• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone Duo Malaysia: iPhone lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:22 am
  • 10/09/2026
  • Komen
iPhone Duo Malaysia: iPhone lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499
Share on FacebookShare on Twitter

Selain iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max, Apple turut memperkenalkan iPhone Duo, iaitu iPhone lipat pertama syarikat tersebut dan perubahan terbesar pada reka bentuk iPhone sejak model pertama diperkenalkan.

iPhone Duo menggunakan reka bentuk lipat gaya pasport, dengan saiz yang lebih kompak apabila dilipat dan skrin besar apabila dibuka. Dalam keadaan tertutup, ia mempunyai skrin 5.4″, manakala skrin dalaman berukuran 7.6″



Apple menyifatkan iPhone Duo sebagai iPhone paling nipis apabila dibuka, selain mempunyai skrin terbesar yang pernah digunakan pada iPhone. Menariknya, Malaysia termasuk dalam negara gelombang pertama yang akan menerima iPhone Duo, tetapi ia hanya akan mula dijual pada bulan Oktober.

Harga dan ketersediaan iPhone Duo di Malaysia

Berikut ialah harga rasmi iPhone Duo di Malaysia:



  • 256GB – RM9,499
  • 512GB – RM10,499
  • 1TB – RM12,499
  • 2TB – RM15,499

iPhone Duo ditawarkan dalam dua pilihan warna, iaitu putih dan biru gelap.

Tempahan awal akan dibuka pada 16 Oktober 2026, jam 8 malam, manakala jualan rasmi bermula pada 23 Oktober 2026.

Malaysia merupakan antara lebih 70 negara dan wilayah yang menerima iPhone Duo dalam gelombang pertama.

Spesifikasi iPhone Duo

Tarikan utama iPhone Duo semestinya terletak pada reka bentuk dan skrinnya. Pada bahagian luar, ia mempunyai skrin Super Retina XDR 5.4 inci dengan resolusi 1398 × 2034 piksel. Apabila dibuka, pengguna akan mendapat skrin dalaman Super Retina XDR 7.6 inci dengan resolusi 1878 × 2670 piksel.

Apple menggunakan nisbah skrin 1.42:1 yang sama pada kedua-dua paparan. Ini membolehkan kandungan diskalakan secara berkadar apabila pengguna bertukar antara skrin luaran dan dalaman.

Kedua-dua skrin turut menyokong ProMotion, Always-On Display dan kecerahan puncak sehingga 3,000 nits. Skrin dalaman menggunakan kemasan nano-texture yang direka untuk mengurangkan pantulan dan silau, selain menjadikan kesan lipatan kurang ketara.

Terdapat juga kamera FaceTime yang diletakkan di bawah skrin dalaman. Kamera ini tersembunyi apabila tidak digunakan supaya tidak mengganggu paparan.

Dari segi dimensi, iPhone Duo mempunyai ketebalan hanya 5.2mm apabila dibuka dan 11.3mm apabila dilipat, dengan berat 254g. Ini menjadikan iPhone Duo lebih berat berbanding Galaxy Z Fold 8 yang beratnya 201g.

Apple turut mengembalikan sistem biometrik terdahulu pada iPhone lipat mereka. Berbanding Face ID, iPhone Duo menggunakan Touch ID yang terbina dalam butang sisi. Sensor cap jari ini boleh digunakan sama ada telefon dalam keadaan terbuka atau dilipat. iPhone Duo turut mengekalkan butang Camera Control untuk membuka kamera dengan pantas.

Apple juga memberikan sokongan Apple Pencil dengan USB-C pada iPhone Duo, tapi ia akan tiba kemudian tahun ini. Stylus tersebut boleh digunakan pada kedua-dua skrin.

Selain itu, meskipun sebuan telefon lipat, Apple masih mengekalkan binaan premium pada iPhone Duo. Rangkanya menggunakan titanium gred 5, manakala engselnya terdiri daripada lebih 100 komponen. Penutup engsel pula dibuat menggunakan titanium melalui proses percetakan 3D.

Bahagian belakang dilindungi Ceramic Shield, manakala skrin luaran menggunakan Ceramic Shield 2. iPhone Duo turut mempunyai penarafan IP68 untuk ketahanan terhadap air, percikan dan habuk.

Untuk prestasi, iPhone Duo menggunakan cip A20 Pro, sama seperti iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max. Cip ini dibina menggunakan proses 2nm dan mempunyai CPU 6-teras, GPU 7-teras serta Dual 16-core Neural Engine.

Apple mendakwa CPU A20 Pro sehingga 20% lebih pantas berbanding A19 Pro, manakala GPU sehingga 40% lebih pantas dan lebih cekap tenaga. Lebar jalur unified memory juga meningkat sebanyak 50%.

Disebabkan badan iPhone Duo yang nipis, Apple turut membangunkan sistem penyejukan khas menggunakan vapor chamber yang disambungkan terus kepada pakej cip A20 Pro. Menurut Apple, sistem ini membantu iPhone Duo mencapai sehingga 35% prestasi berterusan lebih tinggi berbanding iPhone 17 Pro.

Untuk kamera, iPhone Duo menggunakan sistem dwikamera yang terdiri daripada:

  • Utama 48MP Fusion
  • Ultralebar 48MP Fusion

Kamera utama turut menawarkan zum 2x berkualiti optikal, manakala kamera Ultra Wide menyokong fotografi makro. Bagaimanapun, iPhone Duo tidak mempunyai kamera telefoto khusus seperti iPhone 18 Pro dan Pro Max.

Kamera utama juga menggunakan apertur tetap, berbeza dengan kamera utama iPhone 18 Pro yang mempunyai sistem apertur boleh ubah. Reka bentuk lipat bagaimanapun membolehkan pengguna menggunakan kamera belakang beresolusi tinggi untuk mengambil swafoto sambil melihat pratonton pada skrin luaran.

Apple turut memperkenalkan beberapa ciri kamera yang memanfaatkan kedua-dua skrin tersebut. Duo Preview memaparkan pratonton kamera secara langsung pada skrin luaran supaya subjek boleh melihat kedudukan mereka dalam gambar.

Smart Take pula menggunakan AI pada peranti untuk mengenal pasti apabila subjek sudah bersedia dan mengambil gambar secara automatik. Untuk mengambil gambar kanak-kanak, Kid Cue boleh memaparkan animasi Peanuts pada skrin luaran bagi menarik perhatian mereka ke arah kamera.

Kamera utama 48MP juga menyokong rakaman video sehingga 4K 120fps Dolby Vision.

Apple menggunakan dua bateri pada iPhone Duo, dengan satu bateri ditempatkan pada setiap bahagian telefon. Apple mendakwa iPhone Duo mampu memberikan sehingga 31 jam main balik video apabila menggunakan skrin dalaman, atau sehingga 44 jam menggunakan skrin luaran. Jika kedua-dua skrin digunakan secara sama rata, ia menawarkan sehingga 24 jam penggunaan bagi setiap cas.

Untuk pengecasan, iPhone Duo boleh dicas sehingga 50% dalam sekitar 20 minit menggunakan pengecasan pantas berwayar. Pengecasan tanpa wayar melalui MagSafe atau Qi2 pula boleh mencapai 50% dalam sekitar 30 minit.

Satu lagi perubahan pada iPhone Duo ialah ia menggunakan eSIM sahaja di seluruh dunia. Ini bermakna model yang dijual di Malaysia juga tidak mempunyai slot SIM fizikal. Apple menyatakan penggunaan eSIM membantu menjimatkan ruang dalaman untuk memaksimumkan kapasiti bateri.

Untuk sambungan tanpa wayar, iPhone Duo menggunakan cip rangkaian N1 yang menyokong Wi-Fi 7, Bluetooth 6 dan Thread. Sambungan selular pula dikendalikan oleh modem C2 baharu Apple, yang menawarkan peningkatan pada kualiti dan kebolehpercayaan sambungan selular serta penggunaan tenaga yang lebih cekap.

Phone Duo hadir dengan iOS 27.1, yang diubah suai untuk memanfaatkan reka bentuk skrin boleh lipat. Apple mengubah beberapa bahagian antaramuka seperti Home Screen, Dynamic Island dan navigasi aplikasi supaya lebih sesuai digunakan pada skrin dalaman yang besar.

Antara ciri paling menarik ialah Split View, yang membolehkan pengguna membuka dua aplikasi secara bersebelahan pada iPhone buat kali pertama. Pengguna juga boleh membuka dua tetingkap daripada aplikasi yang sama, seperti Safari, serta menyimpan pasangan aplikasi untuk dibuka semula dengan lebih pantas.

Seperti model iPhone baharu yang lain, iPhone Duo turut menyokong Apple Intelligence dan Siri AI. Siri AI boleh menggunakan konteks peribadi pengguna untuk mencari maklumat daripada mesej, e-mel dan gambar. Ia juga boleh memahami kandungan yang sedang dipaparkan pada skrin dan melakukan tindakan berdasarkan kandungan tersebut, di samping memiliki ciri Call Context yang memberikan maklumat relevan secara automatik ketika panggilan.

Apple Intelligence turut menawarkan ciri seperti Spatial Reframing, Extend dan Clean Up untuk penyuntingan gambar, manakala Image Playground kini boleh menghasilkan imej yang lebih realistik.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai spesifikasi di laman produk iPhone Duo.

Tags: appleapple malaysiaiphoneiPhone Duo
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

iPhone Duo Malaysia: iPhone lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

iPhone Duo Malaysia: iPhone lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

10 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN