• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Opensignal analisa rangkaian terbaik dan terburuk 11 bandar di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:57 pm
  • 04/04/2019
  • Komen
Opensignal analisa rangkaian terbaik dan terburuk 11 bandar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Opensignal merupakan pemantau bebas dalam analisa pengalaman pengguna dalam rangkaian mudahalih. Mereka baru-baru ini telah mengeluarkan laporan suku pertama 2019 bagi rangkaian telekomunikasi di Malaysia. Opensignal mengumpulkan data mengenai talian Celcom, Digi, Maxis, Unifi Mobile dan U Mobile. Yes 4G tidak pula termasuk dalam laporan ini.

Analisa Opensignal ini dikumpul dari 1 Disember 2018 sehingga 28 Februari 2019. Sebanyak 744,691 peranti yang terlibat dalam pengumpulan data ini dengan 1,912,501,331 jumlah pengukuran telah dibuat.



Pengukuran ini dipecahkan kepada 5 kategori iaitu:

  1. Ketersediaan 4G
  2. Pengalaman Video
  3. Pengalaman Kelajuan Muat Turun
  4. Pengalaman Kelajuan Muat Naik
  5. Pengalaman Lengah Masa

Secara keseluruhan, Maxis dan Celcom mengungguli semua kategori dalam laporan ini. Celcom menerajui kategori ketersediaan 4G dan kelajuan muat naik. Maxis pula menjuarai kategori kelajuan muat turun dan lengah masa. Kategori video pula mengikat Celcom dan Maxis sebagai rangkaian terbaik.



Digi sering berada di tempat ketiga mengatasi U Mobile dan Unifi Mobile. Tetapi kategori lengah masa memberi kejutan besar buat Digi.

Melihatkan U Mobile masih di belakang Unifi Mobile agak mengejutkan kerana U Mobile aktif mempromosikan rangkaian 4G mereka yang telah meluas beberapa bulan ini. Berbanding Unifi yang masih bergelut memperkenalkan pelan yang kompetitif. Dalam hal ini, mungkin perkongsian rangkaian 3G dengan Celcom membantu Unifi Mobile.

1. Ketersediaan 4G

Celcom dan Maxis mencatat peratusan ketersediaan 4G lebih dari 80%. Ia diikuti oleh Unifi dengan 79.2%, Digi 77.3% dan U Mobile yang jauh ketinggalan pada 64.5%. Bagaimanapun, Opensignal memuji U Mobile yang mencatat kenaikan signifikan berbanding laporan mereka 6 bulan lepas.

Unifi juga berkembang lebih tinggi, tetapi tiga yang lain tidak berkembang lebih tinggi mungkin kerana sudah mencapai tahap matang, melebihi atau hampir 80%.

2. Pengalaman Video

Sekali lagi, Celcom dan Maxis mencatat markah tertinggi dalam lingkungan Baik (markah 55-65). Baik di sini bermaksud, walaupun pengguna perlu menunggu sebelum video mula dimainkan, dan mungkin terdapat gangguan semasa dimainkan, tidak terdapat gangguan semasa strim pada resolusi rendah. Tetapi untuk rangkaian 4G sahaja, Celcom dan Maxis beroleh markah lebih tinggi untuk meletakkannya sebagai rangkaian Sangat Baik (65-75).

Markah Digi tergolong dalan kumpulan Biasa (40-55) manakala U Mobile dan Unifi pula dalam golongan Teruk (0-40). Pada tahap teruk, video mengambil masa terlalu lama untuk mula dimainkan. Malah dengan resolusi rendah, ia sering tersangkut menunggu data dimuat turun.

3. Pengalaman Kelajuan Muat Turun

Walaupun Celcom dan Maxis terus mengungguli carta, Celcom sebenarnya meningkat lebih banyak berbanding laporan Opensignal sebelum ini. Jika ia berterusan, Celcom mungkin dapat mengatasi Maxis untuk menjadi juara muat turun.

Kelajuan muat turun U Mobile dan Unifi dilihat jauh ketinggalan berbanding tiga yang lain apabila mencatat kelajuan purata di bawah 7Mbps. Keduanya jelas berhadapan kekangan kapasiti pada rangkaian 4G, yang menghalang kelajuan lebih pantas untuk pengguna.

4. Pengalaman Kelajuan Muat Naik

Kelajuan muat naik boleh dikatakan tidak banyak berbeza. Muat naik U Mobile dan Unifi memiliki kelajuan yang sama dengan muat turun, di bawah 4Mbps. Tetapi ia tidak jauh dari tiga yang lain mencatat kelajuan 6.3Mbps, 6.3Mbps dan 4.0Mbps.

Sebenarnya, dari angka yang dioperolehi menunjukkan Maxis lebih pantas dari Celcom. Tetapi Celcom memiliki ketersediaan lebih luas, membuatkan pengguna dapat berhubung ke rangkaian 4G lebih baik dan menaikkan markah kelajuan muat naik.

5. Pengalaman Lengah Masa

Lengah masa penting untuk aplikasi masa nyata seperti bermain game. Ia tidak banyak menjejaskan pengalaman penggunaan internet lain seperti menonton video atau melayari internet.

Seperti biasa, Celcom dan Maxis bersaing sebagai rangkaian terbaik dengan Maxis mendahului sedikit. Tempat ketiga pula milik Unifi Mobile. U Mobile tidak terlalu jauh di tempat keempat.

Mengejutkan dalam laporan ini ialah Digi dengan lengah masa paling lama, di rangkaian 3G dan 4G. Rangkaian Digi sangat lewat memberi respon dalam kelajuan, ketersediaan dan video. Ini adalah satu berita buruk untuk pemain game di telefon pintar.

Analisa Mengikut Bandar

Opensignal turut memecahkan laporan kali ini lebih mendalam mengikut bandar utama di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Alor Setar, Ipoh, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Kuching, Melaka, Seberang Perai dan Pulau Pinang, serta Seremban.

Dari 11 bandar ini, Ipoh mencatat kelajuan melebihi purata kebangsaan untuk semua rangkaian. Kuala Lumpur pula memiliki ketersediaan tertinggi apabila semua rangkaian mencatat lebih 80%.

Kuala Lumpur

Alor Setar

Ipoh

Johor Bahru

Kota Bharu

Kuala Terengganu

Kuantan

Kuching

Melaka

Seberang Perai & Pulau Pinang

Seremban

Apa pula pandangan anda tentang analisa Opensignal ini. Adakah markah yang diberikan sama dengan pengalaman yang anda rasai? Laporan penuh ini boleh diperoleh di sini.

Tags: celcomdigimaxisOpenSignalu mobileUnifiUnifi mobile
Najib

Najib

POPULAR

Opensignal analisa rangkaian terbaik dan terburuk 11 bandar di Malaysia

Opensignal analisa rangkaian terbaik dan terburuk 11 bandar di Malaysia

4 April 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER