• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pembeli online di Malaysia paling tidak setia

  • OLEH Najib
  • 7:11 pm
  • 16/12/2019
  • Komen
Pembeli online di Malaysia paling tidak setia
Share on FacebookShare on Twitter

Lanskap membeli-belah dalam talian di Malaysia khususnya dan Asia Tenggara umumnya sangat menarik. Perkara ini ditemui dalam kajian terbaru Facebook dan Bain bertajuk “Riding the Digital Wave: Southeast Asia’s Discovery Generation“, atau maksudnya, “Menunggang Gelombang Digital: Generasi Penemuan Asia Tenggara“.

Kajian ini mendapatkan maklumbalass dari 12,965 orang merentasi Asia Tenggara iaitu di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Malah, mereka juga menemubual lebih 30 orang ketua pegawai eksekurtif (CEO) serta pemodal kapitalis dalam rantau ini. Rumusannya, pengguna kelas pertengahan akan menjadi pembentuk utama perkembangan pengguna digital, sekitar 70-80% pengguna menjelang 2025.



Pembelian dalam talian di Asia Tenggara berkembang pesat setiap tahun. Dalam kajian ini, ia mendapati 70% responden sebenarnya tidak tahu apa yang mahu dibeli atau di mana mahu membelinya sebelum membuat pembelian dalam talian.

Sebenarnya, lebih 50% responden menyatakan mereka mengenali produk baru yang dibeli, menerusi platform medial sosial dan ia tidak tertumpu pada satu saluran sahaja. Di Malaysia sahaja, 58% responden menemui produk baru menerusi pempengaruh atau influencer di media sosial. Lebih 80% dari mereka membuat perbandingan harga bukan sahaja dalam talian malah di kedai fizikal sebelum memutuskan membuat pembelian.



Pembeli baru dalam talian pula memberi tiga alasan untuk mula mencubanya iaitu maklumbalas positif dari pembeli lain, tawaran dan promosi hebat serta tarikan poduk.

Satu lagi dapatan menarik yang ditemui dalam kajian ini ialah pembeli di Asia Tenggara terlalu berjimat dan tidak akan setia pada satu jenama atau platform. Kajian ini menyatakan, secara purata pengguna di Malaysia membeli-belah di 4.2 platform, tidak terhad pada satu tempat sahaja.

Ketidak setiaan pada sesuatu jenama ini sebenarnya satu perkara yang baik untuk pasaran. Ini kerana sesiapa sahaja pemain baru boleh memasuki pasaran dan menarik pembeli jika kena dengan tawarannya. Salah satu caranya ialah dengan program kesetiaan atau ganjaran.

Laporan kajian ini memberitahu, responden dengan program kesetiaan bertindak sendiri sebanyak 1.5x mempromosikan platform berbanding tanpa program kesetiaan. Sebanyak 45% ahli program kesetiaan akan mencadangkan produk tidak mengira kategori, manakala 25% akan membeli lebih banyak dan 20% lagi sanggup membayar lebih tinggi.

Dari sini, penjual atau platform e-dagang boleh memahami faktor-faktor untuk menarik pengguna ke laman jualan mereka. Malah, mereka sebenarnya harus berhati-hati juga bahawa pembeli boleh berubah kesetiaan pada bila-bila masa. Sentiasa bersedia untuk berubah dengan kehendak pengguna memastikan penjual akan sentiasa ke hadapan berbanding pesaing.

Muat turun laporan penuh “Riding the Digital Wave: Southeast Asia’s Discovery Generation” oleh Facebook dan Bain di sini.

Tags: BainFacebook
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Pembeli online di Malaysia paling tidak setia

Pembeli online di Malaysia paling tidak setia

16 December 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER