• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom catat peningkatan keuntungan dan kepuasan pelanggan Q4 2018

  • OLEH Najib
  • 6:29 pm
  • 11/03/2019
  • Komen
Celcom catat peningkatan keuntungan dan kepuasan pelanggan Q4 2018
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom berjaya mencapai skor tertinggi menurut kajiselidik Nielsen Malaysia dan mendapat pengiktirafan 4-bintang dalam YouTube Video Checkup. Menurut Celcom, ini disumbang oleh tumpuan Celcom Axiata Berhad kepada pengalaman pelanggan. Ia juga hasil daripada program pengoptimuman dan pengembangan rangkaian utama yang diselesaikan pada suku keempat 2018 (Q418).

Kajiselidik Nielsen Malaysia merangkumi skor kepuasan bagi Rangkaian, Pakej, Kualiti Perkhidmatan, Bil dan Tambah Nilai, dan Produk. Ia dijalankan dengan kira-kira 7,000 responden daripada empat pengendali rangkaian di Malaysia, merangkumi kesemua wilayah pada suku keempat 2018. Manakala YouTube Video Checkup ialah ujian penstriman video di 965 kluster di seluruh negara.



Selepas menyempurnakan pemasangan 9000 tapak LTE di seluruh negara tahun lepas, Celcom melancarkan kempen kecemerlangan rangkaian yang digelar, Guna Celcom.

‘Guna Celcom’ melaungkan liputan LTE Celcom di seluruh negara di samping menawarkan perkhidmatan ‘fiber di udara’ sebagai alternatif kepada teknologi kabel tembaga bagi jalur lebar kediaman. Rangkaian kukuh Celcom kini menawarkan pengalaman digital terbaik untuk penstriman video, rangkaian sosial, permainan mudah alih dan jalur lebar tanpa wayar kediaman.



Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom Axiata Berhad berkata, salah satu hasil daripada peningkatan pengalaman adalah peningkatan penggunaan oleh pelanggan Celcom; di mana terdapat kenaikan sebanyak 88.7% dalam trafik data kepada 997.3 juta GB dan purata penggunaan pelanggan dalam sebulan yang meningkat sebanyak 85.1% kepada 12.4GB.

Ini menyumbang kepada pertumbuhan positif dalam perniagaan, dengan peningkatan sebanyak RM5 dalam Purata Hasil Setiap Pelanggan (ARPU) kepada RM89, dan peningkatan ARPU bagi prabayar sebanyak RM3 kepada RM35.

“Infrastruktur rangkaian kami telah dioptimisasi, bagi menyediakan pengalaman video dengan kualiti dan piawaian bertaraf antarabangsa, dan kami akan kembali mewarnai bandaraya dengan warna biru! Kami ingin mengajak rakyat Malaysia untuk menggunakan rangkaian LTE Celcom dan nikmati hubungan tanpa wayar dengan Celcom Home Wireless, yang turut disertakan dengan polisi wang dikembalikan dalam 30 hari,” tambah Idham.

Cabaran seterusnya ialah mempersiapkan rangkaian 5G. Celcom telah menjalankan percubaan pertama 5G di Asia Tenggara pada tahun 2017, melalui jalur 28Ghz, dan telah mencapai penghantaran kelajuan puncak sehingga 17Gbps (Gigabits per saat) dan latensi serendah 5ms(millisaat).

Celcom bekerjasama dengan Huawei and Ericsson, bagi membangunkan dan memperlihatkan kes penggunaan 5G di Cyberjaya bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Kes penggunaan 5G seperti Holoportation, Mobiliti Terhubung, Perlawanan Bola Sepak Maya, Akses Tanpa Wayar Tetap 5G (FW), dan dron terhubung akan dipamerkan dalam pertunjukan 5G pada bulan April 2019.

Tags: 5gcelcomGuna Celcom
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Celcom catat peningkatan keuntungan dan kepuasan pelanggan Q4 2018

Celcom catat peningkatan keuntungan dan kepuasan pelanggan Q4 2018

11 March 2019
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER