• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPad Air kembali dengan sokongan pensil dan papan kekunci

  • OLEH Najib
  • 8:04 pm
  • 19/03/2019
  • Komen
iPad Air kembali dengan sokongan pensil dan papan kekunci
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah hampir 5 tahun sejak iPad Air terakhir diperkenalkan, tetapi kini Apple melahirkannya semula dalam versi baru untuk tahun 2019. Ia kelihatan sebagai tablet kelas pertengahan dengan prestasi di bawah iPad Pro yang lebih berkuasa.

Rupa hadapan iPad Air kelihatan serupa dengan iPad Pro yang lama. Ia memiliki paparan Retina Display 10.5-inci dengan resolusi 2224×1668. Di dalam, ia dikuasakan cip pemproses Apple A12 Bionic yang sama dengan iPhone XS, XS Max dan XR.



Tablet ini masih mengekalkan butang Home dengan pengimbas capjari Touch ID, berbeza dengan iPad Pro baru yang telah membuangnya. Ia juga boleh menggunakan Apple Pencil generasi pertama. Untuk yang gemarkan papan kekunci, iPad Air ini boleh disambung dengan Apple Smart Keyboard.

Kamera 8MP F2.4 dipasang di belakang tablet, berkemampuan merakam video 1080p. Manakala di hadapan, ia menggunakan kamera FaceTime HD 7MP. Untuk sistem bunyi, ia memiliki dua pembesar suara, berbeza dengan iPad Pro yang ada 4 pembesar suara.



Untuk sambungan, tablet ini dilengkapi WiFi dwi-band 5GHz 802.11ac. Manakala versi selular pula menyokong dua SIM, satu kad SIM nano dan satu lagi eSIM.

iPad Air yang baru ini datang dalam tiga warna, Emas, Perak Dan Space Grey. Manakala pilihan storan disediakan antara 64GB dan 256GB.

Tablet ini amat nipis, dengan ketebalan 6.1mm dan baterinya boleh bertahan sehingga 10 jam. Ia masih menggunakan port lightning untuk mengecas, yang turut digunakan untu mengecas Apple Pencil generasi pertama. Untuk perbandingan, iPad Pro terbaru memiliki ketebalan hanya 5.9mm.

Dengan ketibaan iPad Air baru ini, ia memberi pilihan kepada pengguna yang mahukan prestasi tinggi dengan harga tidak semahal iPad Pro. Sudah pasti, iPad Pro jauh lebih berkuasa kerana dilengkapi cip pemproses Apple A12X Bionic.

Di Malaysia, iPad Air 2019 dan aksesori dijual pada harga berikut:

iPad Air 2019

  • 64GB WiFi – RM2,199
  • 256GB WiFi – RM2,749
  • 64GB WiFi + Selular – RM2,849
  • 256GB WiFI + Selular – RM3,399

Aksesori

  • Apple Pencil (1st Gen) – RM379
  • Smart Keyboard – RM649
  • Smart Cover – RM229

Sebenarnya, tarikh jualan iPad Air 2019 di Malaysia masih belum diketahui. Tetapi ia telah disenaraikan di Stor Online Apple Malaysia, cuma masih tidak boleh dibeli.

Tags: appleipadiPad Air 2019
Najib

Najib

POPULAR

iPad Air kembali dengan sokongan pensil dan papan kekunci

iPad Air kembali dengan sokongan pensil dan papan kekunci

19 March 2019
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN