Pagi esok (21 Februari 2019) pada jam 3 pagi, Samsung akan mengumumkan Galaxi S10 mereka di San Francisco. Najib kini berada di sana untuk buat liputan terus di tempat kejadian. Tapi sebelum majlis pelancaran, pastinya perkara yang paling ingin anda ketahui adalah berapakah harganya bila ia tiba di Malaysia bukan? Kami buat sedikit penyelidikan untuk meramal harga Galaxy S10.
Harga RRP Samsung Galaxy S8 dan S9
Menurut rekod kami, Galaxy S8 dan S9 setakat ini hanya ditawarkan dalam 1 pilihan storan sahaja dan harganya masih kekal pada RM3,299. Jadi kami jangkakan S10 akan diletakkan pada harga yang sama sebagai meneruskan tradisi.
Tapi sejak S9+ ada tiga pilihan storan disediakan, dari 64GB hingga 256GB. Untuk S10+ pula, sudah tentu storan minimumnya akan dipertingkat kepada 128GB. Tapi untuk meletakkan varian asas S10+ terlalu jauh dari RM3,299 pastinya mengundah amarah penggunanya. Kami jangkakan harga S10+ akan diletakkan pada harga bermula RM3,500 sehingga RM4,500 untuk varian paling tinggi.
Galaxy S10e pula adalah calon yang mereka hantar untuk bersaing dalam kategori RM2,000 hingga RM3,000 kerana untuk kategori RM1,000 hingga RM2,000, mereka sudah ada Galaxy A. Tapi tentunya Samsung takkan meletakkan harganya lebih murah dari OnePlus ataupun Honor. Oleh sebab itu, kami rasakan yang harga S10e akan dimulai dengan tanda harga RM2,500.
Jangkaan harga Galaxy S10
Pemberian percuma
Seperti biasa, Samsung tidak lokek untuk berikan nilai tambah pada produk-roduk mereka. Contohnya semasa Galaxy Note9, mereka membekalkan Samsung Gear Sport dan pengecas wayarlas pada pelanggan yang lakukan tempaahan awal. Salah satu daripada 3 gajet wearable ini pastinya akan menjadi pemberian percuma untuk pelanggan awal Galaxy S10.
Galaxy Fit
Galaxy Watch Active