• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun hingga RM400 untuk P30 & Mate 20 Pro dan potongan 50% di jualan kilat harian Stor Online Huawei

  • OLEH Najib
  • 8:56 am
  • 01/07/2019
  • Komen
Huawei P30 memecah tradisi apa yang kamera boleh lakukan di telefon pintar
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia kini menjalankan promosi IT Online dari 1 hingga 8 Julai 2019. Tawaran ini memberi diskaun kepada P30 dan P30 Pro sebanyak RM400 serta potongan harga buat beberapa model telefon pintar dan tablet Huawei. Ia boleh didapati di Stor Online Huawei.

Huawei P30 dengan RAM 8GB dan storan 256GB kini berharga RM3,399 seleas diskaun RM400. Selain itu, ia juga menawarkan hadiah percuma bernilai RM760 iaitu snorkling case, fon kepala Bluetooth AM61 serta pengecas kereta Super Charge AP38.



P30 Pro dengan storan lebih besar 512GB masih mengekalkan harga yang sama, RM4,399. Manakala P30 standard dengan storan 128GB kini lebih rendah, berharga RM2,299 dari harga asalnya RM2,699. Ia datang percuma bersama casing pengecas wayarles bernilai RM268.

Bagi Mate 20 Pro pula, ia juga boleh dibeli lebih murah tetapi pembeli harus mendapatkan kupon diskaun RM400 terlebih dahulu. Kupon tersebut boleh didapati di sini dan perlu digunakan semasa membuat bayaran. Huawei turut memberikan pengecas wayarles dan pengecas kereta bersama pembelian ini.



Lain-lain telefon yang ditawarkan bersama diskaun dalam promosi ini ialah seperti Nova 3i berharga RM799 (diskaun RM100) dengan hadiah percuma Huawei Sport Band. Nova 4 pula kini hanya RM1,699 (diskaun RM200) dengan hadiah percuma Sport Band 3, pengecas kereta AP31 dan pengecas QuickCharge Pro AP32 dengan kabel USB-C.

Selain promosi di atas, Huawei turut menawarkan tawaran kilat harian, dari 1 hingga 5 Julai, bermula pukul 12 tengah hari setiap hari. Antara produk yang tersenarai dalam tawaran kilat harian ini ialah MateBook 13 dengan diskaun RM400, tablet, TalkBand dan juga Mesh WiFi. Dari harga RM999, Mesh WiFi Huawei WiFi Q2 boleh dibeli dengan diskaun 50%, tetapi terhad kepada 23 unit sahaja.

Untuk lebih penjimatan, pengunjung boleh mencuba nasib menerusi aktiviti Huawei Spin & Win. Ia menyediakan hadiah berupa baucer RM1,000, baucer RM200 dan banyak lagi hadiah lain. Hanya daftar masuk ke Stor Online Huawei dan putarkan roda tersebut untuk memenangi hadiah.

Untuk maklumat lanjut dan mula membeli-belah, kunjungi Stor Online Huawei Malaysia sekarang.

Tags: Huawei
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Huawei P30 memecah tradisi apa yang kamera boleh lakukan di telefon pintar

Diskaun hingga RM400 untuk P30 & Mate 20 Pro dan potongan 50% di jualan kilat harian Stor Online Huawei

1 July 2019
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN