dwi-piksel.

Adakah anda berminat dengan Galaxy S10+ ini? Jangan lupa nantikan laporan secara langsung pelancaran Galaxy S10 di San Francisco dari kami, bersama berita tentang ketibaannya di Malaysia kelak.

Tags: Galaxy S10samsung
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Galaxy S10+ diluluskan SIRIM dengan kuasa pengecas wayarles terbalik

EKSKLUSIF: Galaxy S10+ ditemui di khalayak ramai mengesahkan 5 kamera

18 February 2019
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER