• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

  • OLEH Mas Idayu
  • 1:23 pm
  • 18/09/2026
  • Komen
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Sumber: Motorist

Share on FacebookShare on Twitter

Ramai pengguna mula menyuarakan pandangan kurang senang terhadap kenaikan cas bil elektrik mereka hingga menimbulkan rasa sangsi dan curiga orang awam apatah lagi ada pengguna dikenakan surcaj Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) tanpa pemberitahuan awal dari Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Bagi menjawab respon berkenaan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengeluarkan kenyataan siaran akhbar di laman sesawangnya.



Tapi sebelum itu untuk memahami isu kadar kenaikan tarif elektrik yang diperkatakan memberi kesan besar pada pengguna elektrik di Malaysia, jom kita fahamikan apa itu AFA.

Apa itu AFA

Sumber Malaymail

AFA atau Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (Automatic Fuel Adjustment), diperkenalkan pada bulan Julai 2025 bagi menggantikan sistem tarif yang lama iaitu Imbalance Cost Pass-Through (ICPT). Dimana jika dulu semakan tarif elektrik dilakukan setiap enam bulan, tetapi kini menerusi penstrukturan semakan tarif Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik dilakukan setiap bulan dan cas yang dikenakan pada bil pengguna berdasarkan harga bahan api di pasaran dunia.



Jadi apabila harga bahan api global dan kadar pertukaran wang asing semasa menaik atau menurun, kadar cas AFA yang dikenakan pada bil elektrik pengguna akan turut berubah.

Ringkasnya, jika harga bahan api mentah di pasaran dunia sedang naik, AFA akan menambah cas pelarasan pada bil. Sebaliknya, jika harga bahan api turun, AFA akan memberikan rebat atau pengurangan cas kepada bil pengguna.

Surcaj AFA ekoran peningkatan krisis Asia Barat

Tambahan lagi menurut Tenaga Nasional Berhad, sejak tarif ini dilaksanakan ramai pengguna telah menikmati rebat AFA selama sembilan bulan berturut-turut dari Ogos 2025 sehingga April 2026. Tenaga Nasional Berhad mula kenakan caj AFA dalam bil elektrik pengguna bermula pada bulan Mei 2026 sehingga bulan September 2026 ekoran peningkatan krisis di Asia Barat.

Carta kadar AFA dari bulan Oktober 2025 sehingga September 2026

Berikutan isu krisis di Asia Barat yang semakin meningkat, ia secara langsung mempengaruhi kenaikan bahan api mentah dan kadar pertukaran wang asing semasa, maka kos penjanaan turut meningkat berikutan faktor krisis global.

Untuk makluman kos penjanaan elektrik meliputi tiga komponen ini:

  • Caj Tenaga: Kos bahan api yang digunakan untuk penjanaan elektrik.
  • Caj Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA): Berdasarkan unjuran harga bahan api global dan kadar tukaran wang asing semasa, setelah kos sebenar dimuktamadkan.
  • Caj Kapasiti: Bayaran kapasiti di bawah Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dan Perjanjian Perkhidmatan (SLA).

AFA bukan salah satu faktor bil elektrik melambung tinggi

Setelah memahami berkenaan AFA dan surcaj dikenakan dalam kos penjanaan, mari kita selidik apakah punca ataupun faktor lain yang menyebabkan berlakunya kenaikan bil elektrik yang melambung tinggi dikalangan pengguna di Malaysia.

Menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB), kadar AFA bagi bulan September 2026 adalah sebanyak +3.67 sen/kWh dan ini adalah cas yang dikemaskini dan dikongsikan oleh TNB setiap bulan di laman sesawangnya selepas mendapat pengesahan dari Suruhanjaya Tenaga (ST). Dan kadar AFA tidak menyebabkan peningkatan mendadak dalam bil elektrik pengguna.

Sebaliknya isu peningkatan mendadak dalam bil elektrik dalam kalangan pengguna dipengaruhi atas faktor-faktor seperti ini:

  • Musim perayaan
  • Cuti sekolah
  • Bekerja dari rumah
  • Penggunaan alat elektrik lebih kerap kerana Jerebu
  • Suhu panas meningkat

Faktor – faktor seperti ini mempengaruhi tahap penggunaan elektrik harian di rumah dan sekaligus memberi kesan kepada bil bulanan.

Sumber Reuters

Bagi membantu pengguna mengurangkan bil bulanan, Tenaga Nasional Berhad berikan empat langkah yang praktikal untuk tangani kadar penggunaan elektrik yang tinggi. Berikut adalah empat langkah yang dikongsikan Tenaga Nasional Berhad:

  • Pantau penggunaan elektrik: Dengan menggunakan aplikasi myTNB, pengguna dapat memantau kadar penggunaan elektrik secara bulanan dan harian.
  • Kawal penggunaan barang elektrik: Seperti contoh tetapkan suhu penyaman udara antara 24 darjah celsius ke 26 darjah celsius dan setkan masa penggunaan dari pukul berapa hingga pukul berapa.
  • Bertukar ke skim Masa Penggunaan atau Time of Use (ToU): Skim ini memberi fleksibiliti untuk pengguna mengubah corak penggunaan elektrik dan manfaatkan kadar tarif yang lebih rendah pada Waktu Luar Puncak. Gunakan tenaga elektrik antara 10 malam hingga 2 petang (Isnin – Jumaat) serta sepanjang hari (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum).
  • Melabur dalam bumbung solar: Di bawah inisiatif Solar ATAP dan SuRIA Home, pengguna layak menerima rebat sehingga RM3000 untuk sistem 5kWac dengan tempoh pulangan modal sekitar 8 tahun.

Reaksi pengguna terhadap bil TNB yang tinggi

Menjengah ke laman X, rata-rata ramai pengguna media sosial berkongsi gambar caj bil elektrik yang diambil dari aplikasi myTNB akaun pengguna sendiri. Melihat kadar bil yang melambung tinggi membuatkan isu kenaikan hangat diperkatakan oleh pengguna media sosial di laman X. Berikut antara reaksi dan perkongsian pengguna:

“Baru terkena dengan TNB” tulis pengguna di laman X

Menyaksikan perkongsian seorang pengguna media sosial, bil elektrik bulan Ogos beliau melambung sehingga RM1,597.70 dengan kadar pengguna sebanyak 2,534 kWh. Carta rekod penggunaan jelas menunjukkan lonjakan luar biasa pada bulan Ogos berbanding kadar purata yang rendah pada bulan-bulan terdahulu.

“Maintain ja” komen salah seorang pengguna di media sosial

Bagi perkongsian pengguna ini pula, corak penggunaan elektriknya kelihatan stabil dan seimbang dengan bulan-bulan sebelum ini. Penggunaan sebanyak 1,327 kWh mencatatkan caj bil berjumlah RM701.10.

“Something wrong tu. Aku ok. Stabil” tulis seorang pengguna di laman X

Bagi perkongsian pengguna ini pula, rekod penggunaan elektriknya kelihatan sangat konsisten dan stabil, dengan purata sekitar 310 kWh hingga 374 kWh sahaja setiap bulan.

“Biasa tak lebih RM60 tetiba sekali kena RM110” tulis salah seorang pengguna media sosial di laman X

Berdasarkan perkongsian pengguna ini, terdapat peningkatan drastik dalam penggunaan elektrik bagi bulan September 2026, di mana rekod mencatatkan penggunaan sebanyak 395 kWh dengan caj berjumlah RM110.

Secara am jika penggunaan tenaga elektrik terlalu banyak dalam tempoh sebulan ia akan mempengaruhi bil bulanan pengguna.

Penggunaan elektrik bawah 800kWj dikecualikan AFA

Sekadar info berdasarkan maklumat di laman sesawang Tenaga Nasional Berhad, lebih kurang 85 peratus pengguna domestik yang menggunakan 600kWh ke bawah mereka menikmati pengecualian sepenuhnya daripada caj AFA sama ada dalam bentuk rebat ataupun surcaj, caj peruncitan dan caj cukai perkhidmatan (SST) 8 peratus.

Manakala pengguna yang menggunakan 300 kWh dan ke bawah sebulan menikmati pengecualian caj AFA, caj peruncitan, caj cukai perkhidmatan 8 peratus dan turut dikecualikan caj Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB).

Namun dengan pengumuman terkini, pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kWh sebulan akan dikecualikan daripada caj AFA, caj peruncitan dancaj cukai SST bagi penggunaan elektrik bermula September sehingga 31 Disember 2026.

Perdana Menteri, Anwar berkata kerajaan akan terus memantau kos bahan api dan keadaan pasaran tenaga semasa bagi memastikan keputusan tarif elektrik pada masa hadapan mengambil kira kemampuan dan kos sara hidup, keterjaminan bekalan elektrik, serta kelestarian sektor tenaga.

Jadi apa pandangan anda tentang isu ini kongsikan diruangan komen kami di bawah!

Sumber gambar : Motorist

Tags: AFAPelasaran Kos Bahan Api Secara Automatiktenaga nasional berhadTNB
Mas Idayu

Mas Idayu

POPULAR

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN