• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp had mesej FORWARDED hanya 1 kali elak tular berita palsu

  • OLEH Najib
  • 11:51 am
  • 08/04/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Di masa-masa getir seperti ini, berita yang tepat dan benar sangat penting untuk mengelakkan berlakunya kekecohan atau keganasan akibat rasa risau dan takut orang ramai. Bagi mengurangkan lagi penularan berita palsu di alam maya, WhatsApp kini mengehadkan mesej forwarded kepada satu kali sahaja.

Tahun lepas, WhatsApp telah mengehadkan fungsi forwarded kepada lima orang sahaja. Perkara ini dilihat berjaya kerana ia telah mengurangkan 25% mesej forwarded di seluruh dunia pada waktu itu.



Mesej yang telah di’forward‘ banyak kali ini, akan ditandakan dengan dua anak panah di atasnya. Ia juga bermakna, mesej ini berasal dari orang lain, bukannya dari kenalan yang menghantarnya. Ini menunjukkan, mesej ini bukan dari sebahagian perbualan peribadi antara kenalan.

Dalam kemaskini baharu ini, mesej dari orang lain yang ingin di’forward‘ ke kenalan lain, akan dihadkan kepada satu perbualan sahaja. Tidak lagi boleh memilih untuk dihantar ke 2 orang atau lebih.



WhatsApp menyedari bahawa bukan semua mesej forwarded itu tidak bagus, tetapi terlalu banyak mesej forwarded menyumbang kepada maklumat yang salah dan berita palsu. Mereka mahu memastikan agar platform WhatsApp kekal sebagai tempat untuk perbualan peribadi, bukan rantaian berita palsu.

Disebabkan orang ramai yang terlalu mudah menekan forward untuk apa-apa berita yang mereka baca, memaksa WhatsApp terpaksa mengambil tindakan ini. Selain itu, mana-mana orang yang menyebarkan berita palsu di WhatsApp, turut boleh dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa. Mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya akan dikenakan jika disabitkan kesalahan.

Sumber: WhatsApp

Tags: Berita PalsuCOVID-19whatsapp
Najib

Najib

POPULAR

WhatsApp had mesej FORWARDED hanya 1 kali elak tular berita palsu

8 April 2020
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN