• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon Huawei dengan kamera Pop-up akan tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 9:44 am
  • 17/07/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Kamera boleh sembunyi dalam modul pop up merupakan satu pilihan untuk mendapatkan skrin penuh tanpa takuk dan lubang. Buat masa ini, masih belum ada model Huawei dengan kamera pop up di Malaysia, tetapi ia akan berubah tidak lama lagi.

Di Facebook Huawei Malaysia, mereka berkongsi tentang kedatangan sebuah telefon pintar baru tidak lama lagi. Telefon ini dinamakan Y9 Prime 2019 dan ia datang dengan kamera depan pop up.



Telefon ini sebenarnya sama dengan model P Smart Z yang telah dilancarkan di Eropah. Ia memiliki skrin LCD HD Penuh+ berukuran 6.59-inci, sudah pasti tanpa takuk dan lubang.

Di dalam, ia diperkasa pemproses Kirin 710F bersama RAM 4GB. Storan pula disediakan antara 64GB dan 128GB. Kad mikroSD sedia diterima untuk storan tambahan.



Kamera belakangnya ada tiga, gandingan kamera utama 16MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera pengesan kedalaman 2MP. Kamera hadapan di dalam modul pop-up pula 16MP.

Menurut Huawei, modul pop-up ini mengambil masa 1 saat untuk keluar dan telah diuji dengan tekanan sehingga 15kg. Ia juga telah diuji keluar dan masuk sebanyak 100,000 kali.

Tenaganya disalurkan menerusi bateri besar 4,000mAh dan ia dicas menggunakan port USB-C. Sistem operasi EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie digunakan di Y9 Prime 2019 ini.

Untuk perbandingan, Y9 Prime 2019 telah dijual di UAE pada harga AED899 (~RM1,005).

Tags: HuaweiY9 Prime 2019
Najib

Najib

POPULAR

Telefon Huawei dengan kamera Pop-up akan tiba di Malaysia

17 July 2019
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN