Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Syawal menjelma, maka akan ada banyak kisah kesesakan jalan raya akibat dari rakyat malaysia pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Berikut adalah beberapa ramalan lalu lintas Waze mengenai apa yang akan berlaku ketika anda pulang ke kampung halaman untuk perayaan tahun ini:
- Ramai yang akan menggunakan jalan raya
- Berdasarkan data Waze 2018 dan sempena cuti sekolah Hari Raya, Waze meramalkan peningkatan sebanyak 18% pengguna yang lebih aktif di jalan berbanding minggu-minggu biasa.
- Ramai akan menghabiskan masa di jalanan
- Secara purata, rakyat Malaysia menghabiskan sebanyak 72 minit sehari di jalan raya, tetapi dijangka meningkat semasa sambutan Hari Raya seperti Waze ramalkan peningkatan sebanyak 15%, lebih kurang 83 minit di jalan raya.
- Jarak yang dijangkaui oleh pengguna jalan raya juga dijangka dua kali lebih dari 56km sehari berbanding purata pada minggu biasa.
- Ramai akan mencari makanan dan persiapan raya
- Rakyat Malaysia mencatatkan purata 7.2 juta navigasi berkaitan makanan dan 9.7 juta navigasi berkaitan dengan membeli-belah menggunakan Waze secara bulanan, dan angka itu dijangka meningkat semasa cuti Hari Raya.
Menerusi jangkaan tersebut, Waze juga memberikan anda beberapa tips berguna. Antaranya adalah seperti berikut:
- Gunakan Waze semasa memandu
- Waze mencadangkan pengguna menggunakan aplikasi itu semasa memandu untuk mendapatkan data trafik semasa. Ia dapat membantu mereka menganggarkan masa pemanduan dengan lebih tepat.
- Rancang laluan anda
- Waze juga menasihatkan pengguna memilih pilihan Laluan dalam aplikasi itu. Ia akan membantu mereka menyemak laluan mana yang akan menawarkan masa ketibaan terpantas. Sebagai alternatif, pengguna boleh memilih untuk memilih laluan yang lebih mudah, termasuk laluan yang tidak melalui tol.
- Hiburkan perjalanan dengan lagu-lagu.
- Jika anda akan mengharungi sebuah perjalanan yang jauh, anda boleh hiburkan perjalanan anda dengan memainkan lagu-lagu pada salah satu daripada rakan kongsi audio Waze, seperti Spotify, Deezer, iHeartRadio, NPR, Pandora, Scribd, Stitcher, dan TuneIn.
Dengan bantuan tips ini, semoga pengguna jalan raya mengharungi perjalanan yang berhemah semasa “balik kampung” dan sampai ke kampung halaman dengan selamat. Muat turun aplikasi Waze di Google Play Store dan App Store untuk mengujinya sendiri.