• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Telefon gaming ASUS ROG Phone akan dipotong RM1000

  • OLEH Najib
  • 2:58 pm
  • 15/05/2019
  • Komen
Telefon gaming ASUS ROG Phone akan tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar ASUS ROG Phone boleh dikatakan telefon pintar gaming terbaik di pasaran sekarang. Ia bukan sahaja memiliki pelbagai spec tertinggi, tetapi ASUS mencipta banyak aksesori yang menjadikan bermain game mudah alih lebih mudah.

Kini sempena promosi Hari Raya di Lazada, ASUS menawarkan diskaun RM1,000 untuk ROG Phone. Ia akan ditawarkan selama satu hari sahaja, pada 16 Mei 2019 di Stor ASUS di Lazada.



Harga ASUS ROG Phone selepas diskaun RM1,000 adalah seperti berikut:

  • ROG Phone (RAM 8GB + storan 128GB) – RM3,499 RM2,499
  • ROG Phone (RAM 8GB + storan 512GB) – RM3,999 RM2,999

Kehebatan telefon pintar ASUS ROG Phone bukan sahaja dari prestasi yang dihasilkan cip Snapdragon 845 yang dioverclock ke 2.96GHz, tetapi ia turut dilengkapi skrin OLED 6.0-inci yang menawarkan kadar segar semula 90Hz dengan masa respon 1ms. Ia menjadi lebih menarik dengan speaker stereo hadapan yang terdaat padanya.



Bateri besar 4,000mAh di dalamnya menyokong pengecasan pantas QuickCharge 4+ dan ia boleh dicas melalui bukan satu, tetapi dua port USB-C.

Kenali telefon pintar ASUS ROG Phone lebih dekat menerusi video kami di bawah ini.

Mesin Gaming Muktamad ASUS ROG Phone Mula Dijual Di Malaysia
Tags: asusrog phone
Najib

Najib

POPULAR

Telefon gaming ASUS ROG Phone akan tiba di Malaysia

Telefon gaming ASUS ROG Phone akan dipotong RM1000

15 May 2019
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN