• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:38 pm
  • 25/08/2026
  • Komen
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal
Share on FacebookShare on Twitter

Sony kini telah mengemaskini penawaran telefon pintar kelas pertengahan mereka dengan melancarkan Sony Xperia 10 VIII. Model baharu ini berada di bawah Xperia 1 VIII dan juga menjadi pengganti kepada Xperia 10 VII tahun lalu.

Namun malangnya, Sony Xperia 10 VIII nampaknya tidak membawa perubahan besar berbanding generasi sebelumnya. Buat masa ini, Sony Xperia 10 VIII masih belum tersedia di pasaran tempatan dan harganya juga belum didedahkan untuk pasaran Malaysia.



Skrin OLED 6.1″ dikatakan lebih cerah

Xperia 10 VIII kekal membawakan skrin OLED berukuran 6.1″ bernisbah 19.5:9, dengan bezel tebal di atas dan bawah. Panel ini mempunyai resolusi 2340×1080 piksel serta kadar segar semula 120Hz. Perubahan utama skrinnya menurut Sony ialah tahap kecerahan yang dipertingkat sehingga 50% lebih tinggi berbanding model terdahulu, walaupun tahap kecerahan nits tidak dinyatakan.

Bahagian luaran peranti dilapisi kaca Corning Gorilla Glass Victus 2 dan mempunyai tahap ketahanan kalis air serta debu IP65/IP68.



Peranti ini turut dilengkapi pembesar suara stereo dikatakan baharu di bahagian hadapan dan masih mengekalkan jek audio 3.5mm berserta sokongan Hi-Res Audio, LDAC, serta DSEE Ultimate. Selain itu, model baharu ini turut mengekalkan butang ‘Shutter’ di sisi untuk keperluang menangkap gambar.

Prestasi kekal sama

Untuk bahagian dalaman, model baharu ini nampaknya masih dijana cip pemproses kelas pertengahan yang sama seperti model tahun lepas, iaitu Snapdragon 6 Gen 3. Ia dipadankan bersama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB, yang turut menyokong perluasan storan menerusi kad microSDXC sehingga 2TB.

Peranti ini menjalankan sistem operasi Android 16, dengan Sony menawarkan jaminan kemas kini OS sehingga 4 kali dan kemas kini keselamatan selama 6 tahun.

Sistem kamera belakangnya pula menampilkan persediaan dua kamera yang sama:

  • Kamera Utama: 50MP (Sensor 1/1.56″ Exmor RS for mobile, f/1.9, OIS)
  • Kamera Ultra Lebar: 13MP (f/2.4, sudut pandangan 123°)

Untuk keupayaan zum, telefon ini menyokong zum hibrid sehingga 6x serta AI Super Resolution Zoom. Sementara di bahagian hadapan, ia dibekalkan kamera selfie 8MP dengan sokongan modul HDR dan mod Night Shooting.

Bateri yang dibekalkan adalah berkapasiti 5,000mAh yang disokong oleh pengurusan kuasa Xperia Adaptive Charging. Sony turut mendakwa sistem pengecasan ini telah dioptimumkan untuk membantu mengekalkan kesihatan bateri peranti sehingga 4 tahun penggunaan.

Lain-lain ciri sambungan yang turut disertakan merangkumi sokongan Dual SIM (nanoSIM + eSIM), rangkaian 5G, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.4, fungsi NFC, serta pengimbas cap jari fizikal pada bahagian tepi. Ia ditawar dalam tiga warna, putihm ungu dan hitam.

Harga dan ketersediaan Sony Xperia 10 VIII

Buat masa ini, pihak Sony masih belum mengumumkan tarikh jualan untuk pasaran Malaysia. Meskipun sudah mula disenaraikan di laman web Sony Malaysia, tanda harganya masih belum didedahkan.

Namun jika merujuk kepada sejarah pelancaran model Xperia 10 VII sebelum ini, ia diperkenalkan pada bulan September dan hanya mula tiba di pasaran tempatan sekitar awal November. Sekiranya Sony mengekalkan jadual yang sama, berkemungkinan model baharu ini akan tiba di Malaysia sekitar bulan Oktober atau November tahun ini.

Di pasaran Eropah, Xperia 10 VIII dijual pada harga EUR599 (~RM2,824), yang menunjukkan kenaikan ketara berbanding harga pelancaran Xperia 10 VII pada EUR450 (~RM2,121) di pasaran yang sama.

Sebagai rujukan di pasaran tempatan, model Xperia 10 VII sebelum ini dilancarkan di Malaysia pada harga RM2,199. Mengambil kira kenaikan harga di Eropah, anda boleh menjangkakan harga model baharu ini mungkin dijual lebih tinggi apabila tiba di Malaysia kelak.

[Sumber: Sony]

Tags: SonySony Xperia 10 VIIIXperia 10 VIII
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
EV terbakar di Alam Damai, adakah ia Mercedes-Benz EQE?

EV terbakar di Alam Damai, adakah ia Mercedes-Benz EQE?

19 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN