Pengguna Netflix dah semak cas pelan terkini anda?
Platform penstriman terkenal Netflix Malaysia telah menaikkan harga pelan bulanan bagi pakejPremium daripada RM62.90 kepada RM69.90 sebulan, kali terakhir Netflix menaikkan pelan bulanannya adalah pada bulan November 2024.
Harga pelan terkini Netflix Malaysia

Bagi pengguna Netflix, ini adalah harga terkini pakej akaun bulanan yang anda perlu tahu dan semak untuk bayaran bil bulanan Netflix anda akan datang:
- Mobile
RM18.90 sebulanRM19.90 sebulan (naik RM1) - Basic
RM29.90 sebulanRM33.90 sebulan (naik RM4) - Standard
RM49.90 sebulanRM55.90 sebulan (naik RM6) - Premium
RM62.90 sebulanRM69.90 sebulan (naik RM7)
Untuk bahagian slot anggota tambahan bagi pakej Standard dan Premium, cas untuk slot tambahan (naik RM1.90) sebanyak RM14.90 sebulan berbanding harga tahun 2024 iaitu RM13 sebulan. Jika pengguna Netflix ingin memberi slot kepada ahli keluarga atau rakan rapat anda, perlu dingatkan untuk cas bagi slot tambahan ini akan dibayar oleh pemilik akaun utama.
Contoh senario cas bayaran pakej
- Standard RM55.90 : ambil satu slot tambahan RM14.90 dan jumlah bayaran yang perlu dibayar adalah sebanyak RM70.80 sebulan
- Premium RM69.90 : ambil satu slot tambahan RM14.90 dan jumlah bayaran yang perlu dibayar adalah sebanyak RM84.80 sebulan
- Premium RM69.90 : ambil dua slot tambahan RM14.90 x 2 dan jumlah bayaran yang perlu dibayar adalah sebanyak RM99.70 sebulan

Melihat senarai fitur yang ditawarkan mengikut pakej pelan di laman sesawang Netflix, tiada sebarang penambahan baru dan masih kekal sama. Sekadar info, untuk pakej pelan Mobile peranti yang digunakan perlulah dari sistem yang baru dan berikut senarai rujukan:
- Andorid OS 7 atau versi lebih baru
- Fire OS 6 atau versi lebih baru
- iOS/iPadOS 12 atau versi yang lebih baru
- Dan tidak menyokong casting atau mirroring ianya terhad untuk penstriman video peribadi menerusi telefon pintar sahaja.
Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang Netflix. Apa pandangan anda tentang kenaikan harga terkini Netflix, kongsikan diruangan komen di bawah!






