• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Aduan kepada CFM meningkat lebih 2 kali ganda berbanding tahun lepas

  • OLEH Najib
  • 8:34 pm
  • 31/07/2019
  • Komen
Aduan kepada CFM meningkat lebih 2 kali ganda berbanding tahun lepas
Share on FacebookShare on Twitter

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) hari ini membentangkan laporan mereka mengenai aduan pengguna bagi setengah tahun pertama (H1 2019) tahun ini, dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-18. Jumlah aduan H1 2019 berbanding tempoh yang sama tahun lepas meningkat sebanyak 2,865 aduan, dari 1,770 aduan pada H1 2018 kepada 4,635 aduan.

Sehingga 15 Julai 2019, sebanyak 97% aduan telah diselesaikan oleh CFM dalam tempoh kurang dari 15 hari. Ini selaras dengan Kod Amalan Am Pengguna (GCC) untuk Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.



Seperti sebelumnya, masalah Rangkaian seperti Gangguan Perkhidmatan menjadi aduan tertinggi dilaporkan kepada CFM, sebanyak 1,938 aduan dari keseluruhan aduan H1 2019. Antara isu yang dilaporkan ialah gangguan perkhidmatan dan perkhidmatan tidak dapat digunakan, liputan 4G/LTE yang tidak memuaskan, tiada liputan 4G/LTE serta tiada liputan jalur lebar berkelajuan tinggi.

Ia diikuti dengan kategori lain iaitu Bil dan Caj, Pemberian Perkhidmatan, Kemudahalihan Nombor (MNP), Perkhidmatan SMS, Amalan Tidak Adil, Salah Nyata Perkhidmatan, Harga, dan Pertikaian Terma & Syarat.



Jaga-jaga dengan Direct Carrier Billing

Tetapi satu isu baharu yang kian meningkat dan menarik perhatian CFM ialah isu Pengebilan Langsung (Direct Carrier Billing). Ia adalah kemudahan pembayaran digital untuk pembelian di di Google Play Store atau Apple App Store yang dicaj terus ke bil pengguna atau kredit prabayar.

Sebagai peringatan, CFM menasihatkan pengguna agar mengikuti langkah pencegahan seperti berikut:

  1. Sentiasa semak dan pantau butiran bil telefon anda.
  2. Jangan simpan kaedah bayaran di dalam peranti anda seperti butiran kad kredit, kad debit, nombor telefon, dan e-Dompet. Hanya masukkan pembayaran bila perlu.
  3. Jangan kongsi sebarang nombor TAC atau PIN kepada mana-mana pihak.
  4. Jangan beri kebenaran kepada sebarang transaksi yang tidak diketahui.
  5. Jangan kongsi data peribadi anda kepada pihak lain.

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) CFM 2019

Dalam AGM CFM kali ini, sebanyak 13 pelantikan Ahli Majlis baharu bagi sesi 2019-2021 dijalankan melalui e-undian oleh ahli-ahli CFM yang hadir pada perjumpaan tahunan tersebut.

Pengerusi CFM yang baharu bagi sesi 2019-2021 disandang oleh Datin Mohana Mohariff daripada Telekom Malaysia Berhad (TM), manakala Timbalan Pengerusi ialah Mohamad Yusrizal Dato’ Yusoff (CAKE), Setiausaha – Azlinda Zainal Abidin (ASTRO), dan Bendahari – Abdul Rahman Samad (KPM).

Tags: CFMSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Aduan kepada CFM meningkat lebih 2 kali ganda berbanding tahun lepas

Aduan kepada CFM meningkat lebih 2 kali ganda berbanding tahun lepas

31 July 2019
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER