• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dah padam mesej WhatsApp tapi storan masih penuh? Cuba buat macam ni!

  • OLEH Mas Idayu
  • 11:39 am
  • 02/09/2026
  • Komen
Dah padam mesej WhatsApp tapi storan masih penuh? Cuba buat macam ni!
Share on FacebookShare on Twitter

Pening storan telefon selalu penuh walaupun dah padam segala mesej di WhatsApp? Mungkin anda boleh cuba trik ini untuk kurang storan dalam telefon pintar. Apatah lagi dalam aplikasi komunikasi itu bukan saja sarat dengan mesej-mesej lama tetapi juga dengan puluhan atau ratusan fail, gambar dan video lama yang banyak memakan ruang storan telefon tanpa kita sedar!

Menjengah ke laman media sosial X, satu hantaran milik pengguna platform ini menarik perhatian ramai di mana kita dapat menghapuskan gambar dan video lama dengan cara yang mudah dan cepat. Jadi jom ikuti trik hapuskan fail, gambar dan video lama anda di WhatsApp.



Deleting WhatsApp chats, storage still full.

Not a bug.
WhatsApp intentionally saves all photos/videos in 4 hidden folders.
I thought it was clean, turns out still stuck with 14.7GB.

Here's how to clean it:

— Alaxie (@Alaxie_Ai) August 26, 2026

Berdasarkan perkongsian dari pengguna media sosial di laman X ini, pengguna telefon pintar android boleh membersihkan storan WhatsApp dengan mengikuti cara yang dinyatakan di mana pengguna perlu membuka aplikasi WhatsApp. Kemudian pergi ke bahagian ‘Setting’ dan pilih ‘Storage and Data’ dan tekan bahagian ‘Manage Storage’.

Semak sumber yang banyak ‘makan’ ruang storan

Pada bahagian ini, pengguna dapat melihat berapa banyak jumlah storan yang terkumpul dalam aplikasi WhatsApp dan dari jumlah storan yang terpapar ia merangkumi data storan dari bahagian sumber seperti ‘Forwarded many times’, ‘Larger than 5 MB’ dan juga data storan dari mesej kumpulan atau saluran yang diikuti.



Bagi yang ingin melihat berapa banyak sumber yang ‘makan’ ruang storan dalam aplikasi WhatsApp, anda boleh semak caranya di bawah:

  • Buka aplikasi WhatsApp dan pergi ke bahagian Setting
  • Kemudian cari bahagian ‘Storage and Data’ dan tekan bahagian tersebut
  • Setelah masuk bahagian storan dan data, tekan bahagian ‘Manage Storage’
  • WhatsApp anda akan mengambil masa seketika untuk mengira jumlah penggunaan dan dari sumber mana data storan banyak terpakai dalam aplikasi anda.
  • Sekadar info, jumlah data storan yang terkumpul berdasarkan dari sumber penggunaan storan pada bahagian ‘Forwarded many times’, data dari ‘Larger than 5 MB‘ dan juga dari storan mesej kumpulan dan saluran yang anda ikuti.

Jadi bagaimana nak hapuskan data-data lama supaya ruang simpanan data telefon menjadi besar dan optimum?

Hapuskan data lama

Berdasarkan perkongsian pengguna di laman X ini, pemilik telefon pintar jenis android hanya perlu hapuskan data lama di bahagian ‘Forwarded many times’ dan juga bahagian ‘Larger than 5 MB’ bagi menjadikan ruang storan telefon kembali besar semula.

Nak padam gambar-gambar dan video lama, ikuti langkah ini:

  • Pilih ‘Manage Storage’
  • Kemudian tekan bahagian ‘Forwarded many times’, pilih gambar atau video yang anda ingin hapuskan, atau nak lebih mudah pilih sahaja ‘select all’ untuk menghapuskan data lama ini.
  • Setelah itu, anda beralih pula ke bahagian ‘Larger than 5 MB’, sama juga pilih gambar atau video yang anda ingin hapuskan atau nak cepat pilih saja ‘Select all’ untuk mengosongkan memori storan telefon.

Padam gambar, video lama dari WhatsApp kumpulan dan saluran yang diikuti

Selain itu, anda juga perlu memadam fail lama dari WhatsApp kumpulan atau saluran (channels) yang diikuti supaya ruang memori telefon kembali besar dan tidak sarat dengan data lama yang sudah tentunya tidak gunakan lagi.

Ini ikuti cara ini untuk memadam info lama dalam WhatsApp berkumpulan dan juga saluran (channels) yang diikuti:

  • Masih lagi dalam bahagian ‘Manage Storage’
  • Scroll ke bawah dan lihat pada bahagian ‘Storage detais’ yang memaparkan senarai WhatsApp kumpulan dan saluran yang anda ikuti
  • Tekan bahagian ‘Chat’ atau ‘Channels’
  • Kemudian pilih WhatsApp kumpulan atau ‘Channels’ yang anda ingin padam dan tekan untuk masuk ke dalam.
  • Apabila masuk, anda akan lihat lambakan gambar dan video di situ. Anda boleh pilih untuk memadam satu persatu atau nak lebih cepat tekan saja ‘select all’ menghapuskan semua data lama
  • Ikuti langkah ini untuk semua WhatsApp kumpulan dan saluran yang anda ingin padamkan.

Semak bahagian database WhatsApp

Selain memadam data lama menerusi bahagian ‘setting’ dalam aplikasi WhatsApp, terdapat satu lagi bahagian yang boleh dipilih jika ingin membersihkan storan dalam gajet android anda dengan lebih cepat.

Jadi di mana bahagian yang dimaksudkan ini?

Ia terletak pada simpanan fail dalaman telefon (internal storage) di mana, untuk dapatkan ruang storan yang optimum anda perlu hapuskan gambar dan video yang tidak lagi digunakan menerusi simpanan dalam databases WhatsApp.

Ini langkah yang boleh anda ikuti bagi membuang data yang banyak ‘makan’ memori telefon anda:

  • Cari ‘files’ dalam telefon android anda
  • Kemudian pilih ‘Browse’ dan tekan bahagian ‘Source’
  • Apabila masuk bahagian ‘Source’, anda perlu scroll dan cari aplikasi WhatsApp
  • Di situ anda akan llihat gambar-gambar sedia ada, anda boleh pilih gambar yang ingin dibuang atau pilih ke semua gambar yang ada untuk di padam secara langsung

Pengguna iOS boleh juga ke?

Melihat perkongsian yang dikongsikan pengguna media sosial ini di laman X, caranya sama seperti pengguna gajet android. Pengguna telefon iOS, perlu buka ‘setting’ aplikasi WhatsApp kemudian anda perlu pilih bahagian ‘Storage’, tekan ‘Review’ dan padam fail yang dikendaki.

Selain itu, pengguna juga boleh beralih ke ‘Chat’ kemudian ke bahagian ‘Save to Camera Roll’ dan tekan ‘Off’, kaedah ini dapat membantu mengelakkan ruang simpanan iPhone daripada cepat penuh.

Selesai padam data di pilih, anda boleh lihat berapa banyak memori storan yang dah dibersihkan di bahagian ‘Manage Storage’. Jadi jika anda ingin miliki ruang storan yang banyak, anda perlu hapuskan data lama terlebih dahulu!

Sekarang anda dah tahu macam mana nak kurangkan storan untuk aplikasi WhatsApp, jangan tak cuba pula. Dan kongsikan pandangan anda atau tips gajet bersama kami!

Tags: androidiOSiphonetipswhatsapp
Mas Idayu

Mas Idayu

POPULAR

Dah padam mesej WhatsApp tapi storan masih penuh? Cuba buat macam ni!

Dah padam mesej WhatsApp tapi storan masih penuh? Cuba buat macam ni!

2 September 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN