• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Swafoto Kolam Renang Bukan Masalah Buat Galaxy A8 (2018)

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:54 am
  • 17/01/2018
  • Komen
Swafoto Kolam Renang Bukan Masalah Buat Galaxy A8 (2018)
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung hari ini memulakan lembaran 2018 mereka dengan pelancaran dua buah telefon siri A. Samsung Galaxy A8 (2018) dan Samsung Galaxy A8+ (2018).

Perbezaan antara kedua-duanya adalah A8+ lebih besar iaitu skrin 6″ manakala A8 sedikit kecil iaitu skrin 5.6″. Namun, mereka kedua-duanya menggayakan panel FHD+ 2220×1080.



Pada papan utama, anda boleh menemui cip Exynos 7885 yang bergandingan bersama RAM 4GB (A8)/6GB (A8+) dan storan 32GB (A8) /64GB (A8+). Menguasakan telefon ini adalah bateri 3,500mAh (A8+) /3,000mAh (A8).

Telefon ini mampu mengikut penggunanya kemana saja walaupun ke dalam kolam renang.



Diberikan ciri kedap debu/air IP68, ia mampu berada didalam air sehingga 30 minit lamanya pada kedalaman 1 meter. Maka, anda tak perlu khuatir untuk mengambil swafoto di kolam renang.

Pada bahagian pengimejan, ia dilengkapi dua kamera depan 16MP+8MP dengan bukaan apertur F1.9. Kombinasi kedua-dua kamera itu membolehkan anda mensimulasikan kesan bokeh seperti DSLR pada swafoto. Kamera belakangya pula 16MP F1.7.

Satu lagi ciri menarik pada telefon ini adalah kehadiran Samsung Pay. Menggunakan perkhidmatan tersebut, anda tak perlu lagi membawa kad kredit/debit fizikal kerana ia boleh dimasukkan secara digital kedalam telefon. Tambah menarik, ia turut berfungsi pada mesin MST.

Kedua-dua telefon akan mula dijual di Malaysia pada 19 Januari 2018, pada harga seperti berikut:

  • Samsung Galaxy A8 (2018) – RM1,799
  • Samsung Galaxy A8+ (2018) – RM2,499

Khas untuk jualan awal selama 3 hari dari 19-21 Januari 2018, pembeli akan menerima hadiah percuma berupa powerbank 10,000mAh USB-C dan kad mikroSD 64GB.

Tags: samsing galaxy a8+samsungsamsung galaxysamsung galaxy a8samsung malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Swafoto Kolam Renang Bukan Masalah Buat Galaxy A8 (2018)

Swafoto Kolam Renang Bukan Masalah Buat Galaxy A8 (2018)

17 January 2018
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN