3D Photo adalah satu ciri unik yang diperkenalkan Facebook penghujung tahun 2018. Ia memberi lebih banyak peluang untuk anda mengekspres kekreatifan anda melalui gambar tiga dimensi.
Walau bagaimanapun, buat masa ini, fungsi ini hanya disokong di APP Facebook iOS lantas membuatkan pengguna Facebook di Android ketinggalan.
Tapi jangan risau, ada workaround yang boleh anda gunakan untuk dapatkan 3D Photo tanpa menggunakan sebarang peranti iOS. Langkahnya sedikit panjang, tapi, hey, kalau berfungsi apa salahnya bukan?
Telefon Yang Boleh Digunakan Dalam Tutorial Ini
Menurut pembangun aplikasi yang akan bantu anda hasilkan imej 3D di Facebook, ia menyokong model telefon yang ada mode portret seperti:
- Portrait iPhone
- Live Focus Samsung
- Portrait Google Pixel
- Aperture Huawei
- Aperture Honor
- Portrait LG
- Portrait Xiaomi
- Portrait Pocophone
- Portrait Nokia
- Portrai Meizu
- Portrait Vivo
- Portrait Images Nubia
Saya tidak mencuba semua model yang dinyatakan di atas, sebaliknya saya hanya gunakan Live Focus di Samsung. Jika anda berjaya hasilkan foto 3D menggunakan telefon selain yang saya gunakan, jangan lupa maklumkan di ruangan komen untuk maklumat pengguna lain ya.
Ambil gambar bokeh
Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah mengambil gambar menggunakan mode simulasi bokeh. Ia mungkin berbeza mengikut jenama telefon. Bagi kes Samsung, anda perlu gunakan mode Live Focus.
Langkah ini penting kerana mode ini akan menyimpan maklumat kedalaman medan FOV yang akan digunakan Facebook bagi menjana imej 3D. Sekiranya anda mengambil gamabr menggunakan mode biasa, maklumat itu tiada.
Ekstrak maklumat FOV
Di telefon, anda buka laman web di bawah ini:
https://www.omnivirt.com/3d-photo/tools/extractor/photo
Cari butang “Choose a file..” dan muat naik gambar yang ingin anda 3D-kan.
Selepas imej diproses, anda akan dimaklumkan untuk memuat turun satu fail bernama image.ZIP. Muat turun fail itu dan sila ingat tempat anda simpannya. Biasanya saya simpan di folder Download.
Ekstrak fail ZIP
Pergi ke folder Download dan cari fail ZIP yang anda muat turun tadi untuk diekstrak. Dalam fail ZIP itu akan terkandung dua fail:
- image.jpg
- image_depth.jpg
ekstrak kedua-dua fail tadi keluar.
Buka Facebook versi Desktop di Browser
Saya nyatakan secara spesifik, Facebook versi Desktop di Browser kerana saya dah cuba:
- APP Facebook di Android
- Facebook versi Mobile di Browser
- Facebook versi Desktop di Browser
Hanya pilihan yang ketiga sahaja yang berfungsi.
Bagaimanakah anda ingin ketahui yang Facebook yang ada layari adalah versi desktop? Lihat di URL dan sekiranya kepala URL-nya adalah www.facebook, anda berada di tempat yang betul dan jika masih m.facebook, anda perlu cari jalan supaya versi desktop di-load di browser.
Muat naik dua fail penting
Sekarang anda muat naik gambar seperti biasa. Cari fail image.jpg dan image_depth.jpg dan muat naik secara serentak.
Sebelum menekan buatang “POST”, anda boleh lihat ia ditukarkan kepada imej 3D.