Setelah adanya bukti saintifik yang menyatakan Apple sengaja menurunkan kelajuan CPU iPhone yang sudah berusia, Apple secara rasmi mengakui mereka ada melakukan sedemikian atas sebab-sebab tertentu.
Namun begitu. selepas kecaman berterusan pengguna seluruh dunia, Apple hari ini menawarkan satu pampasan terhadap mangsa yang terlibat.
Mereka akan menjalankan satu kempen penukaran bateri dengan harga diskaun untuk pengguna iPhone 6 keatas.
Kos asal penukaran sebuah bateri iPhone yang telah tamat tempohnya adalah USD 79 (RM 321) tetapi sepanjang tahun 2018 nanti, harganya diturunkan menjadi USD 29 (RM 117), iaitu hampir 64% lebih rendah!
iPhone 6 dan keatas bakal menikmati manfaat pampasan ini
Selain menawarkan pampasan, mereka turut menggariskan beberapa perkara yang akan dilakukan pada masa akan datang. Mereka berjanji akan menjadi lebih telus terhadap setiap perubahan yang berlaku pada peranti iOS untuk setiap kemas kini.
Contohnya, akan ada satu fungsi baru dalam kemas kini akan datang yang memberi makluman tentang kecekapan bateri telefon mereka serta tindakan yang perlu diambil.
Pengguna melaporkan iPhone jadi lebih laju dengan bateri baru
Untuk yang “terlepas tren”, beberapa minggu lalu, terdapat laporan yang menyatakan prestasi iPhone meningkat sesudah ditukar baterinya. Ia disokong oleh penemuan oleh pembangun GeekBench yang seterusnya berkongsi secara ramai.
Rentetan daripada itu, Apple berdepan dengan potensi disaman daripada segenap pelosok dunia sehinggakan ada yang meminta USD 999 billion.
Apa tunggu lagi? Rebut peluang ini untuk mendapatkan bateri yang segar dari ladang Apple.
Kemas kini 2 Januari 2018
Apple sudah mengeluarkan harga rasmi penukaran bateri iPhone di Malaysia dan ia berharga RM129 iaitu RM240 lebih murah daripada harga biasa.