• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:44 pm
  • 27/10/2026
  • Komen
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas dilancarkan di China pada bulan September, kini Vivo Malaysia rasmi membawa masuk siri flagship Vivo X500 ke pasaran Malaysia. Sebanyakmodel diperkenalkan iaitu Vivo X500, Vivo X500 Pro dan Vivo X500 Pro Max.

Ketiga-tiga model ini memberi tumpuan kepada fotografi dan videografi, khususnya keupayaan merakam subjek dari jarak jauh. Model paling premium, vivo X500 Pro Max, dilengkapi kamera telefoto ZEISS APO 200MP dan menyokong aksesori telefoto dengan jarak fokus setara 400mm untuk merakam subjek yang jauh dengan lebih dekat.



Selain keupayaan kamera, siri ini turut menawarkan kapasiti bateri yang besar sehingga 7,800mAh, sokongan pengecasan pantas 90W, serta menjadi peranti terawal yang menjalankan sistem operasi OriginOS 7.

Harga dan ketersediaan Vivo X500 di Malaysia

Siri vivo X500 ditawarkan di pasaran tempatan dengan harga seperti berikut:



  • Vivo X500 Pro Max (12GB +1TB) bersama kit fotografi – RM9,699
  • Vivo X500 Pro Max (12GB +512GB) – RM6,999 (harga diskaun RM6,699)
  • Vivo X500 Pro Max (12GB +256GB) – RM6,399 (harga diskaun RM6,099)
  • Vivo X500 Pro (12GB +256GB) – RM5,999 (harga diskaun RM5,699)
  • Vivo X500 (12GB+512GB) – RM5,299
  • Vivo X500 (12GB+256GB) – RM4,699

Berikut adalah harga untuk kit aksesori Telephoto Extender:

  • Vivo Telephoto Extender Gen 2 (200mm / 2.35x) – RM999 (harga diskaun RM499)
  • Vivo Telephoto Extender Gen 2 Ultra (400mm / 4.7x) – RM1,599 (harga diskaun RM899)

Tempahan awal bagi siri Vivo X500 kini dibuka sehingga 2 November 2026. Sepanjang tempoh tawaran awal ini, pembeli berpeluang menerima ganjaran eksklusif bernilai lebih RM4,700, termasuk rebat tunai antara RM300 hingga RM1,000 bagi model terpilih, serta penyertaan cabutan bertuah untuk memenangi tiket konsert Jelajah Dunia “Carnival II” Jay Chou 2027.

Setiap tempahan awal turut disertakan dengan pakej hadiah percuma bernilai RM598 yang merangkumi AI Face Tracking Selfie Tripod, Magnetic Wireless Microphone, dan fon putik vivo Buds Pro. Dari segi jaminan, pakej vivo Care menyediakan perlindungan waranti selama dua tahun serta waranti antarabangsa selama satu tahun bersama perlindungan lensa.

Selain itu, terdapat beberapa promosi tambahan untuk pembeli yang layak:

  • Diskaun RM150 melalui SPayLater dengan perbelanjaan minimum RM1,500.
  • Diskaun RM120 melalui Atome dengan perbelanjaan minimum RM1,000.
  • Rebat ansuran bank RM100.
  • Rebat tukar beli RM300 untuk peranti yang layak.
  • Diskaun sehingga RM200 untuk aksesori IoT melalui tawaran purchase-with-purchase.
  • Langganan Google AI Pro selama tiga bulan dengan storan awan 5TB, bernilai RM293.97.

Semua promosi tertakluk pada terma dan syarat masing-masing.

Sekiranya berminat, anda boleh dapatkan siri Vivo X500 menerusi stor online Vivo Malaysia, serta Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Vivo X500 Pro dan Vivo X500 Pro

Vivo X500 Pro Max

Untuk imbas kembali berkenaan spesifikasi, Vivo X500 Pro Max dikuasakan oleh cip pemproses MediaTek Dimensity 9600 Pro yang dibina berasaskan proses fabrikasi 2nm TSMC.

Vivo X500 Pro Max menampilkan paparan rata LTPO AMOLED bersaiz 6.85 inci beresolusi 2K, iaitu skrin rata terbesar pernah dimuatkan pada telefon pintar vivo. Sementara itu, vivo X500 Pro menawarkan saiz fizikal yang lebih kompak dengan panel berukuran 6.36 inci beresolusi 1.5K. Kedua-duanya menyokong kecerahan puncak sehingga 4,500 nits, kadar penyegaran dapatif 1-144Hz, serta liputan gamut warna 100% P3.

Vivio X500 Pro Max

Di bahagian pengimejan, kedua-dua varian ini dilengkapi sistem trikamera belakang dengan talaan ZEISS. Kamera utama dan ultralebar yang digunakan adalah sama pada kedua-dua model, iaitu kamera utama Sony LYTIA L910 bersaiz 1/1.28 inci dengan sokongan OIS bertaraf gimbal 3 darjah, serta kamera ultralebar 50MP menggunakan sensor Samsung JN5.

Vivo X500 Pro

Perbezaan ketara terletak pada kamera telefoto, di mana model X500 Pro Max menggunakan ZEISS APO 200MP bersensorkan HP0 Ultra-Sensing 1/1.4 inci, manakala model Pro menerima kamera telefoto ZEISS APO 64MP dengan sensor Sony LYTIA 610. Kedua-duanya menyokong zum optikal 3.5x, penstabilan imej bertaraf CIPA 7.0, serta sensor warna Multi-Zone Laser Focus untuk ketepatan warna yang lebih konsisten.

Bagi pengguna yang ingin merakam subjek dari jarak jauh, Vivo X500 Pro Max menyokong aksesori vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2 Ultra dengan jarak fokus setara 400mm. Sementara itu, vivo X500 Pro menyokong aksesori telefoto yang sama dengan jarak fokus setara 200mm.

Kamera utama kedua-dua model turut menggunakan teknologi LOFIC yang menawarkan julat dinamik tinggi sehingga 17 EV, membantu mengekalkan perincian seimbang pada bahagian cerah dan gelap. Untuk rakaman video, kedua-duanya menyokong rakaman TrueDynamic Log Video, rakaman gerak perlahan 4K pada kadar 240 fps, dan mod 4K Cinematic Portrait Video.

Untuk mengambil gambar selfie, terdapat kamera hadapan 50MP ZEISS bersensorkan Sony JN1 yang dilengkapi sokongan autofokus.

Menghidupkan komponen peranti, model Pro Max dimuatkan dengan bateri BlueVolt berkapasiti 7,800mAh, manakala Pro dengan kapasiti 6,510mAh. Kedua-duanya boleh dicas pada kuasa 90W melalui USB-C dan pengecasan tanpa wayar 40W. Menurut Vivo, model X500 Pro Max mampu menawarkan masa tontonan video sehingga 47 jam serta masa rakaman video 4K 60fps dalam mod Stage Mode sehingga 6 jam 24 minit.

Ciri lain disertakan termasuk pengimbas cap jari ultrasonik dalam skrin, speaker stereo, empat mikrofon, kalis air IP68/IP69, sambungan port USB 3.2, serta pemancar inframerah (IR blaster). Vivo X500 Pro dan Pro Max ditawarkan dalam empat warna yang sama iaitu putih, kelabu, oren dan hitam.

Spesifikasi Vivo X500

Sebagai model asas, berbanding Dimensity 9600 Pro, Vivo X500 dipacu oleh cip pemproses MediaTek Dimensity 9600M 3nm. Skrinnya jenis AMOLED bersaiz 6.59″ dengan resolusi 1.5k dan menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz serta kecerahan puncak 4,000 nits.

Berbeza dengan model Pro, Vivo X500 menggunakan modul kamera belakang segi empat menerusi rekaan dengan bulatan kamera yang lebih kecil. Ia menampilkan kamera utama ZEISS 50MP dengan sensor Sony LYTIA 828 bersaiz 1/1.28″, kamera ultralebar 50MP dan kamera telefoto ZEISS APO 64MP bersensorkan Sony LYTIA 610 yang menyokong penstabilan CIPA 5.5 dan zum optikal 3x. Ia juga menampilkan sensor warna

Kapasiti bateri yang dimuatkan pada telefon ini adalah sebesar 7,500 mAh, bersama sokongan pengecasan pantas 90W berwayar dan 40W tanpa wayar. Ia turut diiktiraf kalis air IP68/IP69, serta tersedia dalam empat pilihan warna iaitu hitam, kelabu, putih dan merah jambu.

Perisian OriginOS 7

Kesemua model dalam siri vivo X500 hadir dengan sistem operasi baharu OriginOS 7. Antara ciri utamanya ialah keupayaan berbilang tugas melalui Origin Workbench, yang membolehkan pengguna membuka aplikasi dalam tetingkap terapung dan memindahkan fail antara aplikasi menggunakan kaedah seret dan lepas.

Di samping itu, perisian ini membawakan integrasi menyeluruh dengan ekosistem Apple merangkumi sambungan kepada AirPods dan Apple Watch, penyelarasan iCloud, pemindahan fail serasi AirDrop melalui Quick Share, serta integrasi komputer Mac menerusi Vivo Office Kit.

Sistem operasi ini turut menyertakan pelbagai fungsi AI seperti Snap & Go untuk mengenal pasti maklumat dalam tangkap layar, AI Next Up untuk menghasilkan peringatan berdasarkan jadual yang dikesan dan AI Recorder yang menyediakan transkripsi serta ringkasan pintar bagi mesyuarat, kuliah dan temu bual.

Tags: siri Vivo X500vivovivo MalaysiaVivo X500Vivo X500 ProVivo X500 Pro Max
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN