• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

7 CEO gergasi teknologi bertemu Trump gesa percepat penyelesaian isu Huawei

  • OLEH Najib
  • 1:42 pm
  • 23/07/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada hari Isnin telah bertemu dengan 7 Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat teknologi terkemuka, untuk membincangkan isu sekatan Huawei. Secara dasar, Trump bersetuju untuk mempercepatkan kelulusan permohonan untuk syarikat AS berurusniaga semula dengan Huawei.

Walaupun begitu, Rumah Putih menjelaskan bahawa kesemua CEO memberi sokongan teguh kepada kerajaan AS berkenaan sekatan keselamatan negara berkaitan jual beli perkakas rangkaian dan telekomunikasi kepada Huawei.



Tujuh syarikat yang terlibat dalam pertemuan dengan Trump pada hari Isnin lepas ialah Cisco, Intel Corp, Broadcom Inc, Qualcomm, Micron Technology Inc, Western Digital, dan Alphabet Inc (syarikat induk Google).

Kerajaan AS tidak tetap pendirian?

Pertemuan ini dibuat ketika kerajaan AS seperti berbolak balik dalam keputusan untuk membuka ruang bagi syarikat AS kembali berurusniaga dengan Huawei. Pada Mei lepas, Trump mengumumkan Huawei dimasukkan ke dalam senarai entiti atau senarai hitam, melarang syarikat AS untuk berniaga dengan Huawei.



Ia kemudiannya diikuti dengan penangguhan sementara sekatan selama 90 hari, memberi masa untuk syarikat AS bersedia sebelum sekatan penuh dikenakan. Tetapi pada akhir Jun, Trump bertemu presiden China, Xi Jinping di Sidang Kemuncak G20 dan bersetuju untuk membenarkan Huawei kembali berniaga di AS.

Trump bertemu Jinping di Sidang Kemuncak G20

Tidak lama selepas itu, Jabatan Perdagangan AS menjelaskan Huawei masih di dalam senarai hitam dan syarikat AS perlu membuat permohonan untuk berniaga dengan Huawei. Bagaimanapun, permohonan itu akan diteliti dengan ketat. Hanya permohonan yang tidak memberi kesan kepada keselamatan negara akan diluluskan.

AS masih belum syarat permohonan urusniaga Huawei

CEO yang terlibat dalam mesyuarat pada Isnin lepas mendakwa, kerajaan AS tidak menjelaskan tatacara dan polisi permohonan dengan lengkap, membuatkan mereka masih keliru bila dan bagaimana bereka boleh kembali berniaga dengan syarikat dari China itu.

Tetapi laporan awal minggu ini dari Washington Post mengatakan, Huawei dalam diam telah membantu Korea Utara membangunkan dan menyelenggara rangkaian telekomunikasi negara tersebut. Ini mungkin memberi kesan negatif dalam kelulusan permohonan urusniaga Huawei di AS.

Selain itu, AS mendakwa Huawei telah melanggar peraturan sekatan terhadap Iran dan mencuri harta intelek AS. Tetapi Huawei menafikannya malah meminta AS memberi bukti terhadap dakawan tersebut. AS juga turut melobi rakan negara sekutu untuk melarang penyertaan Huawei dalam pembinaan rangkaian 5G di negara mereka, mengatakan ia merupakan sebahagian dari langkah kerajaan China untuk mengintip negara luar.

Masa depan Huawei di AS masih samar buat masa ini tetapi ia mungkin akan dijelaskan lebih segera hasil pertemuan dengan CEO 7 syarikat gergasi teknologi ini.

Sumber: Reuters

Tags: donald trumpHuawei
Najib

Najib

POPULAR

7 CEO gergasi teknologi bertemu Trump gesa percepat penyelesaian isu Huawei

23 July 2019
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN