• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pinjaman anda lebih mudah diluluskan dengan menyemak markah kredit di iMoney CreditScore

  • OLEH Najib
  • 5:55 pm
  • 16/07/2019
  • Komen
Pinjaman anda lebih mudah diluluskan dengan menyemak markah kredit di iMoney CreditScore
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda pernah cuba membuat pinjaman dengan bank, tidak kiralah pinjaman peribadi, kenderaan atau rumah, pernah kah pinjaman anda ditolak tanpa diberitahu sebabnya? Ini sering terjadi kerana bank tidak akan memberitahu kenapa permohonan anda ditolak.

Perkara ini biasanya berkaitan dengan markah kredit anda atau Credit Score. Salah satu cara untuk menyemaknya ialah melalui sistem CCRIS di Bank Negara Malaysia. Tetapi cara ini memerlukan anda pergi secara fizikal untuk mendapatkan laporan Credit Score.



Satu cara mudah yang boleh dibuat terus dari telefon pintar anda ialah melalui CreditScore iMoney. Alat skor kredit ini dicipta oleh iMoney dengan kerjasama RAM Credit Information (RAMCI), sebuah biro kredit terkemuka di Malaysia. Ia disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Pengguna bukan sahaja dapat menyemak Credit Score mereka, laman ini turut menawarkan pengguna gambaran ringkas dan percuma tentang kedudukan kewangan mereka. Ia juga memberikan nasihat peribadi tentang cara memperbaiki markah kredit dan memperoleh penjimatan daripada produk kredit.



Berdasarkan data iMoney, empat daripada 10 pengguna CreditScore iMoney mempunyai skor Rendah hingga Wajar, menyebabkan mereka menghadapi cabaran apabila ingin memohon pinjaman. RAMCI pula menyatakan, hanya 29% daripada rakyat Malaysia yang berumur 34 tahun ke bawah mempunyai profil kredit yang kukuh.

https://youtu.be/6g4ichy3MNI

“Data kami menunjukkan, lebih banyak usaha diperlukan untuk membantu rakyat Malaysia mengawal kewangan mereka dan membuat keputusan kewangan yang bijak bagi memastikan masa depan yang stabil dari segi kewangan. Melalui #JomSkor dan alat CreditScore Bahasa Malaysia, kami berhasrat untuk meluaskan jangkauan kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara. Matlamat kami adalah untuk melihat lebih ramai rakyat Malaysia mendaftar untuk mendapatkan skor kredit mereka, memahami kesihatan kewangan mereka dan akhirnya diperkasa untuk membuat keputusan bijak mengenai hal kewangan mereka,” kata Mitul Lakhani, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan iMoney.

Dalam masa yang sama, iMoney kini memperkenalkan #JomSkor, satu kempen untuk mengajak lebih ramai pengguna mendaftar dan memeriksa CreditScore mereka di iMoney. Ia dibina berdasarkan meter digital yang akan membuka kunci hadiah apabila pendaftaran CreditScore iMoney mencapai jumlah tertentu. Hadiah yang disediakan termasuk Apple iPad Air, Nintendo Switch, Charge Fitbit, e-baucar Lazada, e-baucar Tealive serta kemeja-T dan payung #JomSkor edisi terhad.

Dalam tempoh dua bulan akan datang, wakil iMoney akan berada di pelbagai lokasi untuk mempromosikan program CreditScore iMoney mereka. iMoney juga merancang untuk bekerjasama dengan institusi dan pakar kewangan terkemuka untuk menyediakan bengkel dan latihan berkenaan kewangan peribadi di masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut dan laporan CreditScore iMoney yang percuma, rakyat Malaysia boleh layari laman CreditScore iMoney atau ikuti Facebook iMoney untuk maklumat lanjut.

Tags: CreditScoreiMoney
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Pinjaman anda lebih mudah diluluskan dengan menyemak markah kredit di iMoney CreditScore

Pinjaman anda lebih mudah diluluskan dengan menyemak markah kredit di iMoney CreditScore

16 July 2019
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER