• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

10 September tarikh pelancaran iPhone terbaru

  • OLEH Najib
  • 9:33 am
  • 30/08/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Apple hari ini telah menghantar emel kepada orang ramai, yang memberi petunjuk kepada satu acara yang akan diadakan pada 10 September 2019. Dijangka ia adalah pentas pelancaran untuk telefon pintar iPhone 11.

Acara istimewa Apple ini membawakan tema “By Innovation Only” atau “Dengan Inovasi Sahaja”. Bertempat di Teater Steve Jobs, ia akan bermula pukul 10pm PDT, bersamaan pukul 1 pagi waktu Malaysia, pada 11 September 2019. Acara ini boleh ditonton secara langsung di sini.



Apple dijangka akan memperkenalkan 3 model iPhone baru kali ini, menggantikan iPhone XS, XS Max dan XR. Dari beberapa maklumat yang tersebar, rupa hadapan iPhone baru akan mengekalkan takuk besar di dahi skrin.

Di belakang, ia akan membawa perubahan besar. Pengganti iPhone XS dan XS Max dikatakan akan menggunakan sistem 3 kamera belakang, manakala pengganti iPhone XR pula dengan 2 kamera belakang.



Selain dilengkapi sistem operasi iOS 13 terbaru, beberapa perkara lain yang dikhabarkan akan terdapat pada iPhone baru ini ialah sistem pengecas wayarles terbalik dan kepala pengecas baru lebih berkuasa, naik taraf dari pengecas 5W yang ada sekarang.

Bilakah akan tiba di Malaysia?

Jadi, bila iPhone baru ini akan dijual di Malaysia? Gelombang pertama jualan, salah satunya di Singapura, akan mula membuka tempahan awal pada minggu pelancaran (sekitar 13 September) dan jualan pertama pada minggu seterusnya (sekitar 20 September).

Tahun lepas, iPhone XS mula dijual di Malaysia sebulan selepas pelancaran antarabangsa. Tempahan awal dibuka pada 19 Oktober dan mula dijual pada 26 Oktober. Untuk iPhone baru ini, dijangka tiba di Malaysia pada pertengahan bulan Oktober.

Tags: appleiphoneiphone 11
Najib

Najib

POPULAR

10 September tarikh pelancaran iPhone terbaru

30 August 2019
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026
Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

9 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN