• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama

Setel Voice Fuelling: Isi minyak dengan arahan suara, tapi adakah lebih mudah?

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:48 pm
  • 07/10/2026
  • Komen
Setel Voice Fuelling: Isi minyak dengan arahan suara, tapi adakah lebih mudah?
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi pembayaran minyak Petronas, Setel mengumumkan satu ciri baharu dalam aplikasi mereka iaitu Voice Fuelling. Menurut Setel, ciri berkuasa AI ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak dengan hanya menggunakan arahan suara.

Ciri ini kini masih dalam fasa beta dan menyokong empat bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil.



Menurut Setel, Voice Fuelling merupakan evolusi daripada ciri Pengisian One-tap dan diperkenalkan untuk menjadikan pengalaman mengisi minyak lebih mudah dan lancar.

Sebut nombor pam untuk mula mengisi minyak

Menerusi ciri Voice Fuelling ini, pengguna hanya perlu menyebut nombor pam minyak untuk mengaktifkan pam dan memulakan pengisian.



Untuk menggunakannya, buka aplikasi Setel dan anda akan melihat banner bertulis “Say your pump number” di halaman utama.

Pengguna hanya perlu menyebut nombor pam sebagai contoh “Pam 5” dalam bahasa pilihan sama ada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin, atau Tamil.

AI Setel kemudiannya akan menguruskan transaksi berdasarkan kaedah pembayaran serta tetapan pengisian yang telah ditetapkan awal. Selepas mengesahkan nombor pam yang tertera pada skrin adalah betul, anda boleh keluar dari kenderaan dan mula mengisi minyak seperti biasa.

Ciri ini direka untuk digunakan oleh pelbagai jenis pengguna, termasuk pemandu kereta, penunggang motosikal, pengendali fleet dan pemandu e-hailing.

Cara setup ciri Voice Fuelling Setel

Sebelum boleh menggunakan ciri Voice Fuelling ini, anda perlu mengaktifkan fungsi ini terlebih dahulu di dalam aplikasi Setel:

  • Lancar aplikasi dan tekan pada banner atau ikon Voice Fuelling di halaman utama aplikasi.
  • Tekan “Enable One-Tap Fuelling”
  • Berikan kebenaran akses mikrofon kepada aplikasi Setel
  • Selepas selesai, Voice Fuelling boleh digunakan ketika mengisi minyak di stesen Petronas

Namun, perlu untuk dinyatakan juga bahawa ciri One-tap fuelling perlulah diaktifkan terlebih dahulu sebelum Voice Fuelling boleh digunakan.

Setel turut mengatakan akan terdapat kru di stesen Petronas akan membantu pelanggan mengaktifkan ciri Voice Fuelling ini.

Ganjaran 5x mata Mesra bagi pengguna baharu

Bagi mengalu-alukan pengguna baharu, Setel turut menawarkan 5x mata ganjaran Mesra Rewards dengan ganjaran dihadkan kepada 500 mata.

Tawaran ini boleh ditebus sekali bagi pengguna baharu yang memuat turun aplikasi, mendaftar, mengesahkan akaun, dan membuat pengisian minimum 1 liter minyak. Ia terpakai untuk semua jenis bahan api termasuk RON95, RON97, Diesel, BUDI95, serta BUDI Diesel.

Manakala untuk pengguna sedia ada, program penjimatan seperti Setel Savers, ganjaran “Refer a Friend”, dan kempen Full Thank akan terus berjalan dari bulan Oktober sehingga ke penghujung tahun ini.

Adakah sebut suara lebih mudah berbanding ‘One-Tap’?

Meskipun Setel mengetengahkan ciri ini sebagai satu evolusi yang memudahkan, timbul persoalan sama ada ia benar-benar satu naik taraf berbanding fungsi Pengisian One-tap sedia ada.

Ini kerana pengguna masih perlu membuka aplikasi Setel terlebih dahulu sebelum boleh membuat arahan suara. Sekiranya dibandingkan dengan proses menekan satu butang di skrin, arahan suara mungkin berisiko menghadapi beberapa isu seperti suara tidak dipickup dengan betul atau persekitaran bising.

Adakah menyebut nombor pam secara lisan benar-benar lebih praktikal daripada menekan skrin sekali? Apa pandangan anda?

Tags: PetronassetelSetel Voice FuellingVoice Fuelling
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Setel Voice Fuelling: Isi minyak dengan arahan suara, tapi adakah lebih mudah?

Setel Voice Fuelling: Isi minyak dengan arahan suara, tapi adakah lebih mudah?

7 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN